Assalamualaikum dan salam adiwarna pertemuan~

Blog ni baru saja dihasilkan. Jadi masih kosong...Sabar,sabar. Insha Allah saya akan memuatkan hasil penulisan saya seperti novel dan cerpen. Tidak dilupakan video rakaman hasil gubahan lagu yang saya nyanyikan sendiri..Saja nak cuba..hehe Just smile and enjoy! =D

Friday, 8 March 2013

Ain't PERFECT


BAB 1

‘‘Cik Ayu,makan lah dulu…
Che Pah masak nasi goreng dengan telur dadar kegemaran Cik Ayu pagi ni’’,pinta
Che Pah,pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Dato’ Ishakh .
‘’ Takpalah,Che Pah, Ayu dah lambat ni. Ayu pergi dulu ya, assalamualaikum.’’,balas Ayuni . Biarpun Ayu membalas perlawaan Che Pah dengan senyuman manis, namun wajahnya jelas menggambarkan kerisauan dan kebimbingan terhadap sesuatu.
 ‘’Waalaikumussalam. Hati-hati ya , Cik Ayu.’’ Balas Che Pah. Ish, apa lah yang kelam-kabut sangat Cik Ayu ni? Nak kata dah lambat,jam baru pukul 7.00 pagi. Rugi betul Cik Ayu harini,tak dapat merasai kelazatan nasi goreng masakan aku yang paling sedap di dunia. Chef Wan pun tak mampu nak menandingi nasi goreng aku ni ! Che Pah tersengih sendiri. Ayu bergegas mendekati pintu keluar Villa Casa milik Dato’ Ishakh. Tombol pintu dipulasnya mengikut arah jam lalu pintu kayu yang dihiasi dengan sedikit cermin kaca dan ukiran bunga dikuak dengan perlahan. Sebaik sahaja Ayuni melangkah keluar dari villa tersebut,dia disambut mesra oleh pemandu yang tidak pernah lekang dengan senyuman.
‘’ Selamat pagi Cik Ayu, sudah mahu ke sekolah? ‘’ sapa, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Salman.
‘’ Selamat pagi Salman,,cepat hantar saya ke sekolah. Saya tidak mahu lambat’’, balas Ayuni.
‘’ Baiklah Cik Ayu’’, bagaikan terpukau dengan arahan Ayuni yang kelihatan sangat gelisah dan cemas. Pintu kereta mewah berjenama Maybach dikuaknya perlahan untuk Cik Ayu sebagai tugasan harian yang biasa dilakukan oleh pemandu untuk majikannya. Ayu memasuki kereta mewah tersebut sambil meletakkan beg sekolah yang digalasnya semenjak tadi di tempat duduk sebelahnya. Salman bergegas ke tempat duduk pemandu sebelum memacu keluar kereta mewah tersebut keluar dari villa tersebut. Bimbang pula,jika dia lambat tak pasal-pasal mengamuk pula Cik Ayu pagi-pagi ini. Bukan dia tidak pernah melihat Cik Ayu mengamuk sebelum ini akibat ketidakcekapan dirinya ketika melaksanakan tugas. Dia terlewat selama 15 minit ketika hendak menjemput Cik Ayu di sekolah kerana tertidur di dalam kereta yang masih lagi tidak beranjak dari villa tersebut. Mana tidak mengamuknya Cik Ayu kerana terpaksa menunggu di kawasan sekolah sendirian padahal semua rakannya sudah mulai surut di kawasan sekolah.
Bismillahirahmanirrahim,
Salman memulakan perjalanan dengan lafaz basmalah untuk memohon perlindungan daripadaNya agar mereka selamat dalam perjalanan sebelum memacu keluar kenderaan mewah tersebut daripada villa tersebut dengan riak wajah yang tenang.

                                                                    ~AIRUL AIMIN~

‘’ Ni apasal tersengih sorang-sorang ni ?’’
Che Pah tersentak dan segera menoleh. Rupa-rupanya soalan tersebut diajukan oleh majikannya, Datin Marsha.
‘’ Eh,mana ada apa-apa Datin….’’ Che Pah berpura-pura mengelap meja makan yang sudah dibersihkannya 5 minit yang lalu sebelum menghidangkan nasi gorengnya yang diuar-uarkan paling enak di dunia di atas meja makan. Jus oren dituangkannya ke dalam gelas kaca satu-persatu.
‘’ Jemput makan Datin,’’ Che pah sibuk membersihkan tangannya yang tidak kotor di apron yang dipakainya untuk menyembunyikan gelabahnya. Salah satu anak buah Che Pah datang untuk membantu dengan menarik kerusi Datin Marsha sebelum mempelawa Datin untuk makan. Pembantu tersebut pantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Datin Marsha dan mencapai salah satu gelas yang sudah diisi dengan jus oren segar oleh Che Pah sebentar tadi dan diberikan kepada Datin. Datin Marsha meneguk jus oren tersebut bagaikan orang yang sudah sebulan tidak minum. Begitu berselera sekali!
Sedap agaknya… hahah, itu baru penangan jus oren aku, belum nasi goreng aku lagi ! fikir Che Pah dengan rasa bangga.
Che Pah memberikan isyarat mata kepada anak buahnya untuk beredar ke dapur kembali. Pembantu tersebut hanya akur dan segera meminta diri untuk ke dapur. Manalah tahu, kalau Datin nak memuji kelazatan nasi goreng dan jus orennya. Seganlah kalau anak buahnya nampak dia tersipu malu sehingga merah pipinya kerana dipuji oleh Datin. Tambahan lagi, dia ingin dia seorang sahaja yang dipuji oleh Datin. Mana boleh,dia kan ketua kepada semua pembantu rumah di villa ini. Mesti jaga prestasi. Takkanlah anak buahnya akan dipuji lebih daripadanya…
Mana boleh!
‘’ Sedap nasi goreng kamu harini Pah…’’ sungguh berselera Datin Marsha menikmati nasi goreng Che Pah.
‘’ Bukan harini je Datin, hari- hari saya masak sedap’’, ujar Che Pah dengan senyuman yang penuh bangga. Tersipul malu dibuatnya. Merah sungguh pipinya sehingga boleh mengalahkan  warna kasut sport milik Tuan Farhan yang memang jika dilihat dari jauh,sudah pasti itu adalah Encik Farhan hanya dengan melihat kasutnya yang berwarna merah.
‘’ Yang lain mana Datin ? Tak nampak batang hidung pun…’’ soal Che Pah.
‘’ Aiiiiii….sepatutnya saya yang tanya awak, bukan awak yang tanya saya. Ayu mana? Takkan dah pergi sekolah….’’ Datin menjeling sekilas sambil meneguk jus oren.
‘’ Cik Ayu dah pergi ke sekolah. Awal pagi lagi dah pergi. Nampak macam kelam-kabut semacam je,saya pun tak tahu kenapa. Lagipun, saya ni malas nak tanya banyak-banyak Datin, nanti tak pasal-pasal lebam kepala saya dek kerana dibaling pinggan oleh Cik Ayu,’’ Che Pah hanya tunduk ke bawah memandang lantai.
Apalah agaknya urusan budak sorang ni ?. Dia ada masalah ke? Fikir Datin Marsha sendirian sehingga merunsingkan kepala dia tentang anak saudaranya yang seorang ni.
‘’ Dia memang tak cakap apa-apa ke Pah ? Ada masalah ke?. Saya risau ni….’’ Soal Datin Marsha dengan jelas memaparkan kebimbingan di raut wajahnya. Kelihatan dengan begitu jelas kedutan yang timbul di dahinya.
‘’ Maaf lah Datin, memang Cik Ayu tak cakap apa-apa pun dekat saya tadi. Laju je keluar tinggalkan villa ni. I think la Datin, dia ada urusan dengan kawan dia kot dekat sekolah tu. Macam penting je I see. Alah Datin,don’t wolly, be happy Datin ! Datin nak tambah nasi ke? Gurau Che Pah.
‘’ Don’t worry la, bukan don’t wolly…
Kamu ni Pah…ada-ada saja lawak kamu pagi-pagi ni’’ ketawa Datin Marsha sekaligus turut mengukir senyuman di wajah Che pah kerana lawaknya menjadi.
Yes! Misi berjaya! Hahah… fikir Che Pah.

                                                                                   ~ AIRUL AIMIN~

Perjalanan ke sekolah begitu sunyi kerana masing-masing Ayuni dan Salman langsung tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Ayuni hanya diam manakala Salman pula tidak berani untuk menanyakan apa-apa atau berbual apa-apa pun dengan Cik Ayu. Mungkin Cik Ayu ada masalah di sekolah kot, fikir Salman. Entah apa yang sedang membelunggu fikiran Cik Ayu…siapa yang tahu? Ehemmm….mungkin Cik Ayu ada masalah dengan boyfriend dia kot atau bergaduh dengan kawan karibnya Zati.
‘’ Awak jangan risaukan saya. Tak payah susah-susah nak pening-pening kepala fikirkan tentang saya. Saya saja nak ke sekolah awal harini,ada urusan sikit!’’ Bagaikan dapat meneka kebinggungan pemandunya . Daripada tadi, matanya merenung Salman yang kelihatan sedikit keliru dan jelas perlakuan Salman cukup pincang di matanya.
Keadaan kembali sepi. Ayu memejamkan mata membayangkan raut wajah rakan karibnya Zati atau terkenal di sekolah dengan panggilan ‘’ Miss Sai ”
Kenapa? Mungkin kerana kecacatan yang dialaminya sebagai seorang wanita iaitu mempunyai misai. Dari jauh atau dari dekat misainya kelihatan jelas biarpun tidaklah setebal mana. Memang perangai manusia,sesuatu keburukan yang kecil akan dipandang dengan lebih jelas daripada kelebihan yang besar. Ibarat satu kertas putih, yang terdapat padanya satu tompok hitam. Jelas sekali, manusia akan mempersoalkan tentang tompok hitam tersebut meskipun ruang pada kertas putih yang tidak terdapat tompok hitam jauh lebih besar.
Sebenarnya, apa yang merunsingkan fikiran Ayuni hari ini ialah panggilan yang diterimanya pada malam semalam. Tepat pukul 10.30 malam telefon bimbitnya berdering mendendangkan lagu ‘ unfriend you’ oleh artis cilik yang cukup terkenal- Greyson Chance.
‘’ Assalamualaikum, Ayu…tolong aku Ayu. Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi. Aku dah pening’’ ujar Zati dalam telefon bimbit.
‘’ Waalaikumussalam,kenapa ni??. Tenang Zati, just be cool friend…How can I help you? Soal Ayu dengan penuh kerisauan mengenang masalah yang dipikul oleh rakannya.
‘’ Please, kau kena tolong aku ! Kau saja harapan aku sekarang ni,
Boleh tak esok kau datang sekolah awal untuk bincangkan masalah aku ni…please….’’ Pujuk Zati.
‘’ Insha Allah, esok aku datang awal kita jumpa dekat tempat biasa,ok? Fikiran Ayuni bercelaru, pening memikirkan sahabatnya. Entah apa lah masalahnya…serius kah???
Pelbagai soalan menyerbu fikiran Ayuni sehinggakan Ayuni tidak dapat tidur lena memikirkan perkara tersebut. Takpa-takpa,just wait and see what is the problem tomorrow, fikir Ayuni sebelum melelapkan mata dan membiarkan misinya untuk bermimpi bertemu dengan Greyson Chance dapat diteruskan.
‘’ Cik Ayu,kita dah sampai’’ Ayuni tersentak sekaligus membangunkannya daripada mimpi semalam. Dah sampai rupanya, hahah terlelap pula memikirkan si Zati. Terlelap untuk menggantikan masa tidurnya yang rugi kerana memikirkan hal tersebut.
‘’ Terima Kasih Salman, harini ambil macam biasa,jangan datang lambat-lambat !!’’ sempat lagi memberikan amaran sebelum berlari menuju ke kantin sekolah yang masih sepi dan sunyi. Yang ada hanyalah pekerja kantin yang sibuk menyediakan makanan dan membersihkan kawasan kantin.
Salman hanya mampu tersenyum dan mengingatkan dirinya bahawa amaran Cik Ayu bukan boleh dibawa main-main. Setelah memastikan Cik Ayu benar-benar hilang daripada pandangannya,barulah kereta mewah tersebut dipacu laju meninggalkan kawasan sekolah.
Alhamdulillah ….
Selesai juga tugasan pertama aku hari ini, ujar Salman di dalam kereta.
‘’ Ayu!! Kenapa kau lambat?? Dah lama tau aku tunggu kau dekat sini…’’ ujar Zati sebaik sahaja melihat kelibat Ayuni di kawasan kantin.
‘’ Lambat?? ..hello..hello..hello, punyalah awal aku datang,kau cakap aku lambat…kau nak aku datang pukul berapa? Pukul 3.00 pagi?? ’’ Ayuni menjeling sekilas menandakan dia tidak puas hati dengan kenyataan Zati.
‘’ Alah…..janganlah marah Puteri Anis Ayuni bt. Hamidi Zanuri. Kita nak gurau dengan dia awal-awal pagi pun tak boleh’’ saja menunjukkan ekspresi manja untuk memujuk Ayuni yang memang cepat naik angin. Kalau dalam physic, Ayuni boleh disifatkan umpama high heat capacity…cepat panas dan cepat sejuk!
‘’ Pandai saja kau ni nak pujuk aku. Ada saja idea yang keluar daripada kepala kau tu…’’ Ayuni sengaja mengalihkan pandangannya daripada Zati seolah-olah tidak makan dengan pujukan Miss sai. Ayuni memang tahu sangat kelebihan si Zati tu. Kalau tak pandai pujuk bukanlah dia lah tu. Bermacam-macam cara digunakan asalkan kawannya termakan pujuk rayunya. Memang hebatlah Miss Sai ni!
‘’ Alah…kau ni datang sini nak merajuk dengan aku ke nak dengar masalah aku ni…? ‘’ soal Zati dengan nada yang lebih serius.
‘’ Ya la Cik Zati oii, besar sangat ke masalah kau ni sampai semalam call aku,nangis lah, apa lah…kalau isu kecil je siap kau! ‘’ Ugut Ayuni sambil menunjukkan buku lima tepat ke arah Zati. Naik meremang bulu roma melihat keganasan Ayuni ni. Jangan main-main! Dia ada latar belakang seni silat cekak Ustaz Hanafi tau!
‘’ Masalah aku besar la…besar..besar..besar..gila!!’’ Zati mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas dan melakukan bentuk separuh bulatan untuk menggambarkan betapa besarnya masalah yang dihadapinya. Dengan raut wajah yang serius jelas menggambarkan bahawa Zati tidak bermain-main dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Ayuni juga kembali serius dan sedia mendengar luahan hati rakannya.
‘’ Sebenarnya….mak aku nak pulang dari London malam ni…’’ Zati sengaja berpura-pura memperbetulkan tudung dan memandang Ayu dengan raut wajah manja untuk ‘’memancingnya’’.
‘’ So? Best apa mak kau pulang dari London..Kau pun dah lama tak jumpa mak kau kan? . Asyik-asyik mengadu dekat aku,kata I miss my mom…Sekarang bila mak kau nak balik,yang engkau jadi macam ni,apasal?’’ Ayuni sengaja memalingkan muka agar tidak termakan umpan si Zati yang penuh dengan muslihat dan tanda tanya.
‘’ Actually, mak aku nak rasa masakan anak dara dia yang sorang ni la…Mak suruh masak sedap-sedap. Kalau tak sedap or aku tak masak, mak aku cancel hadiah yang mak aku nak berikan pada aku dari London iaitu t-shirt yang ada gambar Karmin!!’’ Zati menunjukkan ekspresi yang sangat teruja terhadap hadiah tersebut. Alah, t-shirt je pun….Oops lupa!
Zati ni peminat tegar kumpulan Karmin yang terdiri daripada 1 pasangan tunang yang sangat sweet and romantic- Amy dan Nick. Semenjak kemunculan single pertama mereka- Crash your party, Zati seolah-olah dipukau untuk terus menggilai semua lagu Karmin. Hampir semua lirik lagu Karmin dihafalnya. Daripada lagu Crash your party, broken hearted, hello, dan banyak lagi…semuanya dihafal oleh Zati. Tiada siapa yang dapat mengubah fakta tersebut!
‘’ Ayu…… can you teach me how to cook for my mum this afternoon..? Please…’’ Pujuk Zati dengan raut wajah yang comel dan manja,berharap agar dapat mencairkan hati Ayu yang keras seperti batu. Ayu hanya mengangkat kening sebelah kanannya, dijelingnya Zati dengan pandangan yang tajam. Jika ada pisau di tangannya,pasti Zati sudah mati ditikamnya!
‘’ Wait, kau suruh aku datang awal-awal pagi hanya sebab kau binggung tak tahu macamana nak masak untuk ibu kau yang baru balik dari London supaya kau dapat hadiah t-shirt yang ada gambar Karmin daripada mak kau?
Kau nak tahu tak? Sepanjang malam aku tak dapat tidur dengan lena hanya kerana memikirkan masalah yang mungkin dihadapi oleh kau dan apabila segala kesusahan,kelaparan,kebingungan semenjak malam semalam terpaksa aku tempuhi, masalah kau cuma ni??!’’ raut wajah Ayuni menggambarkan kemarahan yang membara umpama gunung berapi yang bakal meletus! Rasanya lebih baik Zati beredar daripada kawasan tersebut! Nanti tak pasal-pasal terpelanting dia dicampak oleh Ayuni. Jangan main-main!
‘’ Alah….mungkin bagi kau ini masalah kecil, tapi bagi aku masalah ni sangat besar! Aku tak mahu kehilangan t-shirt tu…dah lama aku nantikan detik untuk memakai baju yang ada gambar Karmin. Kau pun tahu kan betapa berharganya Karmin bagi aku??’’ Tanpa disangka-sangka air mata Zati mengalir membasahi pipinya. Wah sayang betul Zati pada Karmin sehingga menangis jika tidak berjaya memperoleh t-shirt tersebut. Memang tidak dapat dinafikan lagi, Izati bt. Nayan memang peminat fanatik Karmin!
‘’ Apasal pulak kau yang nangis? Sepatutnya aku yang nangis tau! Pagi ni aku tak makan apa-apa lagi…lapar tahu tak?’’ senyum nakal mula terukir di wajah Ayuni. Wait a minute, nampaknya Ayuni ni memang sengaja nak menguji si Zati ni dan alangkah bangganya dia kerana berjaya memperdayakan Zati sehingga dia menangis. Padan muka! fikir Ayuni. 
‘’ Alah….kau ni jahat lah! Saja nak kenakan aku!’’ Zati memuncungkan mulut yang dianggap cukup comel baginya.
‘’ Padan muka kau! Ayuni menjelirkan lidah. Saja mahu menyakitkan hati Zati!
‘’ Jadi kiranya bolehlah kau datang rumah aku petang ni untuk ajar aku masak?’’
Senyuman Zati membuatkan Ayuni tidak mampu untuk mengatakan ‘ TIDAK ’
‘’ Petang ni pukul 3.30 petang macamtu aku datang,ok? ‘’ Ayuni sengaja mendekatkan mukanya dengan muka Zati seolah-olah seorang lelaki yang cuba mengurat seorang wanita dengan satu temujanji. Memang persis dengan kisah romantik pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta…
‘’ Terima kasih sayang…awakmenggedik kembali dengan Ayuni dan berpura-pura seolah-olah mereka memang pasangan kekasih yang sedang bercinta di kantin sekolah. Detik demi detik berlalu dan kawasan kantin mula dipenuhi dengan para pelajar dan guru. Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi dan sesi pembelajaran dan pengajaran (PNP) akan bermula pada pukul 7.45 pagi. Lebih baik Zati lah sahabat kita dunia dan akhirat! Awak nak makan apa? Kita tengah baik hati ni,lagipun awak lapar kan…? Zati sengaja dan Ayu menghentikan sandiwara sebelum pelajar lain salah sangka! Susah nanti!

BAB 2
‘’ Amboi, amboi….anak teruna bonda sorang ni,baru sekarang nak turun?’’ Mata Datin Marsha terbuntang memandang Farhan yang perlahan sahaja menuruni anak tangga dengan muka yang slumber. Macam tak menusuk kata-kata Datin Marsha ke dalam hatinya. Itu sudah menjadi amalannya jika bekerja pada waktu petang. Kata-kata Datin umpama ‘ menyiram air ke daun keladi’ kerana bangun lambat memang menjadi amalannya semenjak tamat persekolahan tingkatan 5. Kalau mahu diperbetulkan, mungkin memakan masa yang cukup lama. Jadi, jangan bermimpi untuk menghapuskan amalan bangun lambatnya!
‘’ Selamat pagi,bonda’’, Farhan mengucup dahi Datin marsha dan melagakan pipinya dengan pipi Datin Marsha. Anak manja la katakan! Tapi baguslah, sekarang tak ramai anak muda yang sanggup buat begitu walaupun terhadap orang tua sendiri terutama depan orang ramai. Malu la pula nanti. Takut- takut dilabel sebagai anak manja! Jatuh saham nanti….
Tetapi kisah apa? Kasih ibu membawa ke syurga…Ibu yang mengandungkan kita,membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Ayah pula bersusah payah mencari rezeki untuk seisi keluarga,segala keperluan dan kemahuan dipenuhi asalkan keluarga yang bahagia dapat dibentuk. Apa lagi yang tidak cukup?
‘’ Selamat pagi anakanda,mari makan dengan bonda..Sedap tau nasi goreng Che Pah kamu ni…’’ Datin Marsha asyik tersengih sahaja kerana terlalu gembira. Mana tidaknya, sekurang-kurangnya sekarang ada juga teman untuk berbual di meja makan selain daripada Che Pah. Lagipun, jarang Datin Marsha dapat bersarapan dengan anakanda kesayangannya ni kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Seorang masuk, seorang lagi keluar dan begitulah kesudahannya. Pada waktu pagi, Datin Marsha terpaksa bergegas ke spa miliknya yang terletak hanya dalam 3 kilometer daripada Villa Casa. Apabila beliau pulang dari spa tersebut pada waktu petang, Farhan pula keluar ke tempat kerjanya. Harini saja Datin datang lambat sikit ke tempat kerja kerana mahu menguji kecekapan pembantunya menguruskan spa biarpun tanpa kehadirannya.Farhan merupakan seorang arkitek landskap yang bekerja di bawah salah satu syarikat terbesar milik ayahnya, Datuk Ishakh Great Holdings Marketings.

Projek terbarunya ialah membina sebuah padang golf di Klang. Tugasnya hanyalah memantau dan membaiki segala kekurangan dalam pembinaan padang golf tersebut. Ketelitian amat diperlukan untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang gendala supaya nilai padang golf tersebut tidak terjejas.
‘’ Che  Pah,tolong buatkan Paan jus tembikai…Che Pah tahu kan yang saya tak suka jus oren? Hahah…’’ Farhan ketawa apabila melihat Che Pah gelabah semacam apabila diarahkan oleh Farhan. Takut kena marah kot!
‘’ Maaf Encik Farhan, Che Pah lupa…’’ Che Pah menggaru kepala yang tidak gatal. Kelam- kabut Che Pah bergegas ke dapur.
‘’ Cepat! Cepat! Potong tembikai tu,aku nak buat jus’’ suara Che Pah mengarahkan anak buahnya yang berada di ruang dapur boleh kedengaran sehingga ke ruang makan. Datin dan Farhan hanya mampu ketawa melihat gelagat Che Pah. Orang tua ni memang seorang yang kelakar! Kalau Che Pah masuk rancangan Raja Lawak…conform menang! Percayalah!
‘’ Paan, projek pembinaan padang golf kamu dekat Klang tu macamana? Berjalan lancar? ’’ Datin masih rakus menikmati nasi goreng Che Pah.
‘’ Alhamdulillah, projek tu sekarang semuanya berjalan dengan lancar. Cuma tinggal dalam 40 peratus lagi untuk disiapkan. Sekarang Paan masih menunggu bunga yang Paan tempah daripada Syarikat Flora Sdn.Bhd.  Katanya, insha Allah  petang ini pesanan tu sampai. Kalau ada bunga, ceria sikit padang golf tu nanti. Sekurang-kurangnya sejuk mata memandang melihat tumbuhan.’’ Farhan bercerita dengan penuh semangat.
‘’ Hahah..Yang itu bonda setuju!’’ Datin Marsha meneguk jus oren lagi.
‘’ Ok! Pesanan sampai.’’ Che Pah menghidangkan Jus tembikai kepada  Farhan yang memang kelihatan cukup dahaga. Farhan meneguk jus tembikai dengan rakus! Farhan memang tidak menggemari jus oren. Dalam kalangan ahli keluarga Dato’ Ishakh, Farhanlah yang paling cerewet sekali tentang makanan. Itu tak makan,ini tak makan. Ada-ada saja yang tak kena tentang makanan yang dihidangkan. Ikan pun dia tidak makan. Kalaulah dia tercampak ke sebuah pulau terpencil yang tiada ayam mahupun daging, hanya sumber protein daripada laut semata-mata, memang confirm tak bernyawalah dia! Lebih rela mati daripada terpaksa makan ikan!
 ‘’ Oklah anakanda, bonda nak ke Spa. Tak yakin pula bonda dengan pembantu bonda tu.’’ Datin mengelap mulutnya dengan sapu tangan yang disediakan di atas meja makan dan bergerak meninggalkan dining hall. Farhan sempat mengucup tangan bondanya sebelum bonda kesayangannya beredar. Baju kurung biru yang dihiasi dengan corak bunga-bungaan yang indah,ditambah lagi dengan solekan ringkas yang dikenakan cukup menyakinkan dia untuk meninggalkan villa ke tempat kerja dengan penuh bergaya. Rambut kerinting berwarna perang yang dibiarkan terlepas meningkatkan lagi keyakinannya. Kalau dia menggiatkan diri dalam bidang pemodelan seperti kakaknya Marissa, ibu kepada Ayuni, sudah pasti dia juga akan berjaya seperti Marissa yang telah merantau ke seluruh dunia sebagai model yang berjaya. Tapi kerana kerjayanya sebagai model lah, anaknya Ayuni terpaksa menumpang kasih dengan ibu saudaranya, Datin Marsha. Lagipun, menjadi seorang model bukanlah impian dan minatnya. Cukuplah dengan membuka sebuah spa, itu sudah membuktikan bahawa Datin Marsha juga boleh berjaya.
‘’ Che Pah, ayahanda tak call ke harini?’’ soal Farhan sebaik sahaja Datin hilang dari pandangan.
‘’ Maaflah Encik Farhan, Dato’ Ishakh tak call pun. Maybe Dato’ sibuk kot. Orang bisnes kan…’’ Che Pah mengangkat pinggan yang telah digunakan oleh Datin Marsha dan menuju ke dapur .  Tak sanggup menatap raut wajah Farhan yang kecewa dengan kenyataannya. Kasihan Farhan,kerana jarang dapat bertemu dengan ayahandanya kerana sibuk dengan urusan bisnes. Selalu saja outstation. Datin lagi lah tidak dapat menyembunyikan derita yang ditanggungnya. Belaian seorang suami begitu dirinduinya. Isteri mana yang tidak sedih apabila terpaksa tidur bersendirian padahal suaminya masih hidup dan sihat!
‘’ Che Pah,saya nak keluar sekejap. Saya dah janji nak jumpa kawan-kawan’’. Farhan membersihkan mulutnya dan meneguk segelas lagi jus tembikai. Gaya Farhan harini cukup ringkas tapi cukup bergaya untuk mencairkan hati mana-mana gadis yang memandangnya. Bermodalkan raut wajah yang tampan dengan badan yang sasa dan berotot, gadis mana yang sanggup menolak cintanya? Hanya dengan memakai t-shirt berkolar berwarna merah,seluar jeans berwarna biru gelap dan dipandankan dengan kasut sport kegemarannya yang berwarna merah, Farhan tampil dengan cukup bergaya dan menggoda!
‘’ Hati-hati Encik Farhan, pandu kereta dengan berhati-hati. Jangan lupa Encik Farhan, ingatlah orang yang tersayang!’’ Che Pah melambai Farhan yang pantas mahu meninggalkan kawasan villa. Dia lebih selesa memandu sendiri daripada terpaksa berlagak seperti bos besar. Lesen dah ada, manfaatkanlah!
Che Pah tersenyum bagai kerang busuk melihat Farhan meninggalkan kawasan villa. Yes! Semua majikannya dah tiada. Bolehlah dia rehatkan sebentar tulangnya yang semakin rapuh. Macam dalam iklan, kita kehilangan kalsium setiap hari. Semakin dimamah usia, semakin perlu kita menitikberatkan bab kesihatan diri. Maklumlah semakin tua, semakin banyak penyakit yang datang menjenguk diri! Kenalah pandai jaga kesihatan diri.
‘’ Kamu, bersihkan meja makan tu. Selepas itu, pinggan mangkuk dalam singki tu pun jangan lupa bersihkan!’’ mengalahkan puan besar, mengarah saja kerja dia. Mendapat pangkat sebagai ketua pengurusan orang gaji villa ini pun kerana dialah orang yang paling lama pernah bekerja dengan keluarga Dato’ Ishakh dan Datin Marsha. Daripada anak dara, sehinggalah menjadi anak dara tua! Daripada sebelum mengandungkan Farhan sehinggalah sudah besar panjang anak bongsu Datin Marsha! Memang sudah cukup lama dia berkhidmat.
Aduh! Aduh! Sakit belakang aku melayan anak beranak tadi. Sofa tu nampak empuk ja…bisik Che Pah. Sebelum sempat kakinya melangkah mendapatkan sofa yang empuk, ada sesuatu yang berjaya mencuri perhatiannya di luar tingkap.
‘’ Apa?! Ini tidak mungkin. Sanggup Abang Wan menduakan Pah? Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Abang Wan, si tukang kebun sedang berbual mesra dengan pembantu rumah yang baru, Cik Fatiah.
Begitu mesra sekali! Begitu rancak bersembang. Langsung tak peduli perasaan Che Pah yang sedang terluka bagai ditusuk duri sembilu! Che Pah bersembunyi di sebalik tingkap. Kain langsir yang menghiasi ruang tingkap pula menjadi tempat untuk melepaskan geram! Kalau langsir ni tak mahal dan bukan milik Datin, dah tentu carik digigitnya. Cemburu! Jealous! Tak badan dengan perut boroi, ada hati nak mengurat anak dara! Ish geramnya! Rungut Che Pah sendirian. Abang Wan ni nak kena!
Che Pah memperbetulkan baju kurung kedah yang dipakainya. Rambut yang terkeluar di bahagian dahi ditolak kembali ke dalam anak tudung menggunakan jari. Che Pah pergi mendapatkan cermin yang tergantung di dinding yang dekat dengan pintu keluar. Membelek sejenak wajahnya yang masih tegang tanpa kedutan biarpun umurnya telah mencecah 46 tahun. Masih cantik aku ni! Fikir Che Pah. Usai membelek wajahnya di cermin, dia bergerak pantas mendekati Abang Wan dan Cik Fatiah yang masih berbual mesra di tepi kolam ikan.
‘’ Ehem, ehem! Kerja dekat dapur dah siap ke Cik Fatiah? ‘’ Che Pah menjeling ke arah Fatiah sambil mencubit perut mantap milik Abang wan. Tuan kepada perut idaman ni perlu diajar!
‘’ Maaf Che Pah saya pergi sekarang,’’ kelam-kabut Cik Fatiah bergerak ke dapur melalui pintu belakang. Monyok saja muka Abang Wan melihat Fatiah beredar. Tapi sekarang dia ada masalah yang lebih besar! Ada singa Afrika yang kuat cemburu akan mengamuk!
‘’ Gatal dia ya…Tak padan dengan kepala botak, perut boroi ada hati dekat anak dara orang! Cubitan Che Pah berpusing 360 darjah di perut Abang Wan.
‘’ Aduh! Aduh! Sakitlah Pah. Alah orang yang kepala botak, perut boroi ni juga awak minat! Abang Wan cuba melepaskan diri daripada cubitan berbisa Che Pah.
‘’ Mengada, gatal, perasan!’’ Cubitan Che Pah bertambah kuat. Muka Abang Wan yang merah padam jelas menggambarkan penderitaan yang dialaminya.
‘’ Pah, abang tegur dia bukan nak mengurat dia. Abang Cuma nak berkenalan saja. Dia kan budak baru. Percayalah dengan abang, Pah. Lepaskan tangan tu. Sakit tahu tak? Abang Wan memandang tepat ke dalam mata Che Pah meminta simpati. Berlenang air mata Abang Wan menahan derita. Lama-lama boleh jatuh pitam dibuatnya.
Che Pah menghentikan seksaannya. Segera mengalihkan pandangannya daripada Abang Wan. Tak mahu terus tenggelam dalam pujuk rayu sepasang mata milik sang jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Biarpun botak dan boroi, itulah yang dinamakan jodoh, nak buat macamana?. Hati dah tertarik, rasa sayang mula tersemai, rasa cinta mahu terus dibaja. Semoga ikatan yang terjalin,mengundang redha Allah dan sehingga ke jinjang pelamin biarpun usia mungkin menjadi faktor penghalang. Biarlah apa orang nak kata. Selagi jasad belum terpisah dengan roh, bergelar isteri kepada seorang jejaka yang tulus mencintainya ialah harapan dan impiannya.
‘’ Sampai hati abang curang dengan Pah. Pilih orang muda pula tu. Tak sepadan langsung!’’ Che Pah meraup wajahnya. Berpura-pura menangis untuk menagih simpati Abang Wan.
‘’ Tak payah berpura-pura la Pah. Nampak sangat menipunya! Ada pula bunyi macam siput sedut tu dia kata menangis…’’ Abang Wan ketawa melihat Che Pah yang cuba bermanja. Che Pah berhenti menangis. Segera berpaling ke arah Abang Wan. Ish, dia ni…bukan nak pujuk! Mengutuk pula dia. Keluh Che Pah.
‘’ Biarlah! Pah jadi siput sedut ke, jadi gajah ke, jadi burung ke, abang kisah apa? Menyampah! Che Pantas memijak kaki Abang Wan sebelum beredar ke dapur. Terjerit-jerit Abang Wan menahan sakit. Jangan main-main dengan Che pah. Kalau dah marah susah nak pujuk!


                                                                                     ~ AIRUL AIMIN~

‘’ Bye darling, I balik dulu tau…Jangan lupa petang ni 3.30 gate rumah sentiasa terbuka untuk you…Don’t be late! Zati masih lagi terbawa-bawa watak kekasih Ayuni. Memang cari nahas Miss Sai ni! Kalau dengar dekat orang lain,tak pasal-pasal heboh satu sekolah tentang pasangan lesbian yang sedang hangat bercinta! Tolonglah….
'' Kau hati-hati tau tunggu si Salman tu. Aku balik dulu!'' Ayuni tersenyum melihat gelagat Zati yang berpusu-pusu merebut ruang dalam bas awam. Itulah aktiviti seharian yang terpaksa dijalani oleh Zati setiap kali habis waktu sekolah. Dalam diam, tiba-tiba lahir rasa kesyukuran dalam hatinya kerana sebagai anak gadis yang membesar dalam kalangan ahli keluarga yang boleh dikira jutawan, dia tidak perlu melalui detik merebut tempat dalam bas awam atau berkemungkinan menanggung risiko terpaksa berjalan kaki atau membayar tambang teksi yang lebih mahal jika tewas dalam pertempuran mendapatkan tempat dalam bas. Hari-hari yang dilaluinya cukup mudah, iaitu hanya menunggu ketibaan pemandu yang telah dibayar gaji bulanan untuk menjemput dan menghantarnya ke mana sahaja dia mahu pergi. Senang bukan? Tapi tak tahulah mengapa bibirnya sukar untuk menyebut alhamdulillah atau mengucapkan ' Terima kasih' di atas segala nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah. Yang dia tahu hanyalah menengking si Salman yang sering datang lewat untuk menjemputnya.
'' Mana si Salman ni?'' rungut Ayuni sendirian. Ayuni menarik nafas, menikmati keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Kelembutan angin yang erat menyapa tubuhnya, mencampaknya ke dalam satu keadaan yang sungguh nyaman dan menyenangkan. Bunyi kicauan burung di angkasa biru memainkan melodi yang cukup indah. Matanya tertutup rapat. Tubuhnya dipeluk erat. Kalau sahaja waktu boleh berhenti seketika supaya dia dapat menikmati keindahan ini dalam tempoh yang lebih lama.....
‘’ Tunggu drebar awak ke, Ayuni?’’ Ayuni segera menoleh. Kacau sahaja! Baru saja nak menikmati keindahan alam ini.
‘’ Awak?….’’ Ayuni hanya tunduk memandang tanah. Segan! Segan sangat-sangat! What? Jejaka yang paling tampan, paling pandai, paling sasa dan segalanya yang sempurna menegurnya. Wait…adakah aku sedang bermimpi? Betulkah depan matanya sekarang ni ialah Engku Faris Syamil bin Ikmar? Jejaka idaman ramai? Raut wajahnya yang saling tak tumpah macam raut wajah Greyson Chance dan Justin Bieber mampu mencairkan hati mana-mana gadis sekalipun! Dengan pipinya yang gebu, warna matanya yang keperangan,bulu matanya yang panjang dan lentik,dan bibir yang sungguh menggoda! I’m falling in love with you…
‘’ Awak tak apa-apa ke?’’ Faris melambai tangannya betul-betul dihadapan muka Ayuni.
‘’ Aku cinta padamu’’, Ayuni memandang tepat ke dalam mata Faris. Alamak tersasul la pulak!
‘’ Apa?’’ Faris jelas sekali terkejut dengan kenyataan berani Ayuni…
‘’ Bukan! bukan!. Ayu teringat lagu ‘’Tiga kata’’ by KRU.
Wo ai niI love you, aku cinta padamu….lagu ni! Sebab tadi Zati, kawan karib Ayu tu asyik nyanyi lagu ni depan Ayu. Lawaklah masa dia nyanyi! Sebab tu sampai sekarang Ayu tak boleh lupa muka dia..terbawa-bawa pulak…’’ Pandai Ayuni coverline! Habis merah padam muka Ayuni menahan malu! Ya Allah,segannya! Kalau ada plastik beg sekarang,dah lama Ayu ambil untuk buat penutup muka! Malunya…..
‘’ Awak ni kelakar lah….’’ Ya Allah, macho gila mamat ni…Ayat ni sudah cukup untuk membawa Ayuni terbang ke awan biru. Terbang bersama burung-burung yang bebas di udara…Indahnya dunia! Ayuni membisu tanpa sebarang kata. Lidahnya kelu untuk berbicara. Badannya juga dirasakan seolah-olah lumpuh. Tidak mampu bergerak. Kaku!
'' Ayu, sebenarnya.....'' Faris kembali bersuara.
‘’ Maaf, Ayu pergi dulu…Salman dah sampai’’, Ayuni bergegas ke kereta Maybach yang baru tiba tanpa memandang ke belakang pun.
‘’ Cepat gerak! Cepat gerak! ‘’ Ayuni memberikan arahan agar kereta mewah tersebut dipecut laju meninggalkan kawasan sekolah. Cepat hilang dari pandangan jejaka itu….
Jantungnya berdegup kencang setiap kali melihat senyuman Engku Faris. Kalau boleh, mahu saja dia berdiri di sisi Faris menemaninya dalam setiap detik yang berlalu dan berharap waktu berjalan dengan cukup perlahan. Biarlah dia di situ melihat gelak tawanya yang mampu menjadikan hidupnya bagai di syurga dunia.Tapi, bila dah berkesempatan tadi, dia sendiri kaku dan kelu tanpa sebarang kata.
Faris melihat pemergian Ayuni dengan penuh hampa. Belum sempat menghabiskan bicara, pantas sahaja dia pergi tanpa menoleh ke belakang pon. Nampaknya, terpaksalah dia menyambung hasratnya pada esok hari. Nak buat macamana? Dia yang tak sudi dengar....
  Jelas sekarang Ayuni jauh berbeza dengan keadaan dia sebelum ke sekolah harini. Pagi tadi,  Ayuni bagaikan cacing kepanasan tetapi petang ni Ayuni tersenyum macam kerang busuk! Engku Faris..Engku Faris…hanya nama itu yang bermain di fikirannya! Awan-awan di langit juga dilihatnya seperti muka Faris yang sedang tersenyum melihatnya. Bunga-bunga cinta mula berputik namun tiada sesiapa yang mampu menghalang. Jodoh dan takdir semuanya di tangan Allah. Tiada sesiapa yang mampu menduga…semuanya rahsia Allah!
‘’ Cik Ayu tak apa-apa ka? Daripada tadi saya tengok Cik Ayu tersenyum sorang-sorang’’ Salman ketawa melihat gelagat Ayuni di sebalik pantulan cermin.
‘’ Saya ok lah, sibuk je! ’’ Ayuni mencebik muka tanda merajuk. Nampak sangat ke aku tengah angau?’’ Ayuni berfikir sendiri. Ya Allah, jika Engkau takdirkan aku lah pemilik tulang rusuknya..kau satukanlah kami di bawah rahmatMu. Jika jodoh itu sukar,Kau permudahkan lah, jika jodoh itu jauh, Kau dekatkan lah, jika jodoh itu lambat, Kau cepatkan lah….
‘’ Tweet! Tweet! SMS!’’ Telefon Ayuni berbunyi membawanya kembali ke dunia nyata.

From +0105269658
Hei perempuan! Dengar sini baik-baik! Aku bagi engkau satu arahan yang cukup mudah iaitu jauhi boyfriend aku, Faris! Kau anggap ni sebagai satu amaran keras daripada aku. Jangan nak menggatal! Tahu lah anak mistress!!
~ Rama-rama Hitam~
Rama-rama Hitam? Siapa kau sebenarnya? Ayuni cukup tersentak dengan mesej tersebut. Terutamanya ayat terakhir yang cukup menghiris hatinya!
Apa dosa Ibunda Marissa sampai orang melabelnya sebagai mistress? Salahkah ibunya menjadi seorang model? Kenapa orang tak pernah puas hati dengan Ayu dan ibunya? Mengapa mereka perlu dihukum begini?
‘’ Cik Ayu,kita dah sampai’’ air matanya dikesat dengan tangan yang sudah banyak menerima luka dan derita. Ayuni segera keluar daripada kereta dan masuk ke dalam villa tanpa berkata sepatah pun. Salman hanya kebingungan melihat Ayuni yang cepat sangat berubah tingkah lakunya. Sekejap baik, sekejap nangis, sekejap garang…macam-macam!
Ayuni pantas bergerak ke biliknya. Beg galasnya dicampak ke atas katil. Malangnya, ia tersasar. Beg itu jatuh di atas lantai marmar. Begitu hampir dengan kaki katilnya. Dia tidak peduli biarpun beg tersebut merupakan beg kegemarannya.  Kusut kepalanya memikirkan mesej Sang Rama-rama hitam. Tak layak kah dia berada di sisi orang yang disayanginya? Mengapa perlu ada halangan untuk dia berkawan dengan sesiapa pun? Dia bukannya menggatal dengan si Faris tu. Tadi pun, kali pertama dia bersua dan bercakap dengan Faris. Persoalannya, siapakah Rama-rama hitam ni dan apa hak dia nak menghalang persahabatan aku dan Faris? Beribu soalan menerjah fikirannya. Jam di dinding ditenungnya. Masil awal sebelum pukul 3.00 petang.Masih ada banyak masa sebelum dia perlu memulakan tugas sebagai tutor masakan. Tudung yang menutupi kepalanya dilepaskan ke atas katil. Peluh di bahagian dahinya dikesat. Kipas syiling berkuasa tiga membantunya menyejukkan badan sebelum melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.Mujurlah setiap bilik di Villa ini ada bilik airnya sendiri. Jadi, dia tidak perlu khuatir untuk dimarahi jika mandi untuk satu tempoh masa yang lama.Setelah memastikan badannya bebas daripada peluh, pantas dia bergerak ke bilik air. Pili air dipulasnya perlahan. Air dibiarnya perlahan membasahi tubuh. Rasa sungguh segar dan nyaman. Rambut ikal mayalnya dibelai dan dibilas dengan air. Haruman syampoo Sunsilk membuatkan fikiran Ayuni beransur tenang. Lupakan message tersebut! Kalau lagi difikirkan,lagi kusut fikirannya. Ibunda Marissa,bila bonda nak balik? Ayuni tak tahan lagi dihina…. Sampai bila Ayuni perlu menanggung derita seorang diri? Ayuni mencapai tuala yang sedia ada tersidai di tepi pintu bilik air. Mengelap mukanya yang baru sahaja dibersihkan dengan pencuci muka Safi Balqis, sebelum membaluti tubuhnya. Perlahan dia bergerak ke meja solek. Ayuni mengeringkan rambutnya menggunakan hairdryer. Rambutnya disikat rapi dan sedikit perfume kegemarannya iaitu haruman Pic apple disemburkan ke seluruh badan. Memang cukup harum dan menyegarkan. Ayuni tampil dengan gaya yang cukup ringkas. Cukup dengan hanya mengenakan t-shirt biasa berlengan panjang,seluar jeans berwarna hitam dan tudung yang dihiasi dengan sedikit manik. Pin Rilakkuma yang dipinkan di bahu sebelah kanannya menaikkan lagi kecantikkannya. Cukup! Nanti terlambat pula ke rumah Zati kalau bersiap lebih-lebih. Ayuni bergegas menuruni anak tangga untuk mendapatkan Salman.
‘’ Salman! Salman! Ish mana pulak dia ni? Orang nak cepat-cepat dia hilang pulak!’’ Ayuni merungut sendirian. Jam tangan dibeleknya. Sudah nak hampir pukul 3.00. Itulah tadi, tak pandai menganggarkan waktu untuk mandi, bersiap, dan tempoh perjalanan untuk ke rumah Zati. Sekarang si Salman pula lambat! Matanya liar menjejaki Salman.
‘’ Maaf Cik Ayu,saya terlambat,baru habis solat…’’ Salman memperbetulkan songkok yang dipakainya.
‘’ Dah awak tahu saya nak cepat awak pergi solat lama-lama buat apa?’’ Ayu memberikan riak muka yang cukup menjengkelkan! Ayu seperti tidak dapat menerima alasan Salman. Solat? Do I care?!
Salman kelam-kabut membukakan pintu kereta untuk Cik Ayu dan segera ke tempat pemandu untuk memulakan perjalanan. Dengan lafaz Basmalah,kereta tersebut dipacu keluar dari villa untuk ke rumah Zati. Dalam perjalanan, Salman tidak rela untuk bercakap sepatah pun dengan Ayuni. Nanti sakit hati dibuatnya! Biarlah sepanjang perjalanan, sepi menemani ruang di antara mereka.
‘’ Saya tak mahu awak ulang kesilapan yang sama. Nanti tak pasal-pasal,saya boleh saja minta Datin Marsha atau Dato’ Ishakh berikan saya pemandu yang baru. Saya tak kisah!’’ kata-kata Ayuni cukup menghiris hati Salman. Salman cuba untuk tidak berbicara supaya dia tidak menjadi mangsa mulut laser Ayuni. Namun, jangkaannya salah! Bercakap atau tidak bercakap,dia akan tetap menjadi mangsa Ayuni. Memang…kalau orang yang bekerja makan gaji tetap tidak akan dilayan dengan baik oleh majikannya. Memang dasar manusia yang memandang darjat! Apa salahnya kalau dia terlambat hanya kerana bersujud kepada Allah SWT. Manusia terlalu sibuk dengan urusan dunia sehinggakan sanggup untuk mengorbankan waktu yang sepatutnya diluangkan dengan pencipta. Hanya 5 kali sehari. Susah kah? Perjalanan tersebut memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hanya Allah yang tahu! Sebaik sahaja tiba di rumah Zati, Ayuni terus keluar dari kereta dan terus memperbetulkan tudungnya.
‘’ Awak datang jemput saya dalam pukul 6.00 petang. Ingat, jangan lambat lagi! Saya tak terima alasan solat ke bertasbih ke dan lain-lain lagi…faham?’’ Ayuni bergerak ke pintu pagar rumah Zati dan jari-jemarinya pantas menekan loceng. Salman pula segera menghilangkan diri daripada pandangan Ayuni. Tak mahu menyemarakkan lagi bara apinya. Sabar dan terus bersabar! Itulah yang terbaik.
‘’ Masuk lah,pintu pagar tak berkunci’’, Zati kelihatan cukup gembira melihat kedatangan ‘penyelamatnya’.
‘’ Amboi kau,tersengih-sengih nampak batang hidung aku!’’ Ayuni menanggalkan sepatu putihnya dan meletakkannya di rak kasut betul-betul di sebelah pintu masuk rumah Pak cik Nayan dan Puan Sharmila, pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
‘’ Mestilah,kau kan penyelamat aku…’’ Zati menunjukkan jalan ke dapur rumahnya. Rumah Zati sememangnya jauh berbeza dengan Villa Casa yang didiami oleh Ayuni. Walaupun keluarga Zati bertaraf sederhana,tetapi keluarga Zati wajar menjadi contoh ikutan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Tahu kenapa? Walaupun setiap ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing, mereka semua masih sempat meluangkan masa bersama seperti solat secara berjemaah,makan bersama-sama,mengaji Al-Quran bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain. Zati merupakan anak tunggal. Oleh itu kasih sayang Encik Nayan dan Puan Sharmila dicurahkan sepenuhnya terhadapnya. Memang terbukti, ‘’benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau’’.
‘’ Kau nak ajar aku masak apa harini?’’ Zati sememangnya teruja dengan menu masakan yang akan diajarkan oleh Ayuni. Walaupun Ayuni hidup dalam villa yang mewah, dan setiap gerak-gerinya akan dibantu oleh pembantu rumah yang tidak terhitung bilangannya, itu tidak bermakna Ayuni lumpuh untuk memasak! Jangan pandang rendah..Masakan Ayuni boleh tahan juga!

BAB 3
Ayuni memerhatikan setiap sudut ruang di dapur. Kadangkala angguk,kadangkala geleng,entah apa yang bermain di fikirannya…
‘’ Keluarga kau suka makan spaghetti daging tak?’’ Ayuni berdebar menanti jawapan Zati. Risau pula jika keluarga Zati tidak makan makanan ala barat ni! Hahah, cuma spaghetti yang bermain di fikirannya.
‘’ Keluarga aku makan apa saja, asalkan halal!’’ Ayuni tersenyum mendengar jawapan Zati. Selesai masalah!
‘’ Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, bahan yang kita perlukan untuk menu masakan kita pada hari ini iaitu spaghetti daging ringkas ialah…’’
‘’ Kejap-kejap,yang kau nak berangan jadi Chef Wan ni apasal? Ada rancangan masakan sendiri pulak, bajet betul!’’ Zati menjelirkan lidah kepada Ayuni.
‘’ Amboi,amboi,amboi…melawan lak kau ni! Kau nak aku tolong ajar kau masak tak?’’ Ayuni menunding jari ke arah Zati. Betul-betul kena pada hidungnya!
‘’ Maaf chef Ayuni…teruskan kerja anda!’’ Zati undur selangkah ke belakang. Memberi laluan kepada chef terunggul dunia!
‘’ Kita memerlukan  mi spaghetti,  daging hancur,  tin tomato puri,  ulas bawang putih, minyak zaitun, parmesan cheese, dan sedikit daun basil untuk hiasan. Dapat ke Cik Zati? Kuantiti dan sukatan semua, kau hentam saja!'' Ayuni menunjukkan riak muka bangga. Jelas sekali dia tidak perlu sehelai kertas pun untuk mengingati resepi tersebut. Seolah-olah dia sudah pakar dengan masakan spaghetti tersebut! Tidak perlu sukatan. Hanya campak dan masak!
‘’ Aku tengah salin lani,perlahan-perlahan sikit…’’ Zati masih leka menyalin resepi daripada chef terulung, Ayuni!
'' Cik Zati....Macamana kita nak masak kalau bahan-bahan tu kau tak sediakan lagi. Aku bukannya arif dalam bab mencari bahan-bahan makanan dalam dapur rumah kau ni. Balang gula mana? Balang bawang mana? Balang kunyit mana? Semua aku tak tahu. Inikan rumah kau. Sediakan bahan-bahan tadi cepat! Cepat kau cari, cepatlah kita boleh mula memasak.'' Ayuni tegas mengarahkan Zati. Terlopong biji mata Zati mencari bahan-bahan tersebut. Bukan main lama mencari semua bahan tu. Orang yang tak pernah menjejakkan kaki di dapur la katakan...
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya setiap bahan masakan tersusun kemas di atas meja.
‘’ Sekarang ni kau kesat peluh dekat misai kau tu,nanti menitik dalam spaghetti ni, rosak pulak! Sekarang ikut arahan aku,faham?’’ Ayuni menjelirkan lidah kepada Zati.
‘’ Alah…kau ni sengaja kan!’’ tangan Zati ligat mengelap peluh di misainya. Banyak juga peluh di bahagian di misainya. Hairan, dalam banyak anggota badannya yang lain, mengapa hanya di bahagian yang ada misai ligat mengeluarkan peluh! Cukup memalukan bagi seorang perempuan..
Mungkin dia patut ikut cadangan Ayuni iaitu membawa sapu tangan ke mana sahaja untuk mengelap peluh memandangkan Zati memang seorang gadis yang kuat berpeluh! Baiklah, lupakan pasal misai Zati! Kita teruskan dengan rancangan masakan  Ayuni. Nanti hilang selera makan!
‘’ Baiklah, perkara pertama yang perlu kau lakukan ialah merebus mi kira-kira selama 15 minit atau sehingga mi tu lembut. Kau boleh tambahkan sedikit garam dan minyak supaya mi tu tak melekit, buat sekarang!’’ Zati pantas melakukan apa yang diarahkan oleh Ayuni. Takut kena marah….
Zati pantas mencari periuk yang sesuai untuk merebus mi. Maklumlah, baru pertama kali masuk dapur, jadi mencari periuk yang sesuai pun satu tugas yang sukar!
‘’ Ini garam ke gula? Kebingungan Zati mengundang gelak ketawa Ayuni. Garam dan gula pun tak dapat beza!
‘’ Cuba kau rasa sikit untuk bezakan garam dan gula tu. Yang manis tu gula yang masin tu garam! Ish kau ni…it is a basic in cooking skill and you should know about it!
Zati hanya mampu menggaru kepala dan ketawa sendiri dengan kelembapannya di dapur. Ternyata banyak lagi perkara yang perlu dia pelajari sebelum bergelar seorang isteri mithali yang boleh memasak untuk suaminya. Orang kata, nak ikat suami,kena ikat seleranya!
‘’ Ok, sekarang mi tu dah lembut, kau perlu toskannya’’, Ayuni memberikan arahan yang selanjutnya.
Perlahan-lahan Zati mengikuti arahan daripada Ayuni. Zati cuba berwaspada supaya dapur kesayangan ibunya tidak meletup disebabkan satu-satunya anak daranya masuk dapur!
‘’ Lepas ni buat apa pula?’’ Zati sudah bersedia untuk langkah seterusnya.
‘’ Bagus! Sekarang potong dua ulas bawang putih, panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang putih yang kau potong tu.’’ Ayuni ketawa melihat gelagat Zati! Nampak dengan cukup jelas bahawa Zati memang tidak pernah memotong bawang sebelum ni! Anak gadis muda zaman sekarang….
Waktu Zati hendak memasukkan bawang putih kedalam kuali,mukanya dilindungi dengan pinggan. Takut terpercik minyak panas! Bawang putih tersebut digoreng sehingga menjadi warna seakan-akan kuning-perang. Kemudian, dengan berhati-hati Zati memasukkan daging dan goreng sehingga masak.
‘’ Bagus, cepat pula kau belajar!’’ pujian Ayuni boleh membuatkan Zati melompat tinggi melepasi bumbung rumahnya. Terlalu teruja dengan masakan pertamanya!
‘’ Ewah-ewah….excited lebih pula dia’’ Zati berhenti meloncat dan kembali fokus. Nanti tak pasal-pasal masakan yang hampir siap sempurna jadi kucar-kacir !
‘’ Baiklah, sekarang kau masukkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih selama 2 minit. Maksud secukup rasa tu, ialah kuantiti yang secukupnya untuk masakan kau ni. Jangan letak satu bekas pulak! Nanti bukan rasa spaghetti, tapi rasa macam lori garam tumpah!’’ Ayuni berkongsi sedikit tips masakan padahal dia tahu Zati bukanlah terlalu lembap dalam bidang masakan sehingga sanggup untuk meletak satu bekas garam dalam spaghetti. Zati pun tahu betapa masinnya garam walaupun satu sudu kecil sekalipun!
Selepas 2 minit, Zati menghidangkan mi di dalam mangkuk diikuti dengan daging yang telah siap dimasak. Parmesan cheese dan daun basil juga turut ditambah untuk melazatkan lagi hidangan spaghetti pertama Zati. Aroma masakan spaghetti cukup enak dan berselera. Pasti sedap spaghetti ni! Yes! Mission accomplish!
‘’ Assalamualaikum, emmm..bau apa yang sedap ni?’’ Encik Nayan baru sahaja pulang dari tempat kerja dan pantas sahaja ke dapur apabila deria baunya tertarik dengan aroma masakan yang cukup menyelerakan! Meleleh air liur dibuatnya!
‘’ Waalaikumussalam, ayah dan balik!’’ Zati segera mengesat tangannya di apron yang dipakainya dan mencium tangan ayahnya. Nampak jelas kegembiraan di wajah Zati apabila ayahnya pulang dari kerja. Tambahan lagi, malam ini ibunya juga akan pulang dari London. Keluarganya akan bersatu semula!
Ayuni hanya mampu tersenyum melihat kemesraan seorang ayah dan anaknya. Cemburu itu ada, tapi apakan daya sudah bertahun lamanya dia tidak bertemu dengan ayahnya. Ayahnya masih hidup atau tidak pun tidak diketahuinya!
‘’ Ni ialah surprise untuk menyambut kepulangan ibu malam ni. Ayuni ajar Zati memasak untuk malam ini. Lagipun dah seminggu kita tak makan sekeluarga. Zati rindu lah….’’ Zati tersenyum memandang wajah ayahnya yang kepenatan kerana baru sahaja pulang dari kerja namun kepenatan itu hilang apabila melihat anak perempuannya memasak untuk kali pertama.
‘’ Ayuni tinggal lah bersama kami untuk makan malam’’, Encik Nayan mengajak Ayuni untuk makan malam bersama mereka. Lagipun, lagi ramai lagi meriah!
‘’ Kau tak payah lah nak malu-malu lagipun dah lama kau tak jumpa mak aku kan?’’ Zati meyakinkan Ayuni untuk makan malam bersama mereka.
‘’ Takpalah pakcik, Zati, saya rasa macam menyibuk pulak!’’ Zati mengemukakan alasan untuk tidak menyertai aktiviti keluarga bahagia tersebut!
‘’ Ayuni, anggaplah kehadiran kamu dalam acara makan malam ni sebagai hadiah kerana kamu telah mengajar Zati memasak.’’ Ayuni tidak mampu menolak perlawaan Encik Nayan yang kelihatan begitu berharap agar Ayuni dapat menyertai mereka.
‘’ Baiklah, tapi saya kena maklumkan kepada pemandu saya dulu…’’ Ayuni bergerak ke ruang tamu dan memaklumkan kepada Salman untuk menjemputnya pada jam 8.30 malam menerusi khidmat pesanan ringkas.
‘’ Ayah, Zati nak solat asar dulu, ayah pergi lah berehat…nanti lepas Zati sudah selesai solat, kita hias ruang makan sama-sama,ok?’’ Zati bergerak ke biliknya di tingkat dua untuk menunaikan kewajipannya sebagai Umat Islam.
‘’ Ayu, jom solat! Aku ada telekung lebih dekat atas….’’
‘’ Aku tak boleh solat lah’’ Ayuni mengerutkan dahi sambil memeluk erat tubuhnya.
Zati hanya mengangguk dam bergerak ke tingkat atas untuk menunaikan solat. Maklumlah, perempuan memang ada musimnya….
Ayuni berpura-pura mengelap meja makan untuk menghilangkan kebosannya. Lebih kurang 10 minit telah berlalu, tetapi Zati masih lagi belum turun. Lama betul solat! Hanya pernyataan tersebut bermain di fikiran Ayuni.
‘’ Maaf, Zati terlambat. Mari kita hias ruang makan ni!’’ wajah Zati kelihatan begitu suci dan segar. Mungkin benar cakap orang, berkat daripada wudhu’.
Ruang makan dihias dengan cukup ringkas tetapi sudah cukup untuk mewujudkan suasana romantik! Meja makan dihiasi dengan sedikit gubahan bunga ros merah yang masih segar di dalam pasu kecil yang dihiasi dengan sedikit corak air terjun. 2 batang lilin yang diletakkan bersebelahan dengan bunga ros turut menaikkan aura romantik. Hidangan spaghetti dan air sarsi dihidangkan di atas meja. Sekarang cuma perlu tunggu kepulangan Puan Sharmila!
Detik demi detik berlalu tetapi kelibat Puan Sharmila masih belum kelihatan. Kerisauan mula terpancar di wajah Zati dan Encik Nayan. Entah apa yang terjadi. Sepatutnya jam sebegini, dia sudah sampai….
‘’ Assalamualaikum,I’m back!’’ suara Puan Sharmila mengukir senyuman di wajah Zati, Ayuni dan Encik Nayan. Kepulangan yang dinanti,mestilah disambut dengan kegembiraan!
Puan Sharmila memeluk erat Zati dan Encik Nayan. Pelukan yang tidak mampu dipisahkan! Begitu erat dan mesra! Ayuni hanya menyepi di tepi meja. Tidak mampu berkata apa-apa, tidak mampu menyembunyikan apa-apa. Hanya dengan sedikit senyuman dianggapnya mampu untuk menutup kesedihannya. Dalam hati,hanya Allah yang tahu….
‘’ Ok, sekarang rasanya dah nak dekat masuk waktu solat maghrib ni. Apa kita, kita solat maghrib secara berjemaah dulu sebelum kita makan malam ni,ok?’’ cadangan Puan Sharmila membuatkan Ayuni terbenam dalam perasaannya sendiri. Solat secara berjemaah dengan ahli keluarga? Satu aktiviti yang tidak pernah dilakukannya seumur hidup!
‘’ Ayuni,tunggu sekejap ya, kami pergi solat maghrib dulu,’’ Zati dan keluarganya bergerak ke tingkat atas. Sekali lagi meninggalkan Ayuni sendiri. Satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan oleh sesiapa pun. Biarlah segalanya berlalu pergi….
Ayuni memberanikan diri ke tingkat atas. Teringin sekali melihat sebuah keluarga solat secara berjemaah. Ingin sekali melihat seorang ayah menjadi imam kepada isteri dan anak-anaknya. Ingin sekali melihat doa dan harapan ibu bapa kepada Allah untuk kesejahteraan hidup keluarga dan anak-anak. Ingin sekali melihat anak-anak mencium tangan kedua ibu bapa sebaik sahaja selesai solat. Ingin sekali melihat sebuah keluarga menangis, berdoa dan memohon kepada Allah kerana takut dengan kekuasaanNya. Ingin sekali merasai nikmat dan anugerah Allah yang tidak terhitung….
Ayuni menyepi sendiri di meja makan. Apa yang dilihatnya sebentar tadi betul-betul membuatkan hatinya hiba. Fikirannya diserbu dengan beribu soalan dan kenangan. Kalau sahaja waktu boleh diundur, dia berharap apa yang telah terjadi sekarang tidak akan terjadi!
Gelak tawa dan gurauan manja keluarga Zati yang kedengaran menuruni anak tangga menyedarkan Ayuni daripada lemas dalam kenangan semalam. Begitu mesra dan bahagia sekali.
‘’ Ayuh, kita makan malam. Maaf kerana terpaksa menunggu lama Ayuni’, Zati tersenyum sambil menghidangkan spaghetti ke dalam pinggan yang dihias cantik di atas meja.
‘’ Ini anak dara mak yang masak? Mak tak percaya lah…’’ Puan Sharmila kelihatan agak terperanjat apabila mengetahui satu-satunya anaknya berjaya memasak seperti yang diharapkannya.
‘’ Ini semua dengan bantuan Ayuni. Kalau Ayuni tiada, tentu tak siap spaghetti ni!’’ Zati tersenyum memandang Ayuni yang kelihatan muram dan hiba. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya!
Dendangan selawat dan puji-pujian kepada Allah dan Rasulnya daripada corong radio mewujudkan suasana yang sangat tenang dan harmoni utuk makan malam tersebut. Hairan, selalunya untuk makan malam yang romantik,selalunya orang mendendangkan lagu cinta tetapi berbeza pula bagi keluarga Zati. Zikir dan selawat lebih menjadi pilihan dan keutamaan!
Perlahan- lahan Ayuni menyuapkan spaghetti kedalam mulutnya. Seperti tidak berselera padahal spaghetti tersebut cukup enak dan menyelerakan. Sesekali Ayuni tersenyum melihat gelagat keluarga Zati. Kadangkala ibunya menyuap ayahnya. Kadangkala Zati pula menyuap ibunya. Cukup mesra dan romantik!
Dendangan zikir taubat membuatkan air mata Ayuni mengalir membasahi pipinya. Cukup syahdu sehingga menusuk kalbu. Hiba sekali mendengar alunan merdu tersebut…
‘’ Ayuni minta diri dulu, ada urusan yang perlu diselesaikan’’ Ayuni memberikan senyuman sekilas lalu beredar meninggalkan meja makan. Zati hanya membisu melihat kelakuan Ayuni. Mengapa Ayuni seperti tidak gembira dengan makan malam tersebut? Apa sebenarnya yang terjadi?  Ayuni sabar menunggu ketibaan Salman di luar pintu pagar. Tidak sanggup lagi melihat kemesraan sebuah keluarga yang tidak mungkin mampu dirasainya!

                                                                                          ~ AIRUL AIMIN~

Malam ini penuh dengan sepi dan kesedihan. Bersendirian dalam bilik, berharap agar segala nostalgia mampu dihalau jauh dari fikirannya. Menatap foto yang penuh dengan kenangan membuatkan diri rasa lebih hiba dan kecewa. Ingin dibuang,sayang kerana foto tersebut ialah satu-satunya kenangan yang masih mekar dalam fikiran. Hanya dengan foto itu,Ayuni dapat mengingati wajah ayahnya yang telah lama pergi meninggalkannya. Seorang bayi yang didukung oleh ayahnya dalam gambar tersebut ialah adik lelakinya, Afiq. Ibunya Marissa tersenyum riang sambil memeluk erat seorang budak perempuan yang sangat comel iaitu Ayuni ketika dia berumur 2 tahun. Masih kecil dan comel!
Gambar tersebut diambil 14 tahun yang lalu. Gambar kenangan ketika mereka sekeluarga bermain di taman permainan berdekatan dengan rumah mereka di Gombak. Ayahnya,  Encik Hamidi Zanuri seorang akauntun rela menghabiskan cutinya dengan membawa anak-anak kesayangannya ke taman permainan. Afiq, adik lelakinya yang berumur 1 tahun seringkali menangis apabila berjauhan daripada ayahnya. Sudah terlalu lama Ayuni tidak berjumpa dengan ayah dan adik lelakinya setelah peristiwa hitam tersebut berlaku. Terlalu sakit untuk diingatkan. Lagipun  pada masa itu, Ayuni masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Apa yang dia sedar, dia membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Entah bagaimana keadaan ayah dan adiknya. Tidak pula datang menjejakinya setelah bertahun lamanya. Mungkin ayahnya lupa tentang kewujudan anak perempuannya yang bernama Ayuni!
Apabila ditanyakan hal berkaitan ayahnya kepada ibunya, Ayuni akan dimarahi dan sering diingatkan bahawa ayahnya sudah mati! Dia tidak mempunyai adik lelaki! Yang paling menyedihkan  ialah dia seorang anak yatim! Itu yang dipesan oleh ibunya, Marissa padahal dia tahu suami dan anaknya masih hidup di luar sana. Mengapa Ayuni dan adiknya yang perlu menjadi mangsa diantara perbalahan ayah dan ibunya. Apa salah anak-anak?
Foto tersebut dilempar jauh dari matanya. Tidak sanggup lagi menyingkap kisah lama yang hanya membuatkan air matanya jatuh berderai. Loket berbentuk 2 ekor burung merpati memegang satu bentuk berlian diusapnya perlahan. Loket tersebut ialah pemberiaan ibunya semenjak dia masih kecil lagi. Kata Marissa, itu ialah loket keturunan keluarganya yang sangat bernilai. Loket itu merupakan amanah yang perlu dipelihara sehingga ke nafas yang terakhir. Ayuni tidak pernah menanggalkannya semenjak memakainya pada umur 3 tahun. Loket tersebut diciumnya. Loket itu menjadi simbol kerinduan yang tidak terhingga kepada belaian ibunya. Sudah 5 tahun ibunya tidak pulang ke Malaysia untuk menjenguknya! Hanya dengan Ibunda Marsha tempat dia menumpang kasih seorang ibu. Dia meraup wajah dengan telapak tangan. Diusap-usap dengan lembut sambil matanya terus terpejam rapat. Setelah menghela nafas panjang dia membuka mata. Memerhati suasana biliknya. Segala sudut diteliti. Dari pintu coklat yang terukir indah sehinggalah ke siling bilik. Begitu mewah sekali! Aku hidup  dengan penuh kemewahan. Tapi macamana pula kehidupan Afiq dan ayah di luar sana? Adakah mereka sedang menikmati kehidupan yang penuh dengan intan dan permata seperti aku juga? Hmmmm…siapa tahu…..Desis hati kecil Ayuni
‘’ Tok! Tok! Tok! ‘’, bunyi pintu biliknya diketuk menyedarkannya daripada lamunan.
‘’ Ayuni dah tidur?’’ Datin Marsha terpacak dihadapan pintu bilik Ayuni dengan senyuman yang cukup manis dan mesra.
‘’ Belum…. boleh ibu temankan Ayuni?’’ Ayuni menghulurkan tangan, berharap tangannya yang sejuk disambut dalam pelukan seorang ibu.
‘’ Kenapa ni sayang? Kenapa menangis ni ?’’ Datin Marsha mengesat air mata yang kian membasahi pipi gebu Ayuni. Rambut Ayuni dibelainya dengan penuh manja. Cuba untuk menenangkan gadis malang tersebut.
‘’ Ibu, bila bonda nak balik jumpa Ayuni? Ayuni rindu sangat pada bonda….Napa bonda tak balik lagi? Soalan-soalan yang diajukan Ayuni mengunci mulut Datin Marsha daripada berkata apa-apa. Tidak mampu memberikan jawapan kepada segala persoalan Ayuni. Dia sendiri binggung dengan perangai kakaknya. Lupakah yang dia ada seorang anak gadis yang setia menunggunya bertahun-tahun lamanya. Mengapa mahu ditambah beban di pundak gadis kecil tersebut?
Sebagai seorang ibu, dia mengerti perasaan seorang anak yang mendambakan belaian dan kasih sayang daripada ayah dan ibu kandung. Ayuni dipeluknya erat.
‘’ Tak lama lagi Ayuni, tak lama lagi….’’ Datin Marsha juga tidak mampu menahan sebak di dada. Tiada apa yang mampu dilakukannya. Air mata tidak dapat dihentikan, luka di hati tidak dapat diubati, rindu di hati tidak dapat ditahan. Hanya doa semoga Marissa cepat pulang menemui Ayuni yang mampu dilakukannya. Cukuplah penderitaan yang terpaksa ditanggung anak gadis tersebut. Cukuplah!
‘’ Ibu, temankan Ayuni tidur malam ni, please….’’ Ayuni menatap mata Datin Marsha dengan penuh harapan. Pada saat ini, dia betul-betul memerlukan seorang insan yang mampu mengubati hatinya yang luka. Meskipun tidak sembuh sepenuhnya, biarlah hanya untuk seketika, dia berasa hangatnya pelukan seorang ibu. Rambut Ayuni dibelai-belai manja. Kepala Ayuni sengaja dibiarkan terlentuk di bahunya. Ayuni sudah dianggapnya bagai anak kandungnya sendiri. Bukan anak saudara! Hubungan dan kasih sayang yang terjalin diantara Ayuni dan Datin Marsha tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Memang macam anak dan ibu! Ayuni juga pasti menganggap Datin Marsha bagai ibu kandungnya sendiri. Kalau tidak,tidak melekatklah panggilan keramat ibu kepada Datin Marsha. Wajah Ayuni direnungnya. Cantik! Seiras dengan kakaknya Marissa,seorang model terkemuka dunia. Lebih-lebih lagi di bahagian hidung dan mata. Cuma yang berbeza pada lesung pipit di wajah Ayuni yang tidak ada pada Marissa. Tapi sepanjang dia membesarkan Ayuni, dia lihat sikap Ayuni lebih menyerupai sikap bapanya, Hamidi atau lebih mesra dengan panggilan Abang Di. Sifat penyayang, bekerja keras, suka menolong, dan sentiasa tersenyum memang sifat yang diwarisi daripada ayahnya. Tetapi sikap panas baran dan suka menengking sekarang ini lebih kepada sikap si ibu. Pantang ditegur, ada saja jawapannya untuk dibalas! Mulut macam machine gun!
Semenjak Ayuni diserahkan kepadanya oleh Marissa, Ayuni telah banyak berubah! Mungkin dalam proses bergelar remaja dan hidup dalam tekanan. Ayuni berumur 10 tahun ketika diserahkan kepadanya. Sejak hari tu, sinar di mata Ayuni pudar sama sekali. Ayuni tetap senyum dan ketawa. Tapi senyum dan ketawanya sudah berubah. Tidak indah seperti selalu. Tampak sumbang. Sekali lagi dia rasa sebak. Hatinya terasa seolah-olah ditusuk dengan sembilu tajam. Bisa! Pedih! Dia tahu Ayuni telah lama menderita. Oleh itu, dia cuba untuk menjadi ayah dan ibu kepada anak saudaranya itu. Nak mengharapkan suaminya? Anak-anak kandung mereka sendiri pun kurang kasih sayang daripada seorang bapa. Farhan dan Farah, selalu mengadu tentang ketiadaan bapa. Selalu sangat tiada di rumah. Alasannya busy! busy! busy! Oleh sebab itu, anak gadisnya Farah membawa diri ke Jordan untuk mendalami ilmu agama dan perubatan. Sekurang-kurangnya ada juga seorang ustazah berpangkat doktor dalam kalangan ahli keluarga ni nanti!
Sedar atau tidak sedar, Ayuni sudah pun lena di bahunya. Kasihan Ayuni, nampak biasa saja di luar, tapi penderitaan yang ditanggungnya, hanya Allah yang tahu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Ayuni dan meletakannya di atas bantal yang empuk. Dia mencium Ayuni di dahi sekali lagi. Begitu sayang kepada gadis tersebut. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan Ayuni  bahagia. I must do something! , bisik hatinya. Dia merebahkan diri di sebelah Ayuni. Ayuni didakapnya mesra. Dia menguap seketika. Jam di dinding ditenungnya. Sudah lewat malam. Lebih baik dia juga berehat supaya kesegaran badan dapat dikembalikan untuk bekerja pada esok hari.

BAB 4
 '' Ayuni sayang ayah tak?'' rambut Ayuni dibelai manja.Senyuman Hamidi tampak begitu manis dan ikhlas.
'' Mestilah Ayuni sayang ayah. Ayah kan ayah Ayuni.'' Ayuni memeluk erat tubuh ayahnya. Begitu manja sekali. Budak baru berumur 2 tahun, memang suka dimanja dan dibelai.
'' Kalau Ayuni sayang ayah, jangan pernah lupa pesan ayah.Boleh janji dengan ayah, sayang?'' Hamidi memandang tepat ke dalam mata Ayuni.Harapan setinggi gunung diletakkan ke bahu anak sulungnya. Berharap agar segala pesannya, tidak disia-siakan begitu saja.
'' Ayuni janji, ayah.'' Ayuni tersenyum lebar memandang wajah ayahnya.
'' Ayuni jangan pernah lawan cakap ibu sebab ibu yang lahirkan Ayuni. Ayuni kena jadi budak yang baik,selalu dengar cakap,rajin tolong ibu dan orang lain nanti. Bila dah besar nanti, Ayuni kena belajar rajin-rajin. Doa-doa yang ayah dah pernah ajar Ayuni, sayang jangan lupa tau. Dan yang paling penting sekali, Ayuni jangan......''
Jam loceng di sisi meja mengejutkan lena Ayuni. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba menekan butang 'off' pada jam loceng digital berwarna merah jambu. Suasana kembali sunyi. Ayuni menggosok perlahan matanya yang masih terasa berat. Ah, dah pagi ke? Malasnya nak bangun!
'' Ibu! Ibu! '' Ayuni meraba tempat disebelahnya. Kosong! Ibu dah bangun ke? Fikir Ayuni. Ayuni menggeliat malas sambil menguap kecil. Terasa hiba kerana tidak dapat menikmati secara keseluruhan keindahan mimpi bertemu ayahnya. Dia masih ingat kejadian dalam mimpi itu bertahun-tahun dahulu. Cuma kesal, kerana pesan terakhir ayahnya tidak mampu diingatinya. Baru sahaja nak ' mendengar kembali' semua pesan ayahnya, jam loceng pula bikin kacau!
Ayuni mengeluh perlahan. Pagi yang sama seperti hari persekolahan yang biasa. Cuma pagi ni dia rasa lebih segar daripada biasa. Malam semalam, puas dia meluahkan segala isi hatinya kepada orang yang paling dipercayainya dan begitu memahaminya. Hari ini, biarlah dia mulakan hidup dengan semangat yang baru. Dah beberapa tahun dia hidup tanpa bondanya. Takkan sebab peristiwa semalam, hidup dia kembali pudar bagaikan zombi!
Dengan penuh semangat Ayuni melangkah ke bilik air yang jaraknya hanya beberapa langkah untuk mandi dan bersedia ke sekolah. Hari ini dia tidak perlu berkejar ke sekolah seperti semalam. Tiada panggilan kecemasan pun daripada Zati semalam. Masih bergembira dengan kepulangan ibunya lah tu, fikir Ayuni. Rasa bodoh pula sebab cemburu dengan kebahagiaan keluarga Zati. Setiap orang ada kebahagiaan masing-masing. Tak perlu rasa cemburu! 
Tak sampai 15 minit, Ayuni sudah berada di tingkat bawah. Tak kuasa nak mandi lama-lama. Awal-awal pagi, air memang sejuk. Boleh beku satu badan!
'' Selamat pagi Che pah! Che Pah masak sarapan apa pagi ni?'' Ayuni tersenyum manja memandang Che Pah dengan lengkap berbaju sekolah. Che Pah seperti biasa, baju kurung kedah, kain batik dengan anak tudung sudah cukup bergaya. Duduk rumah je pun. Gaya macam ni pun dah cukup memikat hati tukang kebun depan tu. Che Pah sebenarnya sedikit terperanjat dengan kelakuan Ayuni pagi ni. Eksperesi keliru dan persoalan yang timbul dari Che Pah berjaya dikesan oleh Ayuni. Mana tidaknya, terlopong biji mata Che Pah melihat Ayuni ceria macam kanak-kanak Ribena harini. Jarang dapat lihat Ayuni macam ni. Peluang sekali seumur hidup!
'' Ayu sihatlah Che Pah. Ayu waras lagi! '' Ayuni tersenyum lagi sebelum duduk di meja makan. Hairan! Semua pembantu rumah pun agak pelik melihat kelakuannya. Macam tak percaya Ayuni senyum pada mereka.
'' Harini Che Pah masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis'' Che Pah sibuk menyiduk nasi ke dalam pinggan Ayuni. Sambal ikan bilis yang berada agak jauh dari Ayuni dicapai Che Pah dan diletakkan berhampiran dengan pinggan Ayuni. Che Pah segera menuang air Ribena ke dalam gelas Ayuni. Dia termenung seketika.
'' Boleh ke aku bagi Cik Ayu minum air Ribena ni. Nanti tak pasal-pasal dia betul-betul jadi macam kanak-kanak Ribena. Dia ceria sikit pun dah pelik. Ini pula ceria macam budak-budak 5 tahun yang tiada masalah. Lagilah pelik!
'' Che Pah temanlah Ayu makan sekarang. Duduk sebelah Ayuni!'' Che Pah seolah-olah terkedu dengan pelawaan Ayuni. ''Tak pernah-pernah dia ajak aku makan sekali! Buang tabiat ke budak ni?'' bisik Che Pah.
'' Cik Ayu sihat ke? Betul tak mahu ke klinik harini?'' Ayuni ketawa mendengar segala persoalan Che pah. Membiarkan Che Pah masih terpinga-pinga dengan perangai Ayuni pagi ni. Lain daripada yang lain!
'' Dah siap rupanya puteri ibu harini.'' Datin Marsha menuruni anak tangga dan mencium pipi Ayuni. Beg tangan yang digalasnya diserahkan kepada Che Pah. Ayuni tersenyum menyambut kedatangan Datin Marsha. Semalam, tak sempat bersarapan dengan ibu Marsha pun. Ini semua gara-gara Miss Sai tu! Big trouble konon.
'' Ni apasal dengan kamu semua ni? Macam ada something wrong somewhere ja....'' Datin Marsha menjeling ke arah semua pembantu rumah yang berkerumun di meja makan. Apa yang menarik, entahla...Dalam senyuman Ayuni, ada sesuatu yang berbeza berbanding senyuman yang lain sebelum ini.Senyumannya tampak begitu indah dan segar. '' Syukurlah, Ayuni tidak lagi bersedih mengenangkan bondanya. Budak ni, memang seorang yang kuat.'' Fikir Datin Marsha. Che Pah mengisi pinggan kosong dihadapan Datin Marsha dengan dua senduk nasi lemak dan sedikit sambal ikan bilis. Dia tahu, Datin tidak suka pedas. Dia juga tahu, betapa gembiranya Datin dapat bersarapan dengan Ayuni harini.
'' Ayu, boleh ibu tanya sesuatu? Ibu nak Ayu jujur dengan ibu tau.'' Ayuni berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya dan memandang ke arah Datin yang duduk berhadapan dengannya.
'' Apa salahnya, ibu. Ibu tanyalah. Ayu akan jawab dengan jujur.'' Ayuni menelan air liur. Seribu satu kemungkinan soalan yang boleh keluar dari mulut ibu Marsha. Apa yang ibu nak tahu daripada mulut aku? Takkan ibu tahu rahsia aku? Tak mungkin! Tak mungkin....Tiada siapa pun pernah tahu pasal rahsia aku...yang menyembunyikan diri aku yang sebenar...'' Ayuni berfikir sejenak. Memikirkan segala kemungkinan.
'' Pagi kelmarin, Ayu bergegas ke sekolah ada kaitan dengan Bonda Marissa ke? Ayu sedih teringat bonda?'' Datin Marsha mengenggam erat tangan Ayuni. Cuba menyelam ke dalam anak mata gadis tersebut.Cuba merungkai apa yang tersirat.
'' Hahah, apalah ibu ni. Langsung tiada kaitan dengan Bonda Marissa. Ni semua si Zati tu punya pasal.'' Ayuni ketawa melihat riak wajah serius Ibu Marsha. Dalam masa yang sama, dia lega kerana soalan yang diajukan bukanlah soalan yang ditakutinya.
'' Zati? Kenapa dengan Zati? Sakit?'' daripada riak wajah serius bertukar ke riak wajah yang penuh kerisauan. Ibu Marsha cukup mengenali Zati. Sudah beberapa kali Zati datang ke rumah untuk menemui Ayuni. Dah cukup masak dengan perangai Zati yang agak manja dan kelakar. Dia suka tengok Zati datang ke rumah sebab dengan kehadiran Zati, ada juga dia dapat mendengar tawa Ayuni. Kalau tak, jangan berharap satu sen pun!
'' Zati memang sakit ibu. Sakit otak!'' Ayuni ketawa sekali lagi. Kali ini tawanya mengundang perhatian seluruh warga rumah untuk memadangnya, kecuali yang masih berdengkur atas katil lah- Farhan. Semua pembantu rumah saling berpandangan. '' Apa yang kelakar sangat sampai Cik Ayu boleh ketawa sampai macamtu sekali?'' bisik salah seorang pembantu rumah.
'' Kamu jangan main-main Ayu. Kata-kata boleh jadi satu doa tau. Nanti kalau betul-betul wayar otak Zati tu tercabut, ibu tahu dah nak tunding jari dekat sapa'' Datin Marsha bermain dengan jari telunjuknya di hadapan Ayuni. Macam budak-budak pula!
'' Ayu gurau je lah ibu. Zati tu ada masalah keluarga sikit. Dia minta Ayu datang awal ke sekolah sebab nak minta pertolongan Ayu.'' Ayu mencapai sapu tangan di atas meja dan mengesat mulutnya. Segelas air Ribena yang sudah terhidang dihirupnya.
'' Takpalah ibu, Ayu berangkat ke sekolah dulu. Takut lambat pula. Sayang ibu! Assalamualaikum...'' Ayu mencium pipi Ibu Marsha sambil melambai tangan. Pantas Ayuni bergerak ke pintu keluar Villa Casa dan segera mendapatkan Salman untuk berangkat ke sekolah. Datin Marsha tersenyum melihat gelagat Ayuni. Begitu juga dengan semua pembantu rumah. 
'' Cik Ayu yang garang macam Kak Ros dalam Upin Ipin dah pergi dah. Cuma harini dia jadi Upin Ipin pula.'' bisik salah seorang Pembantu rumah. Semua pembantu rumah ketawa mendengar kenyataan tersebut. Masih tak mampu percaya dengan apa yang mereka lihat harini. Cik Ayu memang jauh berbeza!
'' Amboi, amboi! Bergosip pula korang ya...Kerja dekat dapur tu dah siap? Bilik-bilik dah kemas? Lantai dah sapu ke?'' Che Pah mencelah. Budak-budak ni kalau bergosip, tak ingat dunia! Che Pah menggelengkan kepala. Dengar sahaja suara singa Afrika ni, terus bersurai Perjumpaan Persatuan gosip dapur sedunia. Itu belum lagi Geng Mengumpat tangga. Lagi aktif bersatuan!
'' Kamu Pah kalau bercakap....'' Datin Marsha menggelengkan kepala.
'' Takpalah, saya nak pergi ke spa. Tak sempat saya nak tunggu Farhan tu bangun dari tidur. Pukul berapa dia nak bangun pun tak tahulah....'' Datin Marsha meneguk air. Beg tangannya yang ada pada tangan Che Pah dicapainya. Cermin yang tergantung berdekatan dengan pintu keluar rumah ditatapnya. Memerhatikan setiap kecacatan yang boleh merosakkan imejnya. Kedut-kedut yang menghiasi bahagian dahinya telah ditutup dengan cukup baik menggunakan mekap. Baginya rupanya tiada cacat cela yang memalukan. Cukup cantik walaupun sudah berusia. Usia bukan penghalang!

                                                                                     ~ AIRUL AIMIN~

'' And I be waiting all this...For you to call me baby...''  Zati  sibuk menghayati lagu ' Broken hearted'  sampai tak perasan suaranya boleh kedengaran oleh ramai orang di kawasan kantin. Kadangkala jam tangannya dibelek. Memandang sekeliling, mencari bayang Ayuni. Tak sabar nak menunjukkan hadiah yang diterimanya semalam. Walaupun dia tahu Ayuni takkan begitu teruja sepertinya semalam. Tujuannya bukan untuk mengundang teruja Ayuni pun tapi sekadar berkongsi kegembiraan. Dengan siapa lagi dia boleh berkongsi kegembiraannya kalau bukan dengan kawan karibnya sendiri kan? 
'' Aloha Zati! '' dari jauh Ayuni memanggil sambil melambai tangan. Berjalan macam model antarabangsa persis bondanya. 
'' Dia datang dengan lenggang -lenggoknya. Dia datang dengan senyum manisnya. Amboi kawan aku ni.... Berseri-seri pagi ni.'' Zati sengaja mengusik Ayuni yang baru sampai ke sekolah.
'' Aku memang selalu berseri-seri lah.....Suka engkau ya menyakat aku pagi-pagi ni. Kau cakap aku berseri-seri? Hahah...Kau nak tahu? Dari jauh aku boleh nampak kau punya batang gigi. Tersengih-sengih!'' Ayuni menjelirkan lidah.
'' Kau tahu ke kenapa aku tersengih-sengih ni?'' Zati sengaja menguji Ayuni. Terang-terang yang Ayuni dah tahu kenapa dia boleh tersengih-sengih macamtu.
'' Kau ni sengaja kan? Aku ada satu cadangan la ....Apa kata kau jadi pelakon? Aku nampak kau ni ada potensi yang tinggi.'' Ayuni memegang bahu Zati.
'' Betul ka? Aku boleh bawa watak apa?'' Zati bertanya dengan penuh teruja. Tak sangka dia ada bakat jadi pelakon. Kalaulah betul nanti dia jadi pelakon, pasti ramai lelaki yang nak mendampingi dia. Dia mula membayangkan kehidupan yang penuh glamor dan popular. Berjalan di Red carpet dan berkesempatan mengenakan pakaian-pakaian daripada pereka unggul seluruh dunia. Tinggal di banglo mewah. Ditemani oleh bodyguard yang selalu menjaga keselamatannya. Dikejar peminat-peminat yang menggilakan lakonannya. Selalu dikerumun orang ramai yang inginkan autograph..  Dia berkesempatan bekerjasama dengan pelakon-pelakon handalan yang bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara. Berkat hasil titik peluhnya, dia menerima ''Anugerah Pelakon Baru Wanita terbaik 2013'' Mana tahu kan? Zati mula berangan menjadi pelakon.
'' Betul la Zati.... Kau boleh bawa watak matahari dalam cerita ''Teletubies''! Bezanya, kau kena jadi bayi yang bermisai lah...hahah'' Ayuni ketawa melihat muka Zati yang penuh dengan kekecewaan. Baru sahaja berangan nak jadi pelakon....musnah impian! Ayuni berlari meninggalkan Zati yang masih kecewa di kantin. Malas nak pujuk! Nanti jadi bertambah manja!
'' Engkau ni Ayuni.....Sedih aku kau buat buat macamni! Taknak kawan!'' Zati memintas Ayuni dan segera ke kelas. Kelas nak bermula beberapa minit lagi. Tak mahu terlambat. Subjek pertama harini dahla Addmath! Cikgu yang mengajar pun garang! Kalau tak siap kerja dia, alamatnya memang menempah maut la....Pesan dan amarannya jangan dilupa! Sesiapa yang masuk kelas selepas daripada dia masuk kelas, bersedialah dengan tapak tangan yang bakal dibelai dengan rotan akar yang nipis macam lidi. Yang nipis tu lah pedih! 
Zati terkejut melihat insan dihadapannya. Jam tangannya diteliti. Lebih kurang 3 minit lagi kelas akan bermula. Mr. Wang Tok Hye memang terkenal sebagai orang yang paling menepati masa. Dia paling tak suka orang yang tak menepati masa. Time is money!
'' Ayu! Ayu! Cepat! Dia dah nak sampai!'' Ayuni turut terperanjat dan terus berlari bersama Zati. Mereka perlu memintas Mr.Wang. Mereka perlu sampai ke kelas dahulu sebelum Mr.Wang. Kalau tak, habislah....Kesan rotan dahulu pun masih terasa....
'' Ayuni! Subjek sedang menaiki tangga aras 1. Kita perlu cari jalan alternatif yang lain! Jalan yang lebih pantas dan selamat! Cepat!!!!!!!'' mata mereka liar mencari jalan. Mereka perlu bertindak pantas! Tak boleh mengalah kali ni! Mentol idea terpancar di kepala Ayuni. Hanya ada satu jalan. Gunakan tangga yang bertentangan dengan tangga yang digunakan Mr. Wang. Mujurlah kelas mereka di tengah antara kelas-kelas tingkatan 4 yang lain. Kelas tingkatan 4 pula di aras 3. Jadi, pertandingan masih belum tamat! Mereka masih boleh memintas Mr.Wang. Kelebihan kepada mereka yang lebih muda!
Ayuni dan Zati berlari pantas.  Malang kerana di awal-awal pagi lagi terpaksa berlari pecut untuk ke kelas. Padahal hari sukan sekolah lambat lagi!
'' Subjek sedang menaiki tangga aras 3. Kita ada harapan!'' Ayuni dan Zati berpegangan tangan menaiki tangga. Buat masa sekarang, mereka lebih maju dihadapan. Mr.Wang ketinggalan di belakang sedikit. Tanpa diduga, Ayuni tersadung ketika menaiki tangga. Jatuh macam nangka busuk! Selamat Zati masih berpegangan tangan dengannya manakala tangan Zati yang sebelah lagi sempat berpaut pada tangga.. Kalau tidak, Ayuni sudah pasti jatuh bergolek menuruni tangga.
'' Alamak! Mr. Wang ada dihadapan kita! Kita perlu memintas balik! Cepat pula orang tua ni menaiki tangga!'' Ayuni tangkas bangun dan menyambung perjuangan mereka. Situasi sekarang, mereka dan Mr.Wang masing-masing berada di penjuru yang bertentangan di aras 3. Rasa seperti dalam filem koboi. Dua penembak yang bakal bertarung saling berpandangan terlebih dahulu di   kawasan lapang. Bezanya di sini, kawasan 'pertarungan' mereka bukanlah lapang malah sesak dengan para pelajar dan guru yang berpusu-pusu memasuki kelas masing-masing. Ayuni menelan air liur. Di hadapannya, ada seorang manusia yang sedang tersenyum sinis kerana kemungkinan besar, dia dapat merotan lagi pelajar yang selalu lewat memasuki kelasnya. Boleh nampak bayangan awan hitam di atas kepalanya! Tidak! Itu tidak akan berlaku lagi!
Zati dan Ayuni memecut ke kelas. Dari pandangan Mr.Wang, mereka berdua seperti bakal merempuhnya! Nampak gerun dan menakutkan! Halangan yang penuh dengan guru dan pelajar dilalui dengan berhati-hati tetapi tetap dengan kepantasan. Mr. Wang juga turut melangkah dengan lebih pantas. Pelajar yang lambat wajar didenda! Para pelajar di dalam kelas 4 Waruna  memandang ke luar tingkap. Terperanjat dengan bunyi tapak kaki yang berlari. Bunyi kuat macam anak gajah yang sedang berlari!
'' Ayu! Ayu! Zati! Zati!'' pelajar-pelajar memberikan sorakan dan sokongan kepada Ayuni dan Zati. Memang macam sedang berlangsung hari sukan sekolah! Kecoh betul!
'' Pemenangnya ialah Ayuni dan Zati!'' satu kelas bersorak apabila melihat kelibat Zati dan Ayuni tiba terlebih dahulu dihadapan kelas. Zati dan Ayuni tersenyum puas! Mr.Wang tiba 5 saat lambat daripada mereka.Cuma tinggal beberapa saat saja lagi sebelum minit yang terakhir berakhir.
'' Kamu berdua selamat kali ni!'' Mr.Wang menunding jari ke arah Zati dan Ayuni. Riak muka jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati!
Sorry! Zati dan Ayuni bukanlah mangsanya harini. Mereka menarik nafas lega. Perlu bersedia untuk kelas addmath biarpun terpaksa memulakan pembelajaran harini dengan letih dan peluh!

                                                                                 ~ AIRUL AIMIN~

 '' Kembalilah kepadaku, selamilah jiwa ini yang terluka....'' Che Pah khayal mendendangkan lagu 'Bunga-bunga Cinta' dari Misha Omar. Begitu menghayati lirik lagu tersebut walaupun sedang membasuh pinggan. Che Pah pernah berangan nak jadi penyanyi dan popular. Walaupun sekarang dia cuma seorang orang gaji di Villa Casa yang cukup mewah ini, tak mustahil suatu hari nanti dia boleh menjadi seorang penyanyi yang terkenal.Tengoklah nanti! Kalau sejarah disingkap, Che Pah pernah cuba untuk menghadiri uji bakat untuk menjadi penyanyi. Dia hampir menyertai rancangan ' Vokal bukan sekadar rupa'. Alah, rancangan realiti yang popular di TV3. Tapi belum sempat kaki melangkah keluar dari villa, air mata menitik terlebih dahulu. Tahu kenapa? Tak tahan dikritik oleh juri-juri tetap yang tinggal di Villa Casa lah. Juri tetap pertama, Datin Marsha, ketika pertama kali mendengar Che Pah menyanyi, tersedak ketika sedang minum air. Bukan kerana terkejut dek kerana kemerduan suaranya, tapi sebab sumbang! Semua serba tak kena! Boleh bernanah telinga kalau dengar Che Pah menyanyi melebihi 15 saat. Juri tetap kedua, Encik Farhan tak dapat menahan gelak ketika mendengar Che Pah menyanyi di dapur. Malah juri kedua ni langsung tak dapat memberikan sebarang komen kerana asyik ketawa. Lama- kelamaan, Che Pah sedar bahawa nyanyian bukanlah bakatnya. Selain mengemas dan mengarah, dia yakin pasti dia memiliki bakat lain. Cuma belum diterokai atau dikembangkan...
'' Che Pah, daripada tadi saya ketuk pintu bilik Encik Farhan, tapi sampai sekarang dia masih tak menjawab. Sekarang dah nak dekat pukul 10.30 pagi. Selalunya waktu macam ni, Encik Farhan dah bangun daripada tidur dan sudah bersiap untuk ke tempat kerja.'' salah seorang pembantu rumah datang menemui Che Pah. Che Pah berhenti membasuh pinggan dan mengesat tanggannya pada apron. Che Pah dan pembantu rumah tersebut bergegas ke bilik Encik Farhan. ''Betul juga cakap Tipah ni. Selalunya waktu macamni, Encik Farhan dah bangun dari tidur dan sudah bersedia nak pergi kerja. Ni budak dah ketuk pintu pun, dia tak bagi sebarang respon. Tidur mati ke budak tu?'' Fikir Che Pah.
'' Encik Farhan, Encik Farhan. Dah bangun ke? Encik Farhan tak kerja ke harini?'' Che Pah mengetuk pintu bilik Encik Farhan berkali-kali. Seminit berlalu, namun mereka tidak menerima sebarang respon dari Farhan. Che Pah nekad. Pintu bilik ini harus dibuka. Pelik! Langsung tiada respon dari Encik Farhan. Tombol pintu dipulasnya. Pintu bilik berkunci! Memang ada something wrong somewhere!
'' Tipah, pergi dapatkan kunci pendua untuk aku. Aku risaulah! Cepat sikit!'' Tipah berlari mendapatkan kunci pendua di dalam stor bawah tangga. Sedia tergantung di situ untuk sebarang kecemasan. Che Pah semakin cemas. Tak pernah Encik Farhan berkelakuan macamni.  ''Prang!'' bunyi kaca pecah di dalam bilik Encik Farhan. Che Pah semakin cemas. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Che pah tak kira. Pintu bilik ni harus dibuka. Dia undur beberapa langkah ke belakang. Dia nekad untuk merempuh pintu ni. Apa nak jadi, jadilah! Dia tak kisah! Nak tunggu si Tipah datang dengan kunci pendua? Budak tu, semuanya lambat. Nak dapatkan kunci macam pergi buat kunci!
'' Demi Encik Farhan!!!'' Che Pah menjerit dan memecut ke arah pintu bilik Farhan. Dengan gaya dan mimik muka macam pemain rugbi! Hanya tinggal beberapa langkah sebelum badan Che Pah yang gempal merempuh pintu bilik Farhan. Pintu bilik terbuka sebelum sempat Che Pah merempuh. Encik Farhan sendiri yang membukanya. Che Pah tidak dapat berhenti. Biasalah, semakain besar jisim, semakin besar inertianya! Encik Farhan menggosok perlahan matanya. Lantas terkejut melihat Che Pah betul-betul dihadapannya! Belum sempat Encik Farhan mengelak, perlanggaran diantara lori dan kereta Kancil telah pun berlaku. Che Pah betul-betul telah merempuh Encik Farhan. Che Pah tertiarap di atas Encik Farhan. Kedua-duanya jatuh bagai nangka busuk di atas lantai.
'' Che Pah, saya dah jumpa kun....'' Tipah terkejut lantaran melihat Che Pah tertiarap di atas lantai. Tapi pelik, kaki ada empat! ''Che Pah jatuh atas apa?'' bisik Tipah sendiri.
'' Astaqfirrulahalazim...Apa Che Pah dah buat?'' Tipah segera mendapatkan Che Pah. Cuba untuk mengalihkan badan Che Pah dari Encik Farhan. Kalau dibiarkan, boleh penyek Encik Farhan dihempap Che Pah. '' Tolong! tolong! Ada kemalangan!'' Tipah menjerit meminta bantuan. Kelam-kabut pembantu rumah yang sedang mengemas ruang tamu menaiki tangga.
'' Fatiah! Tolong aku angkat makhluk ni! Berat!'' Fatiah dan Tipah bekerjasama untuk mengalihkan Che Pah. Memang cukup berat! Berapa Tan la agaknya... Kedua-dua 'mangsa' tidak menyedarkan diri. Pengsan di tempat kejadian! Tapi, muka Encik Farhan yang nampak lebih menderita.
'' Fatiah,pergi panggil pemandu! Kita bawa Encik Farhan dan Che Pah ke hospital cepat!''

BAB 5
'' Hello I dah buat tempahan untuk terima rawatan kuku, rambut dan urutan badan. Nama ada dalam list tak? Jangan cakap tiada ya...'' pekerja Datin Marsha di kaunter memberikan senyuman yang mesra sambil memeriksa senarai nama pelanggan yang telah membuat tempahan untuk menerima rawatan kecantikan di Spa M. 
'' Datin Sri Aera? Ya, nama Datin ada dalam senarai. Tunggu sebentar ya, saya panggilkan pakar kecantikan kami untuk bawa Datin....''
'' No way la kalau you yang pilih! I nak Datin Marsha sendiri yang bawa I dan kenalkan pada pakar kecantikan dia yang paling bagus. tak nak la orang sembarangan je yang sentuh ! Nanti I allergic  tau! '' Datin Aera mencebik muka sambil mengipas dirinya dengan tangan.
'' Tapi Datin....''
'' Apa tapi tapi? Hello....dah bayar ok! Lagi pun bukannya bayar murah tau! Better you ikut je apa yang minta or I saman you nanti....'' Datin Aera menghentak meja kaunter. Menunjukkan reaksi muka yang menjengkelkan.
'' Datin Aera...is that you? Lamanya kita tak jumpa...'' Datin Marsha menyapa erat Datin Aera. Berjabat tangan dan memberikan senyuman yang cukup manis sekali. Datin Aera kembali tersenyum.
'' I lah Marsha, siapa lagi? You tengok pekerja you yang tak pandai buat kerja ni! Sakit hati tunggu you tau....'' Datin Aera menjeling sekilas ke arah pekerja di kaunter. Pekerja tersebut hanya tunduk memandang lantai.
'' minta maaf sangat. Forgive her please...'' Datin Marsha cuba memujuk Datin Aera.
'' Selamat you ada tau. Kalau tak, dah lama pekerja you ni kena dengan I ! Datin Aera mengipas dirinya.
'' Mari, bawa you'' Datin Marsha mempelawa Datin Aera ke bahagian utama spa. Spa M merupakan spa yang cukup popular di Bangi. Hiasan dalaman yang cukup cantik dan menyenangkan hati sesiapa yang saja yang datang berkunjung. Mengenakan konsep ala Indon seolah-olah membawa pengujung Spa M menerokai bumi indah Jakarta sendiri. Di pintu masuk utama lagi telah terhias cantik dengan patung-patung arca yang diimport dari Indon. Aroma lilin terapi tersusun indah menghiasi sepanjang jalan dari pintu utama ke bahagian utama spa dan sehinggalah ke ruangan-ruangan khas seperti bilik rehat. Para pengunjung juga berpeluang merehatkan diri sebelum menerima rawatan kecantikan dengan menerima rawatan rendaman kaki herba yang disediakan secara percuma. Datin Marsha cuba memastikan para pengunjung spanya menerima rawatan bertaraf 5 bintang. Tak hairanlah, Spa M selalu dikunjungi pengunjung yang tak pernah surut!
'' kenalkan you dengan pembantu yang paling percayai, Mus.'' Datin Marsha memanggil Mus yang sedang merekodkan jumlah produk kecantikan di dalam bilik bekalan. Datin Aera tersenyum melihat Mus berjalan kearah mereka. Lengang-lenggok dan lambat sahaja macam itik pulang petang.
'' Datin panggil ke? Siapa ni? Kawan Datin ke? Cantiknya....'' Datin Marsha menepis tangan Mus yang cuba bersalaman dengan Datin Aera. Mus pula agak terkejut dengan tindakan Datin Marsha padahal dia tahu dah banyak kali Datin Marsha pesan supaya tidak bersalaman dengan pelanggan. Bukan sombong tapi sebab haram! Dia kan laki. Bukan muhrim! Cukup sekadar tunduk memberi hormat.
'' Pembantu you laki ke? Tak sangka pula laki minat bidang spa dan kecantikan ni. Selalunya perempuan je....'' Datin Marsha menjeling ke arah Mus. Memandang dari hujung rambut ke hujung kaki.
'' Hello! hello! Jangan pandang kita sebelah mata tau. Laki pun boleh berjaya dalam bidang spa ni.....'' Mus membelek kuku jarinya. Baru sahaja diwarnakan merah semalam. Masih nampak cantik dan bersinar. Pandai dia jaga...
'' Sudah! sudah! Pembantu memang macamni. Lelaki versi lain sikit....Mus, saya nak awak jaga Datin Aera harini. Bawa dia untuk jalani segala rawatan kecantikan. Pastikan layanan yang diberikan paling baik! Kenalkan kepada pakar kecantikan yang paling cekap dan profesional. Kalau saya dengar apa-apa complain daripada Datin Aera, saya cari kamu je...'' Datin Marsha memegang bahu sebelah kiri Datin Aera dan sempat menunding jari ke Mus.
'' Lah...you ada kerja lain ke? kan nak you yang bawa....'' Datin Aera mencebik muka tanda merajuk. Mus hanya memandang Datin Aera dengan riak wajah meluat. Baginya,kelakuan Datin Aera cukup janggal dan menjengkelkan di matanya. Menyampah!
'' Minta maaf sangat Aera tapi memang ada kerja lain yang perlu diuruskan segera. Tapi you jangan risau. Mus ni akan layan you dengan baik. Yang tu sendiri boleh jamin. Percayalah dengan I...'' Sekali lagi Datin Marsha cuba memujuk Datin Aera yang sememangnya kuat merajuk.
'' Yelah...setuju! I hope we can work together.'' Datin Aera memandang ke arah Mus. Sedikit kepercayaan dicalitkan ke hatinya. Dari pandangannya, baik juga kalau dia bekerjasama dengan lelaki jenis Mus ni. Orang kata,kadangkala lelaki 'Auuu' macam Mus ni lebih memahami hati wanita berbanding kaum wanita sendiri. Mus pula seperti rela bekerjasama dengan Datin bajet hot ni! Takpa, sabar je dulu dengan perangai Datin ni...Kenalah profesional dalam kerja kan? Mus cuba mengingatkan dirinya supaya terus bersabar.....
'' Baguslah, harap Datin dengan Mus dapat bekerjasama dengan baik. Kalau tak puas hati apa-apa, cakap je dekat saya..ok? I kena pergi dulu. Nanti bila you dah selesai, kita jumpa ya, insha Allah.'' Datin Marsha bergerak ke pejabatnya. Meninggalkan Mus dan Datin Marsha sendiri. Menguji kecekapan Mus melayan karenah pelanggan seperti Datin Aera. Berjaya ke tak? Datin Aera berpuas hati ke tak? Tak tahulah....

                                                                         ~AIRUL AIMIN~

'' Ayuni, jom pergi rehat! Aku laparlah....'' Zati memegang perutnya. Cuba menggambarkan betapa laparnya dia.
'' Kau ni Zati, kalau bab makan, kau lah nombor 1! Pantas je kau nak pergi kantin. Kalau bab lain, berjanggut tunggu kau tau.'' Ayuni mengemas mejanya. Menyusun buku yang tidak akan digunakan lagi untuk harini di dalam laci meja. Meja perlu sentiasa kemas. Ayuni paling tak suka mejanya berselerak dan cukup pantang jika ada yang menyentuh barangnya tanpa izin. Bukan apa, takut berselerak saja. Susah nak cari barang nanti! 
'' Ayuni...''Ayuni berpaling menghadap ke arah pintu. Tergamam. Sekali lagi terperanjat. Engku Faris di pintu kelasnya. Tersenyum manis memandangnya.
'' Saya ada hal nak cakap dengan Ayu. Sepatutnya saya cakap kelmarin,tapi belum sempat saya cakap, Ayu dah balik dulu. Sebenarnya Cikgu Shah nak jumpa Ayu waktu rehat harini. Berkenaan dengan pertandingan puisi dan lagu. Dia tunggu Ayu di bilik guru.'' Engku Faris menunding jari ke arah jam kelas 4 Waruna. Ingin memberitahu bahawa,dia perlu berjumpa dengan Cikgu Shah sekarang juga!
'' Terima Kasih Faris. Ayu pergi sekarang juga.'' Ayuni senyum memandang Faris. Dalam masa yang sama,jantungnya berdegup kencang bagaikan peserta larian 100 meter. Faris melambai tangan dan beredar dari kelas. Mata Ayuni tak dapat lari daripada terus memandang Faris sehinggalah dia hilang dari pandangan.
'' Lepastu, aku macamana? Aku nak makan dengan siapa hari ni....'' Zati mencarik-carik bajunya. Begitu kecewa kerana tiada teman makan harini. Walaupun ada beribu-ribu lagi pelajar lain yang sedang makan di kantin, tak tahulah, hanya Ayuni yang dianggapnya selesa untuk makan bersama. No Ayuni! No eat!
'' Sorrylah Zati. Yang ni cikgu yang nak jumpa. Bukan aku yang nak pergi. Kau makanlah dulu. Nanti bila aku dah selesai, aku cari kau dekat kantin. Waktu rehat lama lagi lah...'' Ayuni mencubit pipi Zati. Tembam! Comel sangat!
'' Oklah..aku tunggu kau tau. Kau jangan lama-lama pula'' Zati senyum dan beredar ke kantin. Ayuni pula pantas bergerak ke bilik guru. Tak jauh pun bilik guru dari kelasnya. Cuma perlu jalan berjalan beberapa langkah,menuruni tangga, sampailah! 
'' Kenapa agaknya Cikgu Shah nak jumpa aku? Puisi dan lagu? Apa tu?'' Ayuni runsing sendiri. Tak pernah pun sebelum ni  cikgu memanggilnya untuk apa-apa pertandingan pun. Lagipun, dia sendiri pun tak berani mencuba. Sentiasa menganggap dirinya tidak layak untuk mewakili sekolah. Ramai yang jauh lebih baik daripadanya. Macam lagu Alif Satar!
Ayuni betul-betul berada di hadapan bilik guru di aras dua. Jarang dia melangkah memasuki ruang ni. Tiada urusan,buat apa nak masuk! Matanya liar mencari meja Cikgu Shah. Seorang guru yang baru sahaja berkahwin tahun lepas dan sudah dikurniakan cahaya mata baru-baru ini. Orang lain kata,anaknya perempuan. Comel macam maknya juga! Tak pernah pun, Cikgu Shah bawa anaknya ke sekolah untuk dipamerkan. Teringin juga nak tengok. Tapi, isterinya, seorang akauntun pernah dibawa ke sekolah tahun lepas. Pasangan yang baru berkahwin lah katakan!
'' Cikgu Shah cari saya ke? '' Ayuni memerhatikan Cikgu Shah yang sedang memeriksa kerja sekolah pelajarnya. Merangkap sebagai ketua Unit Bahasa Melayu sekolah, tak hairanlah kalau Cikgu Shah sentiasa sibuk dengan pekerjaannya.
'' Kamu Ayuni? Cikgu memang cari kamu. Ada hal yang cikgu nak bincangkan.'' Cikgu Shah menutup bukunya. Mula memberi tumpuan kepada perbualannya dengan Ayuni.
'' Hal apa cikgu? Saya ada buat salah ke?'' Ayuni sedikit binggung.
'' Taklah. Cikgu dengar daripada orang lain yang Ayuni boleh berpuisi. Betul ka?''
'' Saya berpuisi? Mana ada cikgu....'' Ayuni menggaru kepalanya. Cuba menyembunyikan kegelisahannya. Siapa yang pandai-pandai ni? Tak pernah-pernah dia jadi orang sastera. Tiba-tiba orang cakap dia boleh berpuisi. Hairan! Hairan!
'' Saya tengok muka kamu pun saya dah boleh nampak ciri seseorang yang pandai berpuisi. Apa kata kamu cuba?'' Cikgu Shah cuba menyakinkan Ayuni. Ayuni menelan air liur. Tak sangka dia akan terlibat dalam situasi yang sebegini.
'' Saya tak beranilah cikgu. Saya mana ada bakat!'' Ayuni cuba mengelat.
'' Baiklah. Kalaulah kamu ubah fikiran, saya tunggu kamu di sini lepas tamat waktu sekolah harini. Kita cuba tengok dulu macamana. Kalau betul kamu tak boleh berpuisi,takpalah...Boleh?'' Cikgu Shah memandang wajah Ayuni. Mata yang sarat dengan harapan. Tak sanggup pula Ayuni menolak tawaran Cikgu Shah. Apa salahnya mencuba kan? Tak rugi apa-apa pun....
'' Saya tak janji cikgu tapi saya akan cuba.'' keyakinan mula mengisi ruang hati Ayuni. Dia tak rugi apa-apa pun.....Lagipun, berpuisi? Bunyi macam menarik...
'' Jangan lupa pula tau. Ok, kamu boleh pergi.'' Ayuni tunduk memberi hormat. Terus beredar dari bilik guru. Sebenarnya,fikirannya tak dapat berhenti untuk merungkaikan identiti individu yang memberi khabar bahawa Ayuni boleh berpuisi. Lupa pula nak tanya tadi, siapa yang memberitahu perkara tersebut kepada Cikgu Shah?. Pelik! Memang pelik! Siapa yang cuba melemparnya dalam situasi sebegini? Ayuni bergerak ke kantin. Perlu menjejaki lokasi Miss sai pula di kantin. Alah,bukan susah nak cari! Pasti dia selalu ada di tempat yang mereka selalu makan selalu. Ayuni memandang dari jauh. Ternyata Zati tidak makan bersendirian seperti yang difikirkannya. Ada 'teman' yang setia bersamanya.
'' Makan sorang saja cik abang? Mana kawan kau yang bajet cun tu?'' Zati berpaling dari pandangan kumpulan yang paling menjengkelkan di sekolah. Bajet glamor! Kumpulan G.G ! Kononnya Gorgeous and Glamor!  Terdiri daripada 5 pelajar perempuan dari kelas 4 Neptune. Ina sebagai ketua, diikuti oleh, Ita, Illa, Izah, dan Ikin. Anak-anak orang kaya dan berlatar belakangkan keluarga yang berpendidikan dan dihormati. Tapi malang, anak-anak jadi pembuli di sekolah. Suka menganggu pelajar-pelajar yang dianggapnya lebih lemah daripadanya.
'' Aku tak kacau korang,kenapa korang kacau aku?'' Zati memandang Ina dengan pandangan tidak puas hati. Kepala ketua G.G ni yang paling keras sekali! Langsung tak tahu menghormati orang lain.
'' Woi Miss Sai! Suka hati kitaorang la nak kacau sapa! Siapa suruh kau jadi mangsa kegemaran kami? Perempuan bermisai. Siapa yang tak suka?'' Ina mengangkat sebelah keningnya. Senyuman yang penuh dengan kejahatan. Zati tidak menghiraukan Ina dan gengnya. Malas nak layan. Kalau dia cuba melawan pun,pasti dia tewas!
'' Hoi! Aku cakap dengan kau lah!'' Ina mengetuk meja makan. Geram! Zati tidak mempedulikannya! Macam bercakap dengan batu. Kuah laksa yang sedang dinikmati oleh Zati terpercik ke tudungnya. Habis basah dan kotor! Berbau ikan pula tu! Zati tangkas bangun dari meja makan. Buku lima digengamnya. Kalau tiada orang lain yang memandang sekarang,dah lama buku lima ni hingap di muka Ina dan gengnya. Tapi dia sedar,dalam situasi sebegini,dia tidak berupaya melakukan apa-apa. Bagai mentimun dengan durian. Malangnya,dialah mentimun! Bukan durian yang samada ada di atas atau bawah, dia tetap tidak akan berasa apa-apa.
Ayuni menghampiri meja makan tersebut. Tak tahan melihat kawan karibnya diperlakukan sebegitu rupa. Ayuni mencapai segelas air masak. Menghampiri Ina yang masih kelihatan bangga dengan tindakannya. Dapat memalukan Zati dihadapan orang lain.
'' Geng Gedik gila....'' Ayuni memanggil dengan lemah-lembut sebelum mencurah segelas air di tangannya ke arah Geng G.G. Mereka tidak sempat mengelak. Ayuni tersenyum puas. Walaupun Geng G.G taklah basah kuyup kerana segelas air,tapi sekurang-kurangnya sebahagian kecil baju mereka basah. Cukup untuk membalas perbuatan jahat mereka ke atas Zati. Ina menjeling ke arah Ayuni. Tak pasal-pasal dia kena simbah dengan air!
'' Ini baru air masak biasa tau. Kalau korang kacau Zati lagi, aku tak teragak-agak nak simbah benda lain pula. Asid ke....'' Ayuni langsung tidak gentar berhadapan dengan Geng G.G. Biarlah lima menentang satu! Kekuatan Ayuni sudah menyamai kekuatan kelima-lima mereka. Ayuni menarik tangan Zati. Beredar dari kawasan kantin dan meninggalkan Geng G.G yang masih lagi terkejut dengan tindakan Ayuni. Ingat mereka saja yang boleh buat orang sakit hati? Yang penting sekarang, cuci dulu tudung Zati yang berbau ikan. Tentang mereka, akan diuruskan nanti!

                                                                       ~ AIRUL AIMIN~

'' Dah siap ke? Macamana bagus tak rawatan di Spa M ni?'' Datin Marsha menyapa erat Datin Aera yang baru selesai menerima rawatan urutan badan. Dia kelihatan begitu segar dan bertenaga. Di sebelahnya, Mus tersenyum lega kerana tugasannya telah selesai.
'' suka lah...Semuanya bagus! Yang paling suka pembantu you ni lah. Pandai dia melayan I . I sedikit pun tak rasa bosan harini. Mus ni suka bercerita!'' Mus tersenyum bangga. Tak sangka dia akan dipuji sebegini rupa di hadapan Datin Marsha. Ada kesempatan boleh naik gaji ni! Datin Marsha tersenyum lega. Berjaya juga Mus memikat hati Datin Aera yang sukar ditawan.
'' Alhamdulillah, baguslah kalau macamtu. Kan dah kata yang Mus ni bagus. Lain kali kalau ada masa, datang la lagi. Mus yang akan jaga you juga. Ok?'' Datin Marsha memandang Mus. Mus pula hanya tersenyum. Seperti rela sahaja bakal bekerjasama lagi dengan Datin Aera.
'' Mestilah...You jangan risau! akan selalu datang Spa M ni. Lagipun duduk rumah bosanlah. Kalau datang sini,bolehlah borak panjang-panjang dengan Mus ni!'' Datin Aera ketawa.
'' Amboi! Amboi....Nak dengar gosip lagi la tuh...'' Mus mencekak pinggannya. Datin Marsha dan Datin Aera hanya ketawa melihat gelagat Mus. Macam mak andam saja....
'' Datin, ada panggilan untuk Datin'' Salah seorang pekerja Datin Marsha menyerahkan telefon bimbit kepadanya. Selamat ada pekerja tadi. Kalau tak Datin Marsha tak tahu pun dia telah dihubungi. Selalu meninggalkan telefon dan beg tangannya di atas meja di dalam pejabatnya.
'' Hello...Apa? Baiklah,saya akan datang sekarang juga!'' Datin Marsha kelihatan sedikit terperanjat. Mus dan Datin Aera saling berpandangan.
'' What wrong ? Anything happen?'' Datin Aera memegang bahu Datin Marsha yang masih lagi kelihatan terkejut.
'' Anak masuk hospital. kena pergi sana...'' Datin Marsha bergegas ke pejabatnya. Segera mendapatkan beg tangannya.
'' I teman you,ok? Kita pergi sana sama-sama'' Datin Aera juga risau melihat keadaan Datin Marsha. Nampak risau sangat! Anak masuk hospital kan? Siapa yang tak risau?
'' Ok, thanks! Mus,tolong jaga Spa M ni. Saya tinggalkan kunci Spa M atas meja. Bila nak tutup nanti,jangan lupa kunci pintu. Kunci tu you simpan dulu. Kami pergi dulu!'' Datin Marsha menarik tangan Datin Aera dan segera beredar dari spa.
'' Kita naik kereta lah...suruh pemandu pergi ambil kereta kejap. Kita tunggu di sini....'' pemandu Datin Marsha bergegas mendapatkan kereta yang berada tidak jauh dari Spa M.
'' Maaf puan, tolonglah saya. Dah 2 hari saya tak makan. Tolonglah saya...'' Datin Marsha dan Datin Aera didekati oleh seorang lelaki. Pakaiannya compang-camping. Nampak buruk sangat! Datin Aera menunjukkan riak wajah jijik. Dia menutup hidungnya.
'' Tak guna! Suka hati engkau je! Pergi jauh-jauh! Menjijikanlah...'' Datin Aera menjarakkan diri daripada lelaki tersebut. Tak mahu tercemar dengan segala kotoran yang dibawa oleh lelaki pengemis! ''Rambut yang kembang macam gaya Alfro tu, entah-entah ada kutu! Tolonglah.....Dengan baju koyak-rabak,dikerumun lalat, berkaki ayam. Langsung tak layak nak bercakap dengan golongan Datin ni!'' fikir Datin Aera.
'' Ambil ni.'' Datin Marsha mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya dan menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Datin Aera terkejut dan terkelu. Tak sangka kawannya, sanggup nak tolong orang malas macam tu. Dia jadi miskin,sebab dia malas berusaha. Itu je!
'' Terima kasih puan. Semoga Allah merahmati puan.'' lelaki tersebut mencium duit tersebut. Mengalir air matanya kerana terharu dengan tindakan Datin Marsha. Ternyata bukan semua orang kaya itu sombong. Ada yang kuat mengutuk tapi tak melakukan apa-apa. Ada yang tak berkata apa-apa tetapi melakukan sesuatu kebaikan. Manusia memang rambut sama hitam,tapi hati lain-lain. Datin Marsha tersenyum memandang jejaka tersebut. Lelaki itu nampak begitu bersyukur dengan nikmat yang ada. Tak banyak pun wang yang Datin Marsha bagi, tapi lelaki tu tetap bersyukur dan tersenyum. Malah,dia sendiri tidak membalas kutukan orang lain. Lelaki tersebut beredar dari situ.
'' Kenapa you pergi tolong dia tu? Tolonglah...menjijikkan ok! You kena ingat,kita tak boleh bagi muka sangat dekat orang macam dia tu. Nanti bertambah malas. Kerja malas,hanya tahu minta je...'' Datin Aera mengetap bibir.
'' Dah ada rezeki lebih. Apa salahnya kita berkongsi. Lagipun semua rezeki kita kan daripada Tuhan...'' Datin Aera memandang ke arah Datin Marsha. Memberikan riak wajah tidak berpuas hati dengan kenyataannya.
'' Hello! hello! Bila you ada belajar bab tuhan-tuhan ni? Rezeki daripada tuhan? Tolonglah..usaha sendiri tau!
'' Sudahla! Malas nak layan you. Tu,pemandu dah sampai...'' Datin Marsha menarik tangan Datin Aera. Mereka bergerak mendapatkan kereta yang berhenti di persimpangan jalan sebelah sana. Lupakan bab lelaki tadi! Yang penting sekarang, keadaan Farhan!


                                                                                     ~ AIRUL AIMIN~

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA :-
 " apabila Allah menguji seseorang hamba Muslim dengan ditimpakan dengan sesuatu bala atau penyakit pada jasadNya, Allah akan berfirman kepada malaikatNya : 'tulislah untuknya pahala amalan -amalan salih yang dilakukannya selama ini (sebelum ditimpa bala atau penyakit) dan seandainya Allah menyembuhkannya nescaya disucikan hamba tersebut (dari dosa - dosanya sekiranya dia sanggup bersabar) dan seandainya Allah mengambil nyawanya, nescaya Dia akan mengampunkan hamba tersebut dan merahmatinya " 
[hadis riwayat Ahmad {musnad Anas bin Malik RA,}
Kau tak mampu bersabar apabila kau membalas balik perbuatan mereka. Kau bukannya wira yang membela. Tapi kau cuma memalukan lagi kawan kau kerana kau menampakkan seolah-olah dia lemah dan tidak mampu mempertahankan diri sendiri.
Tiada manusia yang sempurna. Tetapi semua manusia itu sempurna sebagai ciptaan Allah.
~ RAMA-RAMA HITAM~

Selepas tamat subjek terakhir sekolah harini, Ayuni seperti biasa akan mengemas mejanya. Tapi tak seperti biasa, ada terselit sepucuk surat diantara ruang buku-bukunya. Terkandung hadis yang membicarakan tentang kesabaran. Ayuni terpaku dan kelu. Terkejut dengan kehadiran surat misteri tersebut. Penulisnya? Sekali lagi sang Rama-rama hitam. Tapi siapa dia? Apa tujuan dia hantar surat ni? Ayuni termenung sendiri.
'' Ayuni,jom kita balik!'' Zati memegang erat tangan Ayuni dari belakang. Ayuni tidak memberikan sebarang respon. Masih terpaku di situ. Zati menggaru kepalanya.
'' Surat siapa tu?'' Zati cuba merampas surat tersebut dari tangan Ayuni. Ayuni pantas menyembunyikan surat tersebut di dalam begnya. Tak mahu Zati ambil tahu tentang kehadiran surat tersebut. Tak rela berkongsi isi surat tersebut.
'' Mana ada surat sapa pun...Zati, aku kena jumpa cikgu la. Berkaitan dengan hal tadi. Boleh kau tolong aku tak?'' Ayuni cuba mengalihkan pandangan Zati daripada surat tersebut.
'' Kau nak aku tolong apa?''
'' Tolong cakap dekat Salman,suruh dia tunggu kejap. Aku ada temuduga dengan cikgu. Boleh?'' Ayuni memicit pipi Zati. Macam bermain dengan budak kecil. Zati seperti rela sahaja. Takpa, sekurang-kurangnya dia rasa diri dia comel!
'' Boleh. Kalau macamtu aku gerak dulu. Bye darling!'' Zati melambai tangan dan beredar dari kelas. Membiarkan Ayuni yang masih sibuk mengemas beg. Dalam masa yang sama,dia cuba menghilangkan tekanan yang diterima akibat kehadiran surat tersebut. Rama-rama hitam menyerang dari pelbagai arah. Melalui (SMS)  dan surat. Tapi dia yakin, Rama-rama hitam tidak berada jauh darinya. Kalau tidak, takkanlah dia tahu semua pergerakan Ayuni. Apa yang telah Ayuni lakukan harini. Ayuni bergerak pantas ke bilik guru. Mahu menyelesaikan urusan dengan segera.
'' Hah Ayuni. Sampai pun kamu. Kamu dah sedia?'' Cikgu Shah mengeluarkan sehelai kertas dari laci mejanya. Ayuni mengenggam tangannya. Cuba untuk menenangkan diri. Cuba untuk tidak memalukan diri sendiri di hadapan Cikgu Shah. Cikgu Shah menyerahkan kertas tersebut kepada Ayuni. Kertas yang mengandungi sajak. Ayuni meneliti setiap perkataan. Cuba memahami setiap perkataan yang bakal dilafazkan.
'' Cuba kamu deklamasikan sekarang. Cikgu nak dengar.'' Ayuni menelan air liur. Tak pernah sekalipun dalam hidupnya dia bersajak. Malah tak pernah terlintas di fikirannya pun untuk bersajak. Cikgu Shah menunggu Ayuni melafazkan isi sajak tersebut. Tak sabar mendengar suara bidadari yang dikhabarkan cukup indah untuk didengari.
'' Persis lautansema...'' Ayuni berhenti. Tidak dapat menghabiskan satu baris sajak pun. Terlalu gabra! Gagap sahaja Ayuni mendelekmasikan sajak. Suaranya bergetar bagai ketakutan.

'' Ayuni, cuba kamu bertenang. Cuba sekali lagi...'' Cikgu Shah memperbetulkan cermin matanya. Ayuni memejamkan matanya. Cuba merasai nikmat ketenangan. Ayuni mencuba sekali lagi....
'' Persis lautan, semalam kau sulam gelombangmu, menjadi benang-benang sutera,birumu lembut saujana memandang...'' Cikgu Shah memejamkan mata menghayati sajak Ayuni. Begitu indah sekali. Tak sangka apa yang dikhabarkan oleh orang lain itu betul. Ayuni memang boleh berpuisi. Malah begitu indah sekali. Ayuni memang seorang yang berbakat. Ayuni melihat Cikgu Shah yang masih belum mencelikkan matanya. Tidur agaknya,fikir Ayuni.
'' Kamu memang seorang yang berbakat. Cikgu tak sangka!'' Ayuni tersenyum mendengar pujian Cikgu Shah. Tak sangka dia boleh bersajak.
'' Baiklah, cikgu nak kamu mewakili sekolah kita untuk pertandingan Puisi dan lagu. Minggu depan,hari Isnin,bila tamat waktu persekolahan kamu datang bilik guru. Kita ada latihan. Boleh?'' Ayuni menggaru kepalanya. Tawaran sekali seumur hidup ni. Tak pernah dia ditawarkan untuk mewakili sekolah.
'' Baiklah cikgu, terima kasih.'' Ayuni tunduk memberi hormat. Ayuni meminta diri sebelum beredar meninggalkan bilik guru. Tak lekang senyuman di bibirnya. Akhirnya dia dapat mewakili sekolah untuk acara yang tidak pernah disangkanya!

No comments:

Post a Comment