Assalamualaikum dan salam adiwarna pertemuan~
Blog ni baru saja dihasilkan. Jadi masih kosong...Sabar,sabar. Insha Allah saya akan memuatkan hasil penulisan saya seperti novel dan cerpen. Tidak dilupakan video rakaman hasil gubahan lagu yang saya nyanyikan sendiri..Saja nak cuba..hehe Just smile and enjoy! =D
Saturday, 9 March 2013
Friday, 8 March 2013
Ain't PERFECT 2
BAB 6
~ AIRUL AIMIN~
~ AIRUL AIMIN~
~AIRUL AIMIN~
'' Saya terjumpa tadi Datin. Datin tertinggal dekat dapur.'' Fatiah tersenyum. Begitu juga Che Pah dan Datin Marsha. Che Pah menarik lafas lega. Akhirnya jumpa juga telefon Datin Marsha. Tak perlu lagi bermandi keringat menjejaki lokasi telefon tadi.
~ AIRUL AIMIN~
~ AIRUL AIMIN~
~ AIRUL AIMIN~
~ AIRUL AIMIN~
~ AIRUL AIMIN~
'' Mana Farhan?'' Kenapa boleh jadi macamni?'' Datin Marsha terus menerjah Fatiah yang sedang berdiri di ruang menunggu. Datin kelihatan begitu risau. Dah sampai masuk hospital, bunyi macam teruk! Tapi tak tahulah teruk ke tak...Dari jauh, Tipah datang menghampiri Datin. Bukan datang dengan tangan kosong tapi dengan pisang goreng dan air tembikai bungkus. Enak sahaja makan. Muka langsung tak menunjukkan kerisauan....
'' Sedap makan Tipah? Amboi,amboi...sempat lagi makan. Datang sini jaga Farhan ke makan?'' Datin Marsha menjeling ke arah Tipah. Kelam-kabut Tipah menyembunyikan pisang goreng dan air tembikai dibelakangnya. Dah nampak pun...Tak payah susah-susah nak sorok!
'' Hehe...sorry Datin...Saya lapar. Alah Datin, Encik Farhan dan Che Pah tak apa-apa lah...Tangan Encik Farhan terseliuh sikit je. Che Pah sihat walafiat. Tak cedera langsung!'' Tipah menyedut lagi air tembikai. Menyembunyikan kegelisahan diri.
'' Kejap! Pah pun masuk hospital juga? Apa sebenarnya yang terjadi ni?'' Datin Marsha bertambah runsing. Apa kaitan dengan Che Pah pula ni? Fatiah dan Datin Aera masing-masing mendiamkan diri. Membiarkan perbualan hangat Datin Marsha dan Tipah tidak terus terganggu.
'' Hahah...kelakar juga sebenarnya saya nak cerita ni. Saya jamin, kalau Datin dengar saya cerita ni,pasti Datin pun tak tahan nak gelak.'' Tipah terus ketawa membiarkan Datin Marsha dan lain-lain masih dalam kebingungan. Fatiah sendiri pun masih tidak mengetahui fakta yang sebenar. Tidak pula dijelaskan oleh Tipah bila mereka tiba tadi.
'' Apa yang lawak sangat Tipah? Cuba cerita sikit!'' Datin semakin teruja untuk mengetahui cerita sebenarnya.
'' Sebenarnya macamni....Saya ketuk pintu bilik Encik Farhan daripada pagi tadi tapi dia langsung tak jawab apa-apa pun. Saya pun risaulah. Saya pergi beritahu Che Pah. Che pah punyalah risau,terus pergi ketuk pintu bilik Encik Farhan kuat-kuat. Tapi Encik Farhan tak jawab juga. Lepastu dia suruh saya ambil kunci. Bila saya sampai, dua-dua dah meniarap atas lantai. Che Pah ada atas Encik Farhan! Datin bayangkanlah sendiri....Betapa deritanya Encik Farhan dihempap lori seberat 3 tan! Merah je muka!'' Tipah terus ketawa lagi. Datin Aera turut ketawa walaupun dia tak pernah lagi melihat sekecil mana Farhan dan sebesar mana Che Pah yang seberat 3 tan tu...Sebenarnya,cerita tu tak la lawak sangat, tapi cara Tipah bercerita tu yang lebih lawak. Dengan reaksi muka dan gerak badan! Memang penuh semangat!
'' Betul ke Tipah? Ya Allah,macamana la agaknya Farhan sekarang. Pah tu bukannya kecil! Pasti sakit kena hempap dengan dia. Badan dah macam boleh main rugbi dah...'' Datin Marsha mengurut kepalanya. Bertambah pening kepalanya. Bukan ketawa seperti yang disangka Tipah.
'' Datin dah sampai? Sayang juga Datin dengan saya. Beruntung ada majikan yang prihatin ni!'' Dari jauh Che Pah berjalan untuk mendapatkan Datin Marsha. Tersengih-sengih!
'' Ewah,ewah....siapa risaukan kamu? Farhan mana?'' Datin Marsha menjeling tajam ke arah Che Pah. Naik meremang bulu roma!
'' Encik Farhan dekat belakang sana,nanti dia datang lah. Dalam tandas....'' Che Pah kelihatan teruja apabila melihat air tembikai dan pisang goreng di tangan Tipah. Pantas sahaja merampas dari tangan Tipah dan terus menikmatinya dengan rakus! Terbuntang mata Tipah melihat Che Pah menyedut air tembikai sehingga ke titisan yang terakhir. Suka hati je! Macam air dia je... Datin Marsha dan yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat kelakuan Che Pah. Fatiah memandang ke kanan. Tiba-tiba ternampak Encik Farhan sedang berjalan menuju ke arah mereka. Terinjut-injut saja dia berjalan. Bukan itu saja! Kepalanya dah macam ikan lohan dah...Benjol bukan main besar!
'' Ya Allah, Farhan... Napa boleh jadi macamni? Kasihannya anak bonda....'' Datin Marsha pergi menerpa Farhan terlebih dahulu. Memeluk erat sambil membelai lembut kepalanya. Berhati-hati sedikit di bahagian benjolan tu. Tak mahu ada yang mengerang kesakitan!
'' Pah! Tengok apa yang kamu dah buat!'' Che Pah bersembunyi di belakang Tipah. Tak mahu diserang hendap oleh Datin. Tak mahu juga memberikan sebarang komen. Perkara yang tak disangka telah terjadi. Mana tahu yang Encik Farhan akan buka pintu tu masa Che Pah nak merempuhnya. Dengan bunyi kaca pecah lagi,berkobar-kobar lagilah Che Pah nak merempuh!
'' Che Pah tak salahlah bonda. Jom la kita balik, Paan letihlah...'' Farhan memeluk bondanya dari belakang. Memujuk rayu supaya boleh segera dibawa pulang ke rumah. Boleh berehat. Sakit kepala,badan,dan kaki ni bukan senang nak hilang. Rasa macam baru terlibat dalam satu kemalangan yang boleh meragut nyawa saja.....
'' Jom la kita balik. You ikut kami baliklah. Makan tengahari dulu,lepastu suruh drebar you datang ambil dekat Villa I. Bolehla...'' Datin Marsha memegang tangan Datin Aera. Datin Aera seperti berfikir seketika.
'' I tak ganggu keluarga you ke? Lagipun anak you kan baru keluar hosiptal. I rasa tak sesuailah kalau I datang menyibuk dekat rumah you...''
'' Datanglah,jangan risau. Farhan ni selalu berehat dalam bilik dia. Alah you datang makan tengahari je. I kecil hati tau kalau you tak datang...'' Datin Marsha memujuk Datin Aera sekali lagi. Datin Aera menyerah! Permintaan rakannya tidak sanggup untuk dikecewakan. Datin Aera mengangguk tanda setuju. Sesekali dipandangnya orang lain. Melihat reaksi orang lain jika dia datang berkunjung ke Villa Casa. Takut ada yang tak puas hati atau tidak bersetuju. Tapi bersetuju atau tak, Datin Marsha ketuanya sekarang. Kalau 'ya' jawabnya,maknanya 'ya' la juga jawapannya.
'' Baiklah,kita balik sekarang. Jom!'' Datin Marsha mengetuai pergerakan pulang ke rumah. Yang lain ikut di belakang,bagai askar yang setia.
'' Kita tak boleh buang masa lagi! Aku tak mahu benda tu jatuh di tangan orang lain. Kali ni,misi kita tak boleh lagi tergendala! Kita kena bertindak. Faham!'' lelaki berkepala botak dan bertatu di lengan mengetuk meja. Gambar harimau pada tatu badannya menggambarkan bahawa diri dia tak senang untuk dipermainkan oleh sesiapa pun. Kalau ada yang cuba menentang,terpisah jasad dan roh lah jawabnya. Mesyuarat meja bulat yang julang kali diadakan kali ini betul-betul tegang. Bengang kerana misi kali ini masih tergendala. Semuanya gara-gara perempuan tu menghilangkan diri tanpa khabar berita. Dia fikir dia bijak! Berani cuba menentang organisasi ni! Dia masih tak sedar yang bumi ini tak cukup luas untuk dia melarikan diri,bersembunyi selama-lamanya. Lelaki berkepala botak berfikir sejenak. Strategi telah dirangka. Cuma tunggu untuk dilaksanakan.
'' Anak dia ada pada kau kan? Amacam? Dia sihat?'' Mr.Boss,lelaki berkepala botak mengalih pandangan tajan ke arah Dato' Ishakh. Membuatkan semua pandangan ahli mesyuarat turut tertumpu kepadanya. Keadaan menjadi bahang. Selaku ahli jawatan kuasa yang mengetuai misi kali ini,segala perancangan dan gerak-geri perlu dijalankan dengan sempurna. Sebarang kesilapan,mahupun sedikit boleh membawanya ke bilik yang paling mahu dielakkan oleh sesiapun- 'Blood Game' Dato' Ishakh menelan air liur. Bukan sekali! Tapi berkali-kali. Peluh mula membasahi ruang mukanya.
'' Dah lama saya tak pulang rumah. Saya rasa budak tu sihat dalam jagaan isteri saya.'' Dato' Ishakh memperbetulkan kolar baju kemeja yang dipakainya. Hangat! Air-cond yang dipasang pun tidak mampu menyejukkannya. Siapa yang mampu bertenang apabila berhadapan dengan ketua organisasi sulit ini. Tidak pernah kisah pasal hukum-hakam atau orang lain. Yang penting,matlamat dan misi tercapai! Cahaya lampu yang malap menjadi teman dalam mesyuarat kali ini. Biarpun begitu, parut pada wajah Mr. Boss masih kelihatan jelas. Itu yang menambahkan imej bengisnya. ' Terima kasih' kepada perempuan tu. Model berjaya yang hampir ditidurinya- Marissa. Tak sabar rasanya nak bertemu kembali dengan perempuan tu. Bolehlah dia toreh balik wajah perempuan tu macamana yang pernah perempuan tu lakukan kepadanya dulu. Berani. Memang berani! Berani menempah maut!
'' Suatu hari nanti saya yakin, dia akan tetap akan balik Malaysia. Takkan dia nak tinggalkan anak dia terus. Lagipun dia larikan diri sebab nak lindungi anak dia. Tapi bodoh pula saya rasa, sebab dia rasa selamat dengan meninggalkan anak dia bawah jagaan keluarga saya. Keluarga yang nak hapuskan dia sekeluarga sendiri.'' Dato' Ishakh ketawa sendiri. Cuba menyembunyikan kegelisahannya. Wajah Mr.Boss ditelitinya. Ada senyuman nakal yang tersembunyi. Mungkin mentol sudah menyala. Merangka idea baru untuk memastikan misi berjalan dengan lebih lancar.
'' Kita akan umpan dia balik Malaysia. Sekarang ni, kita cuma tunggu kau bersedia. Aku ada idea yang pasti takkan gagal!'' Semua pandangan beralih ke Mr. Boss. Senyuman nakalnya kelihatan lebih jelas. Dato' Ishakh seram sejuk sendiri. Tak tahu rancangan apa yang berligat di kepala bosnya. Kalau rancangannya kejam seperti melibatkan kematian seseorang,memang dia perlu bersedia!
'' You duduklah dulu. Pembantu rumah I dah uruskan segalanya. I nak naik atas sekejap. I nak solat Zohor.'' Datin Aera merenung tajam Datin Marsha. Matanya memerhati setiap inci Datin Marsha. Daripada rambut,sehinggalah ke kaki. Pandangan matanya seperti ligat memikirkan sesuatu.
'' Are you sure? You sembahyang ke?'' Datin Marsha seolah-olah terkejut dengan pertanyaan Datin Aera. Aneh. Kenapa tiba-tiba dia boleh bertanya sebegitu. Datin Marsha meneliti diri dia sendiri. Cuba menilai soalan Datin Aera tadi. Dia binggung. Tidak dapat merungkaikan persoalan di sebalik soalan Datin Aera tadi. Dia menyerah kalah.
'' Kenapa you tanya macamtu? Ada yang tak kena ke dengan I? '' Datin Aera mendiamkan diri. Berfikir seketika. Mahu terus mendiamkan diri atau berterus terang. Kasihan pula rasanya membiarkan kawannya terus dalam kebingungan. Memang kelihatan seperti dia benar-benar kosong. Tak tahu langsung tentang isi tersirat disebalik soalannya.
'' You tengoklah cermin. Nilai sendiri. Takpalah,you pergilah sembahyang dulu. I wait for you here.'' Datin Aera mengalihkan pandangannya. Datin Marsha tersentak seketika. Apa yang cuba disampaikan oleh kawannya? Dia sendiri masih tak faham. Takpa. Biarkan dulu. Menyambut seruan Ilahi lebih penting sekarang. Mungkin dia akan dapat ilham nanti. Datin Marsha bergerak meninggalkan Datin Aera di ruang tamu. Segera menaiki tangga ke tingkat atas untuk bersembahyang. Datin Marsha memasuki ruang biliknya. Mencampakkan beg tangannya di atas katil. Dia mengibas dirinya. Kepalanya diurut perlahan. Dia berulang-alik diantara ruang dari katil ke almari soleknya. Kakinya berhenti meneruskan langkah. Berhenti di hadapan cermin yang cukup besar di hadapannya. Boleh nampak segalanya dari cermin itu. Raut wajahnya diteliti. Rambutnya dipegang. Bajunya ditatapi. Dia tersentak. Mulai faham dengan apa yang cuba disampaikan Datin Aera tadi. '' Orang macam aku bersembahyang?'' Datin Marsha terfikir sendiri. Persoalan timbul tanpa diduganya. Tak sangka dia akan mempersoalkan diri dia sendiri dengan soalan sebegitu. Rambut yang diwarnakan, baju yang mendedahkan lengannya,perhiasan di badan yang melampau,dan mekap yang mampu menyembunyikan usia sebenarnya. Orang percaya ke kalau dia mengaku dia percaya Allah dan bersembahyang? Dia sendiri pening. Pelbagai soalan berputar di fikirannya. Adakah ibadatnya selama ini diterima Allah? Sembahyangnya? Sedekahnya? Padahal dia seorang wanita Muslim yang tidak menutup aurat! Dia meraup wajahnya. Air mata penyesalan mula mengalir. Selama ini dia gagal menjadi seorang Muslim yang sempurna. Datin Marsha melangkah ke bilik air. Perlahan-lahan memulas pili air. Membiarkan air mengalir laju untuk digunakannya sebagai wudhu. Pada saat air mula membasahi anggota wudhunya, rasa nyaman dan tenang yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dirasainya. Memastikan setiap anggota wudhunya dibasahi air secara rata dan sempurna. Setelah selesai, tangannya diangkat ke langit. Memohon keberkatan Yang Maha Esa sebelum menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba.
Di ruang bawah, Datin Aera merenung tajam ke arah Ayuni yang baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah. Masih tersenyum dengan gembira. Ayuni terpaku. Kelibat seorang wanita yang kelihatan agak sombong dan angkuh sedang merenungnya. Pandangan yang mengundang ketidakpuasan hati Ayuni. Ayuni tidak mempedulikannya. Terus berlalu pergi tanpa sebarang kata.
'' Dah balik rupanya anak tumpangan...'' Datin Aera mula berbicara. Ayuni terdiam dan segera memaling. Membalas renungan tajam tadi. Cuba mengenal pasti identiti perempuan dihadapannya. Sanggul tinggi mengalahkan sarang tebuan, gincu bibir yang merah macam warna kasut Farhan, barang kemas sehingga ke siku...No! Tak pernah jumpa sebelum ni.
'' Saya kenal makcik ke? Kita pernah berjumpa?'' Ayuni melempar beg sekolahnya di atas kerusi kayu di sebelahnya. Dia ada perasaan yang tidak sedap hati tentang perempuan di hadapannya. Pandangannya,jelingannya. Seperti ada sesuatu.
'' Kau tak kenal aku. Tapi aku kenal sangat dengan kau. Budak manja yang gedik! Pandai pula menumpang rumah orang. Berlagak macam anak kandung Marsha. Padahal anak buang...'' Ayuni tersentak. Seolah-olah satu anak panah menikam tepat ke jantungnya. Cukup sakit terpaksa mendengar pernyataan tersebut. Anak buang? Itu bukan dia...Dia tak dibuang,cuma diserahkan untuk jagaan ibu saudaranya sendiri. Panggilan anak buang terlalu kejam untuknya.
'' Hei perempuan! Siapa anak buang? Kau ni siapa nak gelar aku macamtu?'' Ayuni mula meninggikan suara. Menarik perhatian seluruh isi rumah memerhatikan pertengkaran ini. Ayuni benar-benar bengang. Ringan saja mahu melepaskan tumbukan di muka perempuan tu. Dari jauh Che Pah menggigil. Lupa bahawa Ayuni tidak boleh bertemu kembali dengan Datin Aera. Perempuan yang sangat membencinya dulu. Tak mahu luka lama berdarah kembali. Dia tahu,buat masa sekarang hanya dia yang mampu menghalang memandangkan Datin Marsha sedang solat di atas. Hanya dia yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. Ayuni bergerak semakin hampir mendekati Datin Aera. Mukanya merah! Kelihatan benar-benar sedang membara. Sikit lagi mahu melepaskan penumbuk di mulut yang tiada insurans tu. Che Pah mencelah diantara mereka. Cuba menghalang pergaduhan daripada berlaku.
'' Kau dengan mak kau sama je. Kedua-duanya murah. Harga diskaun!'' Datin Aera terus ketawa. Membarakan api yang sudah membara dalam Ayuni. Daripada mengutuk dia,sehinggalah mengutuk mak dia pula. Ini melampau! This woman must be punished! Ayuni tak tahan! Terus menolak Che Pah ke tepi dan melepaskan tumbukan sulung di muka Datin Aera. Betul-betul di bahagian pipi sebelah kirinya. Datin Aera geram! Tak pasal-pasal mukanya yang baru menerima rawatan spa ditumbuk oleh budak mentah yang tak sedar diri. Dia tak mengalah! Kalau budak mentah tu boleh tumbuk dia,kenapa dia tak boleh balas tumbukan budak tu? Datin Aera merapatkan jarak dengan Ayuni. Buku lima digengam cuma tunggu untuk dilepaskan. Che Pah mencelah kembali. Cuba menggunakan kelebihan bentuk badannya untuk mempertahankan diri.
'' Pengecut! Berlindung belakang orang gemuk ni buat apa?'' Datin Aera membara. Tak tahan melihat muka Ayuni. Dengan segala kudratnya, dia menolak Che Pah sehingga Che Pah boleh jatuh tersungkur di tepi kerusi kayu. Ayuni terkejut. Tangan Datin Aera betul-betul dihadapan mukanya sekarang. Ayuni bijak menepis. Tangan Datin Aera dicengkamnya. Kalau diikutkan hati, dah lama tangan perempuan ni patah. Ayuni antara pemegang tali pinggang hitam dalam Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Ayuni semakin marah apabila perempuan dihadapannya berani menyakiti orang yang tidak bersalah. Apa salah Che Pah sehinggakan dia boleh tolak Che Pah sampai jatuh tersungkur di lantai?. Perempuan ni memang ada masalah mental,fikir Ayuni.
'' Cukup, hentikan! Berhenti bergaduh!'' Datin Marsha pantas menuruni anak tangga. Dalam keadaan masih bertelekung, Datin Marsha mendekati mereka yang sedang bergaduh di ruang tamu. Dia tercengang. Tak sangka pergaduhan ini boleh terjadi. Langsung tak dijangkanya. Ingatkan perkara dah berubah. Sudah bertahun berlalu,tapi luka lama masih mahu dibuka semula.
''You get out of my house right now! I thought you had changed but it still the same. Sampai bila you nak berdendam?'' jari telunjuk Datin Marsha menunjuk ke arah pintu keluar Villa Casa. Air matanya menitis. Sebuah janji tak mampu untuk ditepati. Datin Aera akur. Dia sedar yang dia telah memungkiri janji yang telah dibina bertahun yang lalu. Tak tahan apabila melihat anak perempuan yang sudah merosakkan hidupnya ada di hadapannya. Tanpa sebarang kata, Datin Aera beredar meninggalkan kawasan Villa Casa. Datin Marsha hanya memerhati dengan perasaan sedih,geram dan kecewa. Datin Marsha meraup wajahnya. Basah telekung yang dipakainya dengan air mata. Dia terduduk. Keadaan benar-benar sedih dan syahdu. Yang lain hanya mampu memerhati. Langsung tak tergerak hati untuk menenangkan Datin Marsha. Air muka Ayuni berubah. Seorang ibu yang begitu disayanginya menangis kerana dia. Ayuni ingin sekali memeluk erat ibunya sekarang tapi entah kenapa, seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Tak mampu menggerakkan kaki untuk melangkah mendapatkan ibunya. Tak mampu menggerakkan tangan untuk membantu ibunya bangun. Tak mampu menggerakkan bibir untuk melontarkan kata maaf. Semuanya berat.
Che Pah bangun dan membantu Datin Marsha untuk bangun dengan memimpin tangannya. Dia memandang dengan penuh sayu. Dia tahu betapa sakitnya hati Datin,terpaksa melihat kejadian seperti ini semula. Dia cuba menghalang namun gagal. Kuasa kemarahan menewaskannya. Ayuni cuba membantu tetapi dihalang oleh Che Pah. Ayuni faham. Datin perlukan masa sendirian untuk menenangkan diri. Buat masa sekarang, ibunya memerlukan seorang teman yang memahaminya. Bukan seorang anak yang telah mengecewakannya. Perlahan-lahan kelibat Datin Marsha dan Che Pah mulai hilang dari pandangan tatkala mereka menaiki tangga ke bilik Datin. Keadaan kembali tenang seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin....
Malam yang penuh kesepian.Bersendirian di tepi kolam ikan sambil menikmati pemandangan indah di waktu malam sedikit sebanyak membantu Ayuni menenangkan minda yang sedang bercelaru. Mendengar air yang mengalir tenang,dedaun yang diterangi dengan cahaya gemerlapan lampu,angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa dan ikan yang menari-nari di dalam ketenangan air. Cukup indah dan nyaman. Nyamuk yang bertebangan sama sekali tidak mengganggu keindahan malam ini. Ayuni mencapai bekas berisi makanan ikan. Ikan-ikan yang berenang mulai timbul. Selalunya sebelum makanan ditabur di dalam kolam ikan lagi,ikan sudah mulai timbul untuk meminta makanan. Pada masa itu,Ayuni mengambil kesempatan untuk membelai lembut ikan kegemarannya,ikan Koi putih yang paling besar dalam kolam ikan di Villa Casa. Daripada kecil Ayuni menyayanginya. Melihat ikan tu membesar. Dulu Ayuni sayang pada ikan Koi yang berwarna putih bercampur hitam dan jingga. Cantik! Elly nama ikan tu. Semua ini gara-gara dia peminat Elly Mazlein dulu. Elly mati ketika Ayuni berumur 13 tahun akibat keracunan air. Air basuhan kereta mencemari air kolam. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya Ayuni. Betapa Ayuni menyalahkan pemandu Dato' Ishakh, Pak Halim. Sekarang Ayuni menyayangi Utih seadanya. Tiada lagi selepas ini.
Ayuni melihat ke dalam pantulan air. Melihat sendiri bayang wajahnya. Dia hiba. Tiba-tiba terkenang peristiwa petang tadi. Tak sangka dia akan diserang dan menyerang begitu. Siapa dan mengapa? Ayuni masih terkenang wajah perempuan tu. Tak mampu dibuang dari fikiran. Air mata Ayuni menitis ke dalam kolam. Tangannya masih sibuk menabur makanan ikan. Cahaya bulan yang terang menyinari kegelapan malam. Imej wajahnya di permukaan air nampak lebih jelas. Ayuni memalingkan mukanya. Tak sanggup melihat wajah yang dibenci oleh begitu ramai orang. Walaupun dia tak tahu,apa salahnya.
'' Lama-lama nanti,boleh gemuk ikan dalam kolam tu. Si Utih tu boleh jadi raksasa kalau Ayu bagi makan banyak tu.'' Ayuni terkejut dan segera menoleh. Farhan datang mendekatinya di tepi kolam ikan. Masih berjalan terjengket-jengket. Tapi muka masih tenang. Hero Malaya la katakan...Ayuni sedikit terkejut. Segera menghentikan aktiviti menggemukkan ikan di dalam kolam.
'' Takkan gemuklah bang. Bukan banyak sangat Ayu bagi ikan ni makan...'' Ayuni ketawa. Farhan melepaskan punggung di pondok kayu berdekatan dengan kolam ikan. Duduk memerhati sekeliling. Sesekali menghirup udara segar di waktu malam. Ayuni masih leka bermain dengan ikan. Ayuni mencelupkan tangannya ke dalam kolam. Mencetuskan sedikit ombak membentuk air yang teralun indah. Menganggu imej wajah yang dilihatnya. Ayuni kembali menyepi. Tumpuannya mulai hilang.
'' Ayu masih teringatkan kes petang tadi ke? Alah,lupakanlah. Bukan salah Ayu pon. Datin Aera yang serang Ayu dulu tadi.'' Ayuni menoleh. Sedikit terperanjat kerana Farhan turut mengetahui tentang kejadian petang tadi. Malu! Heboh pasal pergaduhannya dengan makcik tua tadi. Lepas ini,bertambah ramai yang membenci dirinya kerana dianggap tidak tahu menghormati orang tua. Sifatnya yang tidak penyabar dan panas baran selalu mencetuskan masalah. Ayuni tunduk dan mulai menangis.
'' Kenapa Ayu nangis? Kan abang dah kata ini bukan salah Ayu.'' Farhan cuba menenangkan Ayu. Tak sangka gadis dihadapannya akan menangis hanya kerana kejadian petang tadi. Ayuni hanya mendiamkan diri. Memeluk lutut sambil memendam perasaan. Sukar baginya untuk bercerita. Sukar baginya untuk memastikan orang memahami perasaannya. Farhan terus memandang Ayuni. Ternyata gadis ini benar-benar terguris dan terluka dengan kejadian tadi. Tak pernah dia lihat Ayuni kecewa begini. Begitu sakit dan sedih rasanya.
'' Allah sedang menguji Ayu. Ayu kena terima dengan redha. Ayu tak boleh mengalah. Allah takkan membebankan makhlukNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh makhlukNya sendiri. Allah itu Maha Adil. Farhan terus cuba menenangkan Ayuni. Dia tahu, Ayuni benar-benar sakit sekarang. Bukan fizikal,tapi dalaman. Betapa tergurisnya hatinya dihina begitu. Wajarlah Ayuni melepaskan tumbukan padu di muka Datin Aera tadi.
'' Kalau Allah itu Maha Adil, kenapa Ayu tak bahagia sekarang? Kenapa Ayu sering dipersalahkan? Kenapa Ayu hidup terseksa? Di mana Allah ketika Ayu memerlukan bimbinganNya? Kenapa Allah tak pernah beri apa yang Ayu minta?'' Ayu mengangkat kepala dan memandang Farhan dengan air mata yang berlenang.
'' Ayu,jangan pernah menyoal kekuasaan Allah. Allah akan beri yang terbaik buat kita. Tak semestinya apa yang kita minta itu terbaik buat diri kita. Allah itu bersifat Al-Alim. Allah itu Maha Mengetahui. Allah hilangkan matahri .Tapi Allah berikan guruh di langit. Kita marah pada Allah. Kita soal Allah bermacam-macam soalan. Tapi sebenarnya Allah berikan kita benda yang lebih baik. Allah berikan kita hujan dan pelangi diakhirnya. Pada waktu itu,wajarkah kita marah pada Allah? Allah berikan sesuatu yang lebih baik kepada kita. Kita hanya perlu bersabar. Nilai kesabaran itu sangat besar. Balasan yang hebat di akhirat kelak.'' Ayuni tersentak. Diam seribu bahasa. Benar! Ayuni tak pernah bersabar dengan apa yang dihadapinya. Ayuni sedar, selama ini dia telah banyak melukai hati orang lain kerana sifatnya yang pemarah dan tidak penyabar. Ayuni tersenyum. Dia faham. Dia benar-benar faham sekarang. Surat itu! Juga bercerita tentang kesabaran. Benar apa yang dikatakan Rama-rama hitam. Dia sepatutnya lebih sabar.
'' Ayuni salah bang. Ayuni faham sekarang. Terima kasih sebab tolong Ayu. Ayu betul-betul pening. Ayuni akan cuba berubah,inshaAllah.'' Ayuni tersenyum. Farhan turut mengukir senyuman. Harap-harap Ayuni mampu berubah. InshaAllah...
BAB 7
'' Saya nak keluar pergi bank. Nanti bawa makanan pergi bilik Farhan. Pagi-pagi ni,dia pasti masih terlentok atas katil tu. Ingat Pah. Kalau Ayu ada tanya apa-apa pasal semalam,rahsiakan! Saya tak mahu Ayuni terluka nanti. Cukup-cukuplah dia disakiti. Faham?'' Che Pah hanya mengangguk. Kata-kata Datin Marsha ada benarnya juga. Kalau Ayuni tahu perkara sebenar, takut dia akan terluka dan semakin membenci Datin Aera. Tapi,takut juga kalau rahsia ini disimpan lama-lama, Ayuni akan lebih sakit jika mengetahuinya. Rahsia tak boleh disembunyikan lama-lama,nanti berbau juga.
'' Awak nampak telefon saya tak Pah? Saya tak ingat saya letak mana...'' mata Datin Marsha liar mencari telefonnya. Selalu lupa dimana dia meletakannya. Che Pah juga turut mencari. Selalu sangat jadi macamni. Datin selalu lupa tempat dia meletakkan barang. Tak pernah berhati-hati dalam menyimpan barang. Selalu cuai! Datin Marsha bergerak ke ruang tamu. Mula mencari di ruang-ruang antara sofa. Penat. Pagi-pagi sudah perlu bermandi peluh mencari telefon bimbit Datin.
'' Cuba awak dail telefon saya. Cepat!'' Che Pah bergegas mendapatkan telefon rumah. Jari-jemarinya ligat menekan nombor telefon Datin. Mereka berdua diam. Cuba mencari nada dering telefon Datin Marsha yang sedang kedengaran. Sedap mendendangkan lagu ' Rumour has it' by Adele. Kedengarannya seperti ada di kawasan dapur. Datin Marsha dan Che Pah bergerak ke dapur. Mereka terpaku. Telefon Datin ada pada tangan Fatiah. Fatiah seperti sedikit terperanjat melihat kelibat Che Pah dan Datin Marsha di dapur. Macam nampak hantu!
'' Alhamdulillah, jumpa juga telefon saya.'' Datin Marsha mengambil telefonnya dari tangan Fatiah.
'' Saya terjumpa tadi Datin. Datin tertinggal dekat dapur.'' Fatiah tersenyum. Begitu juga Che Pah dan Datin Marsha. Che Pah menarik lafas lega. Akhirnya jumpa juga telefon Datin Marsha. Tak perlu lagi bermandi keringat menjejaki lokasi telefon tadi.
'' Takpalah,terima kasih Fatiah. Saya gerak dulu. Jangan lupa pesan saya Pah!'' Che Pah menemani Datin Marsha sehingga ke luar pintu. Bukan itu sahaja,siap tolong buka pintu kereta untuk Datin Marsha. Merampas tugasan pemandu peribadi Datin Marsha sendiri. Datin Marsha hanya ketawa melihat gelagat Che Pah. Pagi-pagi dah pandai menceriakan hari orang. Che Pah setia menunggu sehingga Datin hilang dari pandangan. Sempat melambai tangan tanda mesra. Che Pah segera ke dapur. Sibuk menyediakan sarapan untuk Encik Farhan. Siap perlu dibawa ke bilik. Orang sakit kan. Semuanya salah dia juga. Kelam-kabut! Pagi ni sarapan ringkas saja. Cuma bijiran,susu segar dan sedikit buah epal yang sudah siap dipotong. Buah epal yang sudah dibuang kulitnya. Encik Farhan tak akan makan kalau masih ada kulit pada epal. Dia tidak menggemarinya. Che Pah bergerak ke tingkat atas. Walaupun kebarangkalian untuk Encik Farhan sudah terjaga pada waktu itu hanya 5 per seratus, dia perlu tetap menyediakan sarapan lebih awal. Kalau belum bangun,biarkan saja di atas meja di tepi katil Encik Farhan. Nanti,bila dia dah bangun,dia makanlah. Perlahan Che Pah menaiki tangga dengan berhati-hati. Langkahnya mati apabila mendengar suara orang bercakap di bilik belakang. Bilik pembantu rumah tiga. Bilik yang memuatkan tiga orang pembantu rumah. Dulang berisi makanan diletakkan di atas meja kecil di tangga. Berjalan perlahan-lahan mendekati pintu bilik tersebut.
'' Saya dah periksa tadi. Nampaknya dah lama suspek tak berhubung dengan Datin. Langsung tiada message atau panggilan daripadanya. Kelmarin pula, Ayuni bergaduh dengan seseorang. Daripada maklumat yang saya dapat,dia bernama Aera,juga seorang Datin. Mungkin kawan kepada Datin Marsha. Jangan risau, Ayuni tak apa-apa. Saya akan terus menyiasat. Misi kita takkan gagal!'' Suaranya perlahan dan cukup halus. Che Pah perlu meletakkan telinganya di pintu untuk mendengar. Mungkin dia sedang berbual di telefon. Tapi siapa? Apa tujuannya? Misi apa? Che Pah terus mencuri untuk mendengar perbualan tersebut.
'' Buat apa tu sayang?'' Abang Wan mencuit bahu Che Pah dari belakang. Terkejut Che Pah sampai melatah dan melompat. Siap boleh bersilat lagi! Terbeliak biji mata Abang Wan melihat Che Pah membuka langkah. Macam ahli sumo dah gayanya!
'' Terkejut aku! Apa kena dengan Abang Wan ni? Main cuit-cuit....Terkejut Pah tahu tak?'' Che Pah menarik nafas dan menghembus nafas berkali-kali. Semput jadinya! Che Pah menutup mulutnya dengan tangannya. Pantas menyorok di sebalik tangga sambil memberi isyarat kepada Abang Wan supaya senyap. Tak mahu kehadirannya disedari oleh orang yang sedang berbual di telefon tadi. Abang Wan hanya menggaru kepala. Pening! Tak faham dengan apa yang cuba disampaikan Che Pah. Tiba-tiba saja menyorok. Ajak main sorok-sorok ke? Pintu bilik terbuka. Che Pah menundukkan kepala sambil merapatkan badannya ke dinding. Masih sibuk memberikan isyarat kepada Abang Wan untuk terus mendiamkan diri.
'' Cik Fatiah.....Hai! '' Abang Wan kelihatan sedikit terperanjat tapi masih sempat tersenyum manis menegur Fatiah. Sibuk memperbetulkan baju t-shirt putih yang dipakainya. Biar baju buruk,asalkan tuannya hensem. Fatih tersenyum manja. Tak pernah bosan melihat gelagat Abang Wan yang melucukan. Tambahan lagi reaksi dia apabila berhadapan dengan kekasih buah jantung, Che Pah. Nampak manja dan romantik sangat! Biarpun Che Pah garang dan ganas terhadap Abang Wan, tapi jelas yang Che Pah tulus mencintai Abang Wan. Cemburu tanda sayang kan? Fatiah dan Abang Wan terus bergelak- tawa,berbual mesra. Che Pah hanya menjeling. Menggatal pula orang tua ni! Geram sangat!
'' Fatiah nak sambung kerja lah abang. Nanti kalau Che Pah nampak Fatiah berbual dengan Abang Wan ni, mengamuk dia nanti. Fatiah tak mahu kena serang lagi. Mengerikan!'' Fatiah memberikan reaksi yang menggambarkan ketakutan. Macam misteri di Kampung Durian runtuh dalam cerita 'Upin dan Ipin' tentang kisah hantu durian. Abang Wan ketawa lagi. Pandai pula Fatiah berceloteh. Fatiah menaiki tangga. Meninggalkan Abang Wan yang masih tidak lekang dengan senyuman. Fatiah berhenti di pertengahan jalan. Memandang ke arah dulang makanan yang masih belum terusik di atas meja di tangga. Bijiran,susu segar dan epal yang masih terhidang segar tanpa diusik sedikit pun. Siapa pula yang meninggalkannya di sini? Fatiah hairan sendiri.
'' Che Pah mana Abang Wan?'' Fatiah berlaih pandangan dan menyoal Abang Wa yang masih belum beredar dari situ. Abang Wan hanya diam. Tak pasti jawapan yang hendak dikemukakan untuk soalan Fatiah. Che Pah yang sedang mendengar menelan air liur. Takut jika perbuatannya mencuri dengar perbualan orang lain terdedah. Tapi bukanlah niatnya pada asalnya. Alang-alang terdengar sikit,biar dengar keseluruhannya.
'' Abang tak pasti pula. Tak nampak pula dia harini.'' Abang Wan menelan air liur. Tak sangka dia terpaksa membohong untuk orang lain. Demi cinta ku sembunyikan kebenaran. Che Pah menarik nafas lega. Bangga juga kerana Abang Wan sanggup berbohong untuknya.
'' Abang tak nampak? Aneh! Sepatutnya Che Pah diarahkan oleh Datin Marsha sendiri untuk menghidangkan sarapan untuk Encik Farhan di biliknya. Tapi,makanan ni terbiar pula dekat tangga ni. Mana Che Pah pergi?'' sekali lagi Fatiah bertanya soalan yang hampir sama. Maish mahu mengetahui di mana Che Pah. Che Pah tidak tahan. Malas untuk terus menyembunyikan diri. Dia berpura-pura terus menaiki tangga dari arah ruang tamu.
'' Aku pergi tandas tadi. Sakit perut pula. Biarkan makanan dekat situ. Biar aku yang uruskan!'' Che Pah pantas mengambil dulang berisi sarapan Encik Farhan dan segera bergerak ke bilik Encik Farhan. Tak mahu memberikan penjelasan yang lebih lanjut kepada soalan Fatiah. Dia bukannya suspek yang sedang diburu pihak polis sehingga perlu memberikan penjelasan. Yang perlu memberikan penjelasan yang lebih lanjut ialah Fatiah berkaitan dengan perbualan di telefon tadi. Tapi ini bukanlah masa yang sesuai untuk terus menerjahnya. Che Pah perlu menjadi seorang penyiasat untuk mengetahui tentang Fatiah. Siapa diri dia yang sebenar dan apa tujuannya datang ke Villa Casa ini. Fatiah hanya diam. Dia tahu Che Pah cuba mengelak daripada bercakap dengannya. Tapi Fatiah tidak puas hati melihat kelakuan Che Pah pagi ini. Tampak pincang sungguh di matanya! Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya. Lagipun kenyataan Che Pah langsung tidak relevan. Tandas tiada di ruang tamu! Bagaimana dia baru pulang dari tandas padahal dia datang dari arah ruang tamu?
Che Pah menarik nafas lega. Terselamat lagi! Sekarang, di hadapannya ada pintu bilik yang pernah menjadi punca dia dan Encik Farhan kemalangan sehingga Encik Farhan disumpah menjadi ikan lohan! Che Pah rasa serba bersalah. Tak pasti mahu mengetuk atau membiarkan sahaja makanan itu di atas meja di luar bilik. Tak mahu pula menganggu mimpi 'putera beradu'.
'' Che Pah masuklah,pintu tak berkunci!'' suara dari dalam bilik Encik Farhan memanggilnya. Terkejut! Tak sangka kehadirannya dapat dirasai oleh Encik Farhan. Yang lebih pelik, pagi macamni dia sudah berjaga? Sewel ke apa budak ni??? Perlahan Che Pah menguak pintu bilik Encik Farhan. Ternyata dia sudah sedia duduk di atas katil. Sudah siap mandi lagi! Memang memeranjatkan. Satu perkara yang cukup aneh pagi ini.
'' Encik Farhan dah bangun?'' Che Pah seolah-olah masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Encik Farhan sudah bangun daripada tidur. Che Pah meletakkan dulang makanan di atas meja di sebelah katil Encik Farhan. Kemudian sibuk mencari meja kecil untuk meletakkan makanan di atas katil supaya Encik Farhan dapat menjamu selera dengan selesa di atas katil.
'' Tak payah susah-susah Che Pah. Paan boleh makan macam biasa. Malaslah nak dilayan macam putera raja....'' Encik Farhan menghalang. Tak gemar dilayan bagai golongan diraja. Dia tidak begitu suka hidupnya sentiasa menerima bantuan daripada orang lain meskipun daripada seorang pembantu. Biarlah,selagi tulang empat keratnya berfungsi, dia membuat kerja sendiri. Biar hati sendiri puas...
'' Kalau Encik Farhan nak apa-apa lagi Encik Farhan panggil saja Che Pah. Che Pah buat! Encik Farhan, boleh Che Pah tanya sesuatu?'' Che Pah mula rasa tidak keruan jika tidak menyoal soalan yang dianggapnya begitu penting baginya pagi ini. Encik Farhan mula tersenyum. Tapi reaksi muka Che Pah seperti serius saja. Macam penting sangat soalan yang ingin disoalnya.
'' Tanyalah Che Pah. Ada apa?''
'' Sebenarnya Che Pah nak tahu sangat, Macamana Encik Farhan boleh tahu Che Pah ada di luar pintu tadi? Kemudian kenapa kelmarin Encik Farhan tak buka pintu waktu Che Pah dan Tipah ketuk pintu bilik ni? Dan bunyi kaca pecah tu bunyi apa?'' Che Pah mula menyoal. Dengan reaksi muka yang terdesak untuk mengetahui segala jawapan kepada persoalannya. Encik Farhan ketawa. Tak sangka Che Pah masih ingin tahu tentang kejadian semalam. Encik Farhan mengajak Che Pah duduk di kerusi di tepi katilnya. Sesi menjawab dan bercerita bakal bermula.
'' Sebenarnya Che Pah, Paan ada satu rahsia! Che Pah kena janji dengan orang lain yang Che Pah tak boleh beritahu orang lain. Ini rahsia sulit negara. Kalau bocor,boleh musnah satu dunia!'' Che Pah mengangguk. Menelan air liur. Bersedia untuk mendengar rahsia tersebut.
'' Sebenarnya, Paan ada kuasa psikik. Paan boleh rasa kehadiran Che Pah. Boleh nampak Che Pah menaiki tangga tadi. Hebat tak Paan?'' Encik Farhan menunjukkan reaksi bangga. Che Pah hanya diam. Terkurung dalam dilema. Keliru sama ada untuk mempercayainya atau tidak.
'' Betul ka Encik Farhan? Che Pah tak percayalah...'' Che Pah menggelengkan kepala. Cuba berdiri teguh dengan pendiriannya. Dia cukup yakin dan percaya bahawa Encik Farhan cuba untuk membohonginya. Jangan harap dia nak percaya!
'' Sampai hati Che Pah tak percaya cakap Paan....'' Farhan menundukkan pandangan. Monyok saja muka tanda merajuk!
'' Kalau betul apa yang Encik Farhan cakap, Che pah nak uji! Apa yang Che Pah tengah fikir sekarang?'' Kening sebelah kanan Che Pah terangkat. Mula berfikir sesuatu yang mustahil untuk diketahui oleh Encik Farhan.
'' Che Pah tengah fikir sesuatu yang mustahil untuk Paan fikir. Betul tak? Macam Che Pah tengah menyanyi atas pentas yang pentas. Ramai orang menyorak untuk Che Pah...'' Che Pah terkejut. Diam seribu bahasa. Betul! Betul sama sekali!
'' Kalau betul Che Pah menyanyi, Che Pah nyanyi lagu apa?'' Che Pah masih bijak menguji. Masih cuba menyakinkan diri dia bahawa Encik Farhan tidak benar sama sekali.
'' Che Pah nyanyi lagu 'seiring dan sejalan'. Berduet dengan Jamal Abdillah.'' Farhan menjawab dengan yakin. Tanpa sebarang keraguan. Membiarkan Che Pah kebingungan sekali lagi. Ternyata Encik Farhan betul juga kali ini! Tepat sekali. Hairan...Macamana dia boleh tahu? Takkan dia betul tentang kuasa psikiknya?
'' Macamana Encik Farhan buat? Bila Encik Farhan ada kuasa psikik ni?'' Che Pah mula kelihatan teruja. Sekarang dia yakin! Encik Farhan memang ada kuasa psikik. Memang sesuatu yang tidak dijangkakan!
'' Sekarang Che Pah percaya Paan kan? Paan tak bohong....Ingat janji kita Che Pah. Jangan bocorkan rahsia besar ni!'' Che Pah mengangguk. Berjanji tidak akan membocorkan rahsia tersebut. Biar pecah di perut,jangan pecah di mulut!
'' Tapi Encik Farhan tak cerita lagi tentang kejadian semalam. Kenapa Encik Farhan tak buka pintu masa Che Pah dengan Tipah ketuk pintu bilik kelmarin?'' Che Pah masih sibuk untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik semua kemalangan semalam! Tak boleh jadi. Dia kena tahu juga!
'' Hahah, Che Pah, Che Pah. Sebenarnya kelmarin Paan dah bangun. Masa Che Pah ketuk pintu bilik, Paan nak capai jam tangan atas meja, tapi tertolak gelas kaca. Sebab itu ada bunyi benda jatuh tu.'' Farhan ketawa. Teringat kisah semalam yang sangat lucu baginya. Tak sangka, Che Pah nekad untuk merempuh pintu bilik setelah mendengar bunyi gelas kaca yang pecah. Che Pah memang hebat! Che Pah turut ketawa. Malu pun ada. Nak jadi penyelamat konon!
~ AIRUL AIMIN~
'' Awak tunggu sini sekejap! Saya pergi tak lama.'' Pemandu Datin Marsha hanya mengangguk dan tersenyum. Datin Marsha bergerak ke arah Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan wang. Bukan apa. Harini Datin Marsha bercadang untuk membeli barang keperluan dapur sikit. Tak berasaplah dapur jawabnya kalau Datin Marsha tidak membeli barang keperluan dapur setiap bulan. Nak mengharapkan suami tercinta membelinya, memang mati kebuluran semua orang dalam Villa Casa. Duit yang diperoleh melalui Spa M dimanfaatkan sebaik mungkin. Tak mungkin mahu dibazirkan begitu saja! Semuanya digunakan untuk keperluan diri dan keluarga yang paling utama saja. Yang benar-benar penting saja. Untuk hiburan dan memuaskan diri,letak belakang dulu! Bank seperti biasa, ramai orang tapi tidaklah terlalu sesak. Pantas sahaja Datin Marsha mengelurakan duit dan terus beredar dari bank. Matanya liar juga memerhati sekeliling,takut-takut ada yang mencurigakan. Hari ini,macam-macam boleh terjadi. Bermacam-macam cara yang digunakan manusia untuk memenuhi nafsu sendiri tanpa mengira halal dan haram.
Pantas Datin Marsha memasukkan wang ke dalam dompet dan meletakannya ke dalam beg tangan yang sentiasa dipegang kemas. Tak mahu menjadi mangsa ragut pula! Dia memandang ke kanan,kiri,dan kanan kembali. Memastikan jalan benar-benar selamat untuknya melintas mendapatkan keretanya. Di sebelahnya,ada seorang jejaka muda yang turut ingin melintas. Segak,kemas berkopiah. Tenang sahaja mukanya. Sejuk mata memandang.
'' Assalamualaikum, Datin Marsha ?'' jejaka tersebut menegur Datin Marsha. Datin Marsha merenung wajah lelaki tersebut. Cuba mengenal pasti identiti jejaka tersebut. Dia tersenyum. Tak sangka akan berjumpanya di sini.
'' Ustaz Taufiq? Ya Allah...Tak sangka jumpa Ustaz dekat sini.'' Dia tersenyum lega kerana Datin Marsha mengenalinya. Sudah lebih kurang 5 tahun dia tidak berjumpa dengan Ustaz Taufiq. Senior kepada puterinya, Farah. Semenjak dia bertunang dengan seorang gadis dari Johor ketika Farah sibuk mahu menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setahun kemudian,dia berkahwin dan berpindah ke Johor. Farah pula menerima keputusan yang cemerlang dan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Farah ke Jordan dalam bidang perubatan. Semenjak itu, Ustaz Taufiq sepi tanpa berita. Dah ada anak ke? Tiada siapa yang tahu....
'' Lama tak jumpa Datin Marsha. Datin sihat?'' Taufiq tersenyum mesra. Manis sungguh senyumannya. Tak perlu ditambah gula!
'' Saya sihat,alhamdulillah. Ustaz sihat? Lama kita tak jumpa....Apa kata kita pergi makan dulu ke sambil bertukar-tukar cerita.'' Datin Marsha memberikan cadangan. Berharap cadangannya tidak dihampakan. Lagipun harini, dia tidaklah sibuk seperti selalu. Cuma perlu membeli barang dapur harini.
'' Baik juga cadangan Datin tu. Saya tak sibuk harini. Kita pergi makan di kedai hujung tepi tu,boleh?'' ibu jari Ustaz Taufiq menunding ke arah kedai makan ' Citarasa pilihan'. Kedai makan yang cukup popular kerana kepelbagaian makanan tetapi tetap dengan harga yang berpatutan.
'' Ustaz nak makan apa? Ustaz pesanlah. Takpa saya belanja'' Ustaz Taufiq dan Datin Marsha duduk di meja makan. Memilih tempat yang tidak terlalu sesak atau sunyi. Pantas sahaja pekerja restoran datang memberikan menu. Tersenyum manis melayan pelanggan. Seorang wanita muda berbaju t-shirt sudah bersedia dengan pen dan kertas. Bersedia mengambil pesanan makanan.
'' Takpalah Datin Marsha. Segan la saya.'' Ustaz Taufiq tersenyum malu. Mulut terbuka untuk memesan makanan pun berat je!
'' Rezeki jangan ditolak ustaz. Bukan ada apa pun.'' Datin Marsha meneliti menu yang disediakan. Semuanya nampak menarik dan menyelerakan. Rambang mata nak memilih. Daripada makanan ala barat sehinggalah ala timur. Memang benar seperti yang dihebohkan orang ramai. Memang terdapat pelbagai pilihan dan harga yang ditawarkan memang berpatutan. Tak rugi kalau datang berkunjung di Restoran Citarasa Pilihan. Dijamin! Tapi, Ustaz Taufiq hanya memesan teh tarik. Hari masih pagi. Lagipun, pagi tadi sudah bersarapan. Perut masih kenyang. Tak mungkin mahu disumbat lagi! Datin Marsha mengerti. Tak mahu memaksa Ustaz Taufiq untuk makan. Dia dah makan. Bukan seperti Datin Marsha yang tidak bersarapan pagi tadi. Terus keluar dari Villa Casa dengan perut kosong. Tapi, tidaklah dia ingin melantak di kedai ini pula. Cukuplah dengan hanya memesan roti bakar dengan telur separuh masak bersama dengan air ice lemon tea.
Datin Marsha meneliti setiap sudut di restoran. Cukup indah dan kemas. Tersusun rapi. Hiasan berkonsepkan moden inggeris. Semuanya serba putih dengan hiasan bunga berwarna-warni yang cukup indah. Tak jemu mata memandang.
'' Ustaz apa cerita sekarang?. Amboi semenjak berkahwin langsung tak dengar cerita dari Ustaz. Dah ada anak ke? Isteri sihat?'' Bermacam-macam soalan yang ditujukan kepada Ustaz Taufiq. Bagai wartawan pula.
'' Maaflah Datin sebab dah lama tak hubungi keluarga Datin Marsha. Bukan niat nak menyombong tapi saya sibuk sikit. Tapi sekarang alhamdulillah, saya berpindah ke sini semula. Dapat mengajar dekat UIA. Anak-anak alhamdulillah sihat. Dua orang. Laki-laki dan perempuan. Isteri....'' belum sempat Ustaz Taufiq menghabiskan ayatnya, pekerja restoran datang menghidangkan pesanan tadi. Pantas! Tak perlu menunggu lama. Sudah siap roti bakar,telur separuh masak, air ice lemon tea dan teh tarik. Ustaz Taufiq dan Datin Marsha mengangguk tanda berterima kasih.
'' Ustaz sambunglah bercerita. Ustaz tak kisah kan kalau saya makan?'' Datin Marsha menyoal. Tak sopan baginya jika dia makan tanpa izin orang lain. Ustaz Taufiq mengangguk. Dia pun menghirup segelas teh tarik yang masih panas. Manis! Cukup rasanya.
'' Kenapa ustaz pindah balik sini?'' Datin Marsha menyoal lagi sambil sibuk menjamah roti bakar.
'' Entahla Datin. Tiba-tiba hati saya meronta untuk kembali ke sini. Mungkin banyak kenangan di sini yang menyeru saya untuk balik ke sini. Kenangan manis dan indah'' Ustaz Taufiq tersenyum sendiri. Menyingkap memori yang sudah lama terbina di sini. Banyak mengajarnya erti dalam kehidupan. Banyak mengajarnya untuk menjadi orang yang lebih baik. Yang lebih penting,hamba Allah yang lebih bertakwa. Di sinilah,dia dilahirkan. Di sinilah dia dibesarkan. Di sinilah dia mula belajar mendalami ilmu pengetahuan. Di sinilah dia mula mencipta peluang. Di sini jugalah hatinya mula dipanah oleh panahan asmara si bidadari. Cukup sempurna di matanya. Beragama,dari keturunan yang baik, berharta dan berupa paras yang baik. Syafiqah,gadis dari Johor yang berjaya menawan hatinya. Gadis yang turut menjadi pilihan keluarga. Ikatan mula diikat dan mahligai cinta yang utuh berlandaskan agama terbina. Perkahwinan yang cukup membawa kebahagiaan. Dua cahaya mata sebagai pelengkap hidup.
'' Farah apa khabar Datin Marsha?'' tiba-tiba wajah gadis manis bertudung labuh melintas di fikirannya. Antara junior di sekolah menengah yang paling digilai di sekolah. Tapi Farah tak pernah tumpas! Tak pernah layu dengan pujuk rayu lelaki. Begitu banyak yang mengharapkan cinta darinya namun tak tahulah,kenapa hati Ustaz Taufiq tak tertarik untuk menyukai Farah. Tak terbuka pintu hatinya untuk menyukai Farah walaupun ramai lelaki lain yang menggilainya.
'' Farah masih di Jordan. Setahun sekali dia baliklah. Tahun depan tahun terakhirnya. Lepas ni kalau balik, ada ustazah berpangkat doktorlah dalam kalangan keluarga kami nanti.'' Datin Marsha ketawa. Rindu pula pada anak gadisnya.
'' Nanti kalau Farah ada balik, sampaikan salam saya pada dia ya Datin. Kalau ada rezeki,teringin juga saya nak berjumpanya. Pasti seronok belajar di Jordan.'' Ustaz Taufiq menghirup teh tarik lagi.
'' Insha Allah. Alah, ustaz pun apa kurangnya. Belajar dekat Mesir lagi!'' Datin Marsha ketawa.
'' Tapi saya balik sini ada sebab lain juga. Saya nak tunaikan janji dulu...'' Datin Marsha tersentak. Berhenti menjamah makanan. Matanya memandang ke dalam mata Ustaz Taufiq. Seriuskah apa yang dicakapnya?
'' Tapi bukankah Syafiqah masih di sisi ustaz?''
'' Ini amanat terakhirnya....'' perbualan terus menjadi sunyi. Hanya bunyi deruan angin yang menemani....
~ AIRUL AIMIN~
'' Ya, cik ni cari siapa?'' seorang gadis dalam lingkungan 20-an tersenyum kepada pengawal keselamatan Villa Casa. Sempat menjeling ke dalam Villa Casa. Melihat pemandangan sekeliling.
'' Saya cari Farhan. Dia ada? Saya dengar dia sakit....'' gadis tersebut bersuara. Di tangannya ada sebakul buah oren. Memang niatnya untuk melawat Farhan. Kawannya mungkin. Datang untuk menziarahi.
'' Encik Farhan cedera sikit saja. Saya rasa lebih baik cik tengok sendiri. Masuklah. Jangan segan-segan!'' pengawal keselamatan mempelawa gadis tadi masuk ke dalam. Meminta pembantu rumah membawa gadis tersebut ke bilik Encik Farhan. Dia terpesona dengan keindahan Villa Casa. Cukup besar dan indah. Nampak begitu mewah! Bertuahlah siapa yang mendiami villa ini fikirnya.
'' Tok!Tok!Tok! Encik Farhan, ada orang yang nak berjumpa dengan encik.'' pembantu tersebut mengetuk pintu. Perlahan menguak pintu setelah mendengar Encik Farhan memberi keizinan. Encik Farhan sedang duduk di katil. Sibuk membelek majalah ' Maskulin'. Dia tersenyum. Teruja dengan kehadiran tetamu yang tidak disangkanya.
'' Mas, tak sangka kau nak datang. Sayang juga kau dekat aku!'' Farhan ketawa. Gembira salah satu kawan rapatnya datang menziarahi. Mashitah. Salah satu rakan di kolej yang paling sporting dan rapat dengannya. Nampak sahaja sopan dan pendiam. Dengan imej bertudung dan berbaju kurung. Tapi jika sudah mengenalinya dengan lebih rapat, tak sangka perangainya agak gila dan kebudak-budakan. Dia mudah membuat orang ketawa melihat telatahnya. Selalu membuat riak wajah yang kelakar. Langsung tak sesuai dengan wajahnya yang tampak suci mulus. Kulit cerah berseri bagai awan di langit,bibir yang kemerahan. Cukup sesuai dengan segala yang menghiasi ruang wajahnya. Memang berbeza dengan apa yang dipandang dengan mata kasar.Tahu apa hobinya? Menggilakan diri untuk menggilakan orang lain. Menarik bukan?
'' Memang aku sayang kau pun. Kau kan bakal jadi laki aku suatu hari nanti. Kenalah buat-buat prihatin. Nak ambil hati keluarga kau. Mak kau mana? Aku nak dia tengok keprihatinan aku ni...'' Mas ketawa. Turut mengundang ketawa Farhan. Dah lama mereka tidak ketawa bersama. Mas meletakkan sebakul buah oren di atas meja.
'' Ini aku bawa oren beracun untuk kau. Makanlah puas-puas ya! Kalau kau nak buat jus pun boleh....'' Mas menarik kerusi dan duduk di sisi Farhan. Macam melawat orang sakit di hospital. Siap bawa buah tangan lagi... Mas merenung wajah Farhan. Tiba-tiba dia ketawa sambil menutup mulut. Farhan tercengang. Apa kena dengan dia ni? Macam tak betul je bisik Farhan.
'' Cantik dahi kau! Dah macam ikan lohan dah aku tengok...'' Mas terus ketawa. Farhan menjeling ke arah Mas. Suka dia ketawakan orang ya...Farhan mencapai bantal peluknya. Satu pukulan hinggap di kepala Mas. Mahu tak terdiamnya Mas. Main kasar nampak! Mas mencapai pula bantal yg ada pada kaki Farhan. Membalas pukulan tadi. Betul-betul kena di bahagian dahi. Geram Mas melihat bonjolan tu. Nak picit-picit je...Farhan mengerang kesakitan. Dia meraba dahinya. Memang sakit!
''Encik Farhan, saya ada bawa air ni untuk tetamu. Boleh saya masuk?'' Tipah melangkah masuk ke ruang bilik Encik Farhan. Menghidangkan jus tembikai di atas meja.
''Encik Farhan, saya ada bawa air ni untuk tetamu. Boleh saya masuk?'' Tipah melangkah masuk ke ruang bilik Encik Farhan. Menghidangkan jus tembikai di atas meja.
'' Buah oren ni saya bawa pergi dapur ya. Kalau Encik Farhan nak saya hidangkan pun boleh..''
'' Takpalah Cik Tipah. Air tembikai ni pun dah cukup. Simpan dulu oren tu.'' Farhan tersenyum. Tipah melangkah keluar dari bilik. Membiarkan Farhan dan Mas menyambung perbualan mereka.
'' Jemputlah minum air tu Mas. Jangan risau tak beracun pun!'' Farhan sempit menjelirkan lidah. Memperli Mas yang memberikan oren beracun kepadanya. Mas mencapai segelas jus tembikai dan meneguknya. Masih segar! Sejuk!
'' Untunglah...Kehidupan kau senang sangat. Segala benda yang kau nak,petik jari saja orang dah boleh tolong buatkan untuk kau! Kalau aku,semua kena buat sendiri. Ada bibik pun,dia banyak kerja lain selain perlu melayan aku bagai seorang puteri...'' Mas meneguk jus tembikai lagi. Termenung kehidupannya yang berbeza sedikit dengan nak dato' ni! Tinggal di Villa,ada orang gaji yang banyak,dan macam-macam lagi...
'' Aku tak suka pun dilayan bagai putera raja. Aku ada tangan dan kaki sendiri. Kita semua sama saja. Kehidupan kita cuma sementara. Nyawa kita hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil balik''. Farhan merenung ke luar jendela. Menarik nafas. Terus-terang,dia sebenarnya tidak selesa bercakap tentang kekayaannya. Orang pasti menganggap kehidupannya bahagia dengan harta yang banyak tapi tiada siapa yang tahu betapa menderitanya keluarga Dato' Ishakh. Kesenangan harta tu langsung tak memberi kesan padanya. Dia sanggup miskin harta daripada miskin kasih sayang. Lebih sanggup ada di sisi keluarga daripada ditimbun oleh harta yang banyak.
'' Aku gurau je lah. Yang kau termenung tu kenapa? Rindu awek ke?'' Mas tersenyum. Farhan berpaling menghadap Mas.
'' Awek aku duduk sebelah aku saja sekarang ni. Buat apa nak rindu-rindu?'' Farhan ketawa. Mas tersipu malu. Merah pipi dengan kenyataan tu.
'' Siapa awek kau? Aku tak sudi pun!'' Mas menjelirkan lidah.
'' Kalau kau tak sudi,kenapa pipi kau merah macam biji saga?'' Farhan ketawa. Mas tertunduk malu lagi. Dia menarik nafas. Bersedia dengan hujah seterusnya untuk membuktikan bahawa dia tidak ada perasaan kepada Farhan. Cuma kawan!
'' Kau bukan jenis pilihan aku lah. Aku nak seorang lelaki yang baik, mampu jadi imam aku nanti. Yang mampu membahagiakan aku. Yang paling penting,dia mampu terima aku seadanya dan bimbing aku ke jalan yang benar.'' Mas meneguk jus tembikai lagi. Farhan tersentak. Terdiam. Senarai peribadi calon suami yang sudah cukup baik untuknya. Tapi, dia sedar. Tak semua ciri tersebut ada padanya. Baik? Mampu jadi imam? Terima si dia seadanya? Dan bimbing ke jalan yang benar? Dia belum capai tahap itu!
'' Siapa yang beristerikan kau pasti bertuah. Walaupun kau ni agak gila sikit,tapi aku yakin pilihan kau nanti pasti mampu terima kau seadanya. Orang yang baik, Allah janjikan jodoh yang juga baik untuknya. Begitu juga sebaliknya. Kau tak perlu risau...'' Farhan tersenyum. Riak wajah Mas berubah. Sama sekali berubah. Kata-kata yang menusuk sanubarinya. Cukup lembut dan manis untuk didengari.
'' Kau pun apa kurangnya. Aku yakin jodoh kau pasti orang yang baik-baik!'' Mas membalas senyuman Farhan.
'' Sesiapun pemilik tulang rusuk aku tu, aku harap aku mampu jadi yang terbaik untuknya. Biarpun tak sempurna. Kalau jodoh aku dengan kau kan senang....'' sekali lagi Mas tersentak. Ayat dia daripada tadi. Semuanya ayat bunga-bungaan! Saja nak tambah blusher di pipi Mas.
'' Malas lah aku nak layan kau. Aku nak balik dulu. Kau sambunglah baca majalah 'Maskulin' kau tu. Nak jadi sasa konon! Menyampah!'' Mas bangun dari kerusi.
'' Terima kasih sebab datang. Jalan nanti hati-hati!'' sempat Farhan berpesan.
'' Aku tahulah jaga diri aku! Assalamulaikum'' Mas bergerak meninggalkan bilik Farhan. Terus lesap dari mata Farhan.
'' Saya jarang dapat jumpa dia sekarang. Masing-masing sibuk dengan kerja. Dia kan cikgu. Saya pula hanya seorang pemandu. Hari-hari tugas saya kena bawa Cik Ayu pergi ke mana saja yang dia nak. Tak boleh lewat pun!'' Abang Wan tekun mendengar cerita Salman. Bercerita tentang hidup dan pekerjaannya.
'' Kadang-kadang,kasihan juga aku tengok kau. Cik Ayu layan kau dengan teruk. Dia tengking kau. Dia herdik kau. Macam kau ni tempat dia luahkan segala kemarahannya. Yang kau ni pula,redha je. Langsung tak buat apa-apa. Kau nampak lemahlah...'' Salman terus mengelap cermin kereta. Dia tahu,segala yang diluahkan Abang Wan memang benar. Tapi,apakan daya. Dia hanya seorang pemandu. Cik Ayu majikannya. Suka atau tak,dia kena terima segalanya. Termasuklah segala cacian daripada Cik Ayu.
'' Saya tak kisah pun abang. Tak lama lagi pun, saya dah tak kerja sini lagi. Selepas saya berkahwin,saya dah janji untuk bawa dia jauh dari sini. Kami nak mulakan kehidupan baru yang lebih baik.'' Salman membelek cincin pertunangannya. Tak sangka,beberapa bulan saja lagi,dia akan bergelar suami orang. Setelah lebih setahun dia bertunang, rasanya sudah cukup masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. Tak baik melambatkan sesuatu ibadat!
'' Cik Ayu tahu ke tentang hal ni?'' Abang Wan menyandar pada kereta.
'' Saya belum beritahu lagi. Pasal saya dah bertunang pun dia tak tahu. Saya rasa dia tak nak ambil tahu pun. Saya langsung tak bawa makna dalam hidupnya.'' Salman tunduk. Dia sedar kedudukannya.
'' Kau tetap kena beritahu Cik Ayu. Kau ni tetap pemandu peribadi dia. Bukan senang nak cari penganti yang macam kau ni...''
'' Dia pernah cakap yang saya pada bila-bila masa saja boleh digantikan dengan sesiapun. Saya tak kisah sekarang. Tapi selagi saya berkerja sebagai pemandu Cik Ayu, selagi itu saya akan berkhidmat dengan baik.
'' Kau tak pernah cerita pasal tunang kau pun. Aku teringin juga nak tahu!'' Abang Wan berpaling ke arah Salman. Teruja ingin mengenali tunang Salman.
'' Hahah. Apalah abang ni. Dia cuma gadis biasa. Orang kampung saya juga. Ibu bapa saya berkenan dekat dia. Dia cantik,sopan,peramah. Saya pun suka dia. Lebih kurang dua tahun kami berkenalan,kami merancang untuk berkahwin. Keluarga kami setuju saja. Tapi kami bertunanglah dulu. Ambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.
'' Bertuahkan kau. Dapat bakal isteri yang memang menepati ciri.'' Abang Wan memandang ke arah kolam ikan. Melihat dari jauh ikan-ikan yang berenang memukul air.
'' Alhamdulillah. Saya rasa sayalah lelaki yang paling bertuah sekali. Tapi saya takut kalau saya tak mampu membahagiakan dia sehingga ke akhir hayat saya. Saya takut kalau saya dihukum Allah kerana lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.'' Salman berhenti mengelap cermin kereta. Termenung pula memandang ke luar pagar.
'' Kau kena belajar perlahan-perlahan. Tak mudah untuk jadi suami yang baik. Semuanya perlukan masa. Selagi dia setia di sisi kau,kau jagalah dia elok-elok. Aku tak nak kau jadi macam aku. Aku abaikan arwah isteri aku dulu. Bila dia dah tiada,baru aku nak menyesal. Kalaulah aku berpelung untuk jadi seorang suami sekali lagi...'' Abang wan terkedu. Bayangan wajah isterinya muncul di matanya. Tersenyum memandangnya. Rindu pada arwah isterinya. Dah lama tak menziarahi kuburnya.
'' Che Pah kan ada. Abang boleh jadi suami kepada Che Pah. Bahagiakan Che Pah.'' Salman tersenyum. Dia sedar betapa dalamnya cinta Abang Wan terhadap Che Pah. Walaupung sering berperang mulut, mereka nampak mesra sekali apabila bersama. Tiada siapa yang tidak perasankannya.
'' Aku bukan apa. Dengan Pah tu,aku macam tak bersedia lah.''
'' Macam abang pesan dekat saya tadi,ambil masa. Saya yakin,abang pasti boleh!'' Salman memberikan semangat.
'' Hahah,yang kau harini macam tak kerja saja. Mana Cik Ayu? Tak keluar pergi mana-mana ke?'' Abang Wan berasa hairan. Selalunya Cik Ayu sibuk untuk keluar pada hujung minggu. Ada saja aktivitinya di luar. Harini, sudah hampir waktu tengahari, tak nampak pula batang hidungnya.
'' Cik Ayu sibuklah harini. Dia dalam bilik. Berlatih sajak.'' Abang Wan seperti terkejut. Tak percaya dengan apa yang baru dicakapkan tadi. Cik Ayu bersajak? Salah satu perkara mustahil yang tidak mungkin terjadi!''
'' Kau jangan buat lawaklah Salman. Aku langsung tak percaya!'' Abang Wan ketawa. Berfikir bahawa Salman cuba menipunya.
'' Awal-awal saya pun tak percaya. Tapi saya tak bohong abang. Saya cakap betul!'' reaksi Salman memang nampak jujur. Langsung tak nampak ciri-ciri seorang pembohong. Abang Wan mengangguk.
'' Kita tunggu dan lihat sajalah nanti'' Abang Wan bergerak meninggalkan Salman. Ada lagi kerja di bahagian belakang yang perlu diselesaikan.
Detik waktu berlari dengan cukup pantas. Cepat saja waktu berubah. Daripada sang matahari baru mahu mengeluarkan cahanya di pagi hari, sehinggalah matahari bersedia untuk menghilangkan kembali cahayanya. Tirai siang mulai berlabuh memberi peluang kepada malam untuk menyambung tugasnya. Cukup sempurna ciptaan Allah. Semuanya teratur. Daripada awal pagi,sang burung bertebangan di langit mencari punca rezeki sehinggalah sayapnya benar-benar letih untuk dikibas lagi. Tapi perjuangan burung cukup hebat. Tak pernah mengalah! Tak pernah berputus asa! Ia akan tetap terbang untuk mencari makanan sehingga dia pulang membawa makanan untuk anak-anak yang setia menunggu di sarang. Daripada awal pagi,ia memerhati perubahan waktu. Daripada hari cerah sehinggalah hari menjadi gelap. Daripada ada matahari yang panas menyinar,sehinggalah bulan pula timbul menerangi malam.
Datin Marsha terbaring di katil setelah selesai menunaikan solat isya'. Rasa lebih tenang setelah selesai menunaikan tanggungjawabnya hari ini. Alhamdulillah dia masih diberi kesempatan untuk bernafas dan bersembahyang. Dia termenung seketika. Membayangkan wajah anaknya, Farah. Berkenaan dengan hal pagi tadi. Ustaz Taufiq telah kembali untuk menunaikan janji. Tak sangka pula janji itu akan ditepati. Pening pula kepala. Tak tahu sama ada Farah bersedia menerima berita itu atau tak. Tak mahu menganggu pembelajarannya di sana pula. Sekarang,biarlah waktu yang menentukan. Malam ini sangat sunyi. Cuma tinggal dia bersendirian di dalam bilik. Dia memandang ke arah jam dinding. Masil awal. Tapi tak tahulah kenapa matanya berat semacam saja harini. Seperti segera mahu tertutup. Dia memeluk bantalnya. Melihat pemandangan biliknya. Semakin lama semakin kabur. Gelap saja. Dalam beberapa saat saja matanya tertutup. Dia benar-benar lena.
Tiba-tiba keadaan menjadi panas. Bahang semacam! Dia berasakan matanya dapat dibuka. Tapi pandangannya gelap gelita. Tak nampak apa-apa. Tak dapat mendengar apa-apa. Cuma kepanasan yang tidak tahu datang dari mana. Dia cuba melangkah. Tapi langkahnya berat. Seperti ada sesuatu yang menghalang. Detik demi detik,kepanasan kian membara. Peluh kian membasahi tubuh. Dia memeluk tubuhnya. Takut! Apa yang ada dalam segala kegelapan ini? Apa semua ini? Di manakah ini?
'' Marsha! Marsha!'' ada suara yang memanggilnya. Tapi tak tahu dari mana arahnya. Suara tersebut betul-betul menerjah telinga Datin Marsha. Cukup kuat! Datin Marsha menutup telinganya. Tak mahu mendengar panggilan tersebut. Apa yang dia mahu sekarang hanyalah kembali ke dunia nyata. Dia menggigil. Suara itu perlahan-lahan diam. Tiada lagi seruan namanya. Keadaan kembali sepi. Dia cuba melangkah kembali. Langkahnya kali ini lebih mudah. Terasa lebih ringan. Dalam kesepian itu,dia mendengar tangisan. Tangisan seorang wanita.
''Tolong! Aku tak nak buat lagi! Aku sakit! Aku janji! Aku janji!'' wanita itu meraung! Dia terus meraung! Tangisannya mengerikan. Jeritannya...
Wanita itu bangun. Tapi dia terus bangun sehingga kakinya tidak menjejak bumi. Dia tergantung! Bagai pesalah yang dijatuhi hukuman gantung. Tapi gantungannya bukan pada leher. Wanita itu tergantung pada rambutnya. Datin Marsha tersentak. Wanita itu kelihatan menderita. Tapi kenapa? Kenapa dia diperlakukan begitu? Datin Marsha menangis. Takut sangat! Apa yang dilihatnya seperti cuba memberikan sesuatu gambaran kepadanya. Datin Marsha meraup wajahnya. Dia segera berselawat. Berdoa supaya dia dapat menyedarkan diri. Keadaan menjadi gelap-gelita. Dia mencelikkan matanya. Perlahan-lahan membuka matanya. Dia menarik nafas lega. Dia terbaring di katilnya. Beberapa kali Datin Marsha mengucapkan 'Astaqfirullahalazim' Dia tangkas bangun. Melihat jam di dinding. Pukul 3 pagi. Datin Marsha segera ke bilik air dan mengambil wudhu'. Dia tahu,mimpi yang dialaminya tadi pasti membawa hikmah kepadanya. Dia ingin menunaikan solat sunat. Minta petunjuk daripada Allah. Buat pertama kalinya,dia tersedar dari lena untuk berqiamullai. Beribadat kepada Allah.
BAB 8
'' Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang cukup hina. Aku selalu lalai dalam menjalani kehidupanku. Aku selalu lupa tentang kekuasaanMu. Aku selalu lupa tentang seksaan nerakaMu. Aku selalu lupa tentang nikmat syurgaMu. Aku hanyalah hambaMu yang tidak tahu bersyukur. Aku tak pernah sedar tentang nikmat kesenangan yang selalu Kau berikan. Aku terlalu angkuh. Aku terlalu bangga. Berikanlah aku kesempatan untuk kembali ke jalanMu. Bimbinglah aku untuk sentiasa taat kepada segala perintahMu. Peliharalah aku daripada terus melakukan kemungkaran kepadaMu. Amin amin Ya Rabbal Alamin...'' Datin Marsha meraup wajahnya. Alhamdulillah. Hatinya benar-benar tenang setelah bersolat sunat tadi. Rasanya sudah cukup lama dia tidak berbuat demikian. Terlalu sibuk dengan pekerjaan dunia sehingga lupa untuk menyediakan bekalan buat akhirat. Dia termenung sejenak. Terbayang-bayang wajah wanita yang terseksa tadi di fikiran. Bagaimana perempuan itu merayu untuk dilepaskan. Bagaimana dia menjerit apabila rambutnya semakin menggantungnya. Tapi mengapa? Dia masih buntu. Tak tahu apa untuk dilakukan. Tapi dia yakin ada mesej disebalik bayangan tadi. Dia cuma perlukan seseorang untuk membimbingnya. Dia tahu siapa. Cuma,patutkah dia menghubunginya sekarang? Hubungi di awal pagi. Mungkin menimbulkan kemarahan orang lain. Tak apa. Dia hanya perlu bersabar. InshaAllah,selepas subuh dia akan menjumpai jawapan melalui orang itu-Ustaz Taufiq. Dia memerhati jam dinding. Hari masil awal pagi. Tapi hairan,mengapa matanya tidak berat untuk tidur kembali. Mengapa badannya tidak mahu dibelai tilam kembali. Dia bangun dari sejadah. Tapi,matanya tidak terpaku pada tilam dan bantal yang empuk buat santapan tidur tapi senaskah Al-Quran yang masih tersusun cantik di rak bukunya. Terlalu cantik,seperti tidak pernah diusik. Tidak pernah ditatap. Tidak pernah dibelek. Tidak pernah dibuka. Tidak pernah dibaca.
Dia hiba. Tak sangka dia tidak pernah sekalipun teringin untuk menelaah isinya. Mengetahui rahsia di sebalik kehebatan Al-Quran. Datin Marsha mendekati rak buku. Mencapai Al-Quran dan membeleknya. Entah kenapa dia ingin mencium kitab suci tersebut.Dia membuka halaman pertama Al-Quran. Al-Fatihah. Surah pertama. Tak sangka,dah lama dia tak melihat sendiri surah Al-Fatihah yang terbuku dalam Al-Quran. Walaupun setiap hari dia membacanya dalam solat. Tapi, maksud di sebalik Al-Fatihah? Hanya mampu dibaca tapi tidak mampu dihayati...
Datin Marsha kembali duduk di tikar sembahyang. Ingin mengalunkan pula bacaan ayat suci Al-Quran. Biarpun kedengaran janggal baginya, tapi dia tetap ingin memanfaatkan nikmat lidah yang Allah berikan untuk melafazkan kalam Allah. Masa yang berbaki,baik dimanfaatkan sebaik mungkin. Dalam keenakan tidur,ada juga segelintir manusia yang sanggup bangun pada awal pagi semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Ada yang sanggup melepaskan mimpi-mimpi indah untuk sujud menghadap Allah. Tapi ada juga yang membiarkan dirinya terus diikat oleh rantai-rantai syaitan yang menguncinya untuk beribadat termasuklah menunaikan solat subuh. Semuanya bergantung kepada diri masing-masing.
Alhamdulillah,sempat juga Datin Marsha menghabiskan sepuluh muka surat hari ni. Perlahan-lahan dia cuba memahami isi kandungan kalam Allah. Tapi dia berazam, biar sedikit tapi konsisten. Bagus daripada tak buat langsung. Dia mencium Al-Quran tersebut lantas bangun daripada tikar sembahyangnya. Bergerak ke rak buku dan meletakkan Al-Quran tersebut di tempatnya kembali. Selamatlah ada pembantu rumah yang selalu membersihkan setiap sudut di rumahnya. Kalau tak,dah berhabuk rak bukunya kerana telah lama tidak digunakan. Datin Marsha menanggalkan telekungnya. Bukan apa. Saja mahu memperbaharui wudhu'. Hadis nabi ada menyebut, terdapat kelebihan tertentu bagi orang yang sudah ada wudhu' tapi masih ingin memperbaharui wudhu'nya. Ada keberkatan di sebaliknya. Dia perlu bersedia untuk menunaikan solat subuh memandangkan azan subuh akan berkumandang tidak lama saja lagi.
'' I knew you were trouble when you walk in'' awal-awal pagi lagi lagu Taylor swift telah memecahkan kesunyian dan kedinginan subuh. Lebih awal daripada azan subuh! Memekak di dalam bilik Farhan. Bukan kerana keinginannya, tapi panggilan hangit di awal pagi untuknya. Memaksanya untuk bangun lebih awal daripada apa yang selalu dikuncinya di jam locengnya pada waktu malam sebelum tidur. Terpisat-pisat Farhan mencelikkan matanya. Meraba di atas mejanya untuk mencapai telefon bimbitnya. Siapalah yang berani menghubunginya di awal pagi....
'' Hello. Siapa ni?'' suara Farhan memang kedengaran seperti orang yang sedang mamai. Maklumlah,baru mencelik mata.
'' Ini Kamal, tuan. Maaf terpaksa menganggu tuan sekarang ni. Ada urusan penting ni. Tuan Farhan kena datang ke pejabat sekarang juga! '' Kamal, salah satu pekerja yang bekerja di bawah Farhan dalam bidang pembinaan. Dia selalu mengikut Farhan ke tempat projek dan membantu Farhan membuat pemantauan.
'' Waktu macamni Kamal? Kau pun tahu aku tak suka diganggu waktu pagi-pagi ni. Solat subuh pun belum!'' Farhan mula merungut. Cukup tak suka waktu paginya dirampas oleh orang lain.
'' Nak buat macamana tuan...Ada projek baru! Saya dengar projek ni besar tuan! Nak bina hotel 5 bintang katanya..'' Kamal cuba menarik perhatian Farhan. Memujuknya untuk datang ke pejabat sekarang juga!
'' Hotel 5 bintang ke,4 bintang ke, hotel bertaraf bulan ke, kenapa perlu sekarang? Dia tak tahu ke jam sekarang pukul berapa?. Kalau nak tengok tapak projek sekarang pun,bukan nampak apa-apa dalam 'kecerahan' ni...'' Farhan betul-betul bengang. Senang-senang saja pihak yang terlibat nak mengajaknya berbincang pagi-pagi ni. Tak boleh tunggu hari cerah dulu!
'' Saya cuma ikut arahan tuan. Ini pun daripada pihak atasan. Saya tak boleh buat apa-apa.'' Kamal merendahkan suara. Seperti pasrah sahaja. Apa nak jadi,jadilah!
'' Baiklah,bagi saya masa. Saaya nak solat subuh dulu. Nanti saya bertolak.'' Farhan mematikan telefon. Mula memicit dahinya. SsSakit hati sebenarnya. Terpaksa mengorbankan paginya untuk projek yang kononnya besar tu! Farhan mula mengeliat. Sejurus selepas itu,pas itu,pas itu, azan pun berkumandang. Farhaan tangkas bangun dari katil dan mencapai tualanya. Tak sangka pula dia terpaksa mandi di awal pagi harini. Tak pernah dibuatnya!
'' Baiklah,bagi saya masa. Saaya nak solat subuh dulu. Nanti saya bertolak.'' Farhan mematikan telefon. Mula memicit dahinya. SsSakit hati sebenarnya. Terpaksa mengorbankan paginya untuk projek yang kononnya besar tu! Farhan mula mengeliat. Sejurus selepas itu,pas itu,pas itu, azan pun berkumandang. Farhaan tangkas bangun dari katil dan mencapai tualanya. Tak sangka pula dia terpaksa mandi di awal pagi harini. Tak pernah dibuatnya!
Di bilik Ayuniuni pula, bunyi azan yang berkumandang tidak berjayatidak berjaya mengejutkan Ayuni dari mimpi indahnya. Masih lagi erat memeluk bantal busuknya yang disilang pada kaki. Selimut tebal masih lagi menutupi seluruh tubuhnya. Seolah-olah sudah mati! Langsung tidak sedar. Mimpi apalah agaknya? Berduet dengan Greyson Chance agaknya! Tersengih-senTersengih-sengih gayanya. Nampak pelik pula.ula. tTidur dalam senyuman. Nampak bahagia semacam!cam.
'''' Ayu, bangun Ayu, bangun Ayu...'''' satu suaara misteri berbisik di teliganya. Raut wajah Ayuni mula berubah. Siapa pula yang berbisik pada teliganya ni? Berani menganggu mimpinya? Ayuni mencelikkan mata. Menggosok perlahan matanya. Dia memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapun! Habis, tadi siapa? Ayuni mengerah iapa mimamengerah kudratnya sehabis mungkin untuk membangunkan badannya. Liat sikit untuk bergerak pada waktu pagi. Ternyata, ia tak semudah seperti yang difikirkannya. Seolah-olah dia terikat pada katil. Menghalangnya untuk bangun! Ayuni memandang ke arah jam dinding. Biarpun nampak kabur dalam kegelapan,dia masih dapat meneka wjamjam sekarang ni. Baru pukul 5.32 minit pagi. Masih awal lagi, fikirnya. Perasaan malas mula merebak. Kesal pula cuba memaksa dirinya untuk bangun. Selalunya dia bangun pukul 6.00. Itupun untuk bersiap ke sekolah. Harini kan cuti!.kan cuti! Buaang masa saja bangun awal-awal. Masa yang ada sekarang baik dimanfaatkan untuk memperbaaharui tenaga yang telah hilang semalam untuk berlatih sajak seseharian kelmarin. Ayuni meembiarkan dirinya terus rebah. TTTTak berganjak dari posisi assalnya. Malah selimut yang menutupi tubuhnya dikemaskan lagi. Sejuk pengghawa dingin! Lagipun,nanti dia akan keluar dengan Zati untuk menonton wayang. Ada cerita baru yang sedang hangat sekarang. Tak mahulah terlena dalam panggung wayang pula nanti! Ayuni menyambung lenanya. Membiarkan waktu bersubuh terus berlalu begitu saja. Langsung tak kisah!
Seperti biasa, suasana Villa Casa di waktu pagi agak sibuk terutamanya padada hari bekerja. Tapi harini cuti pun, keadaan sudah mula sibuk. Che Pah dan angkatan tenteranya seperti biasa sudah sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Pandai Che Pah membahagikan tugas. Ada yang memasak,ada yang menggemas,ada yang memotong dan lain-lain lagi. Aturannya cukup baik dan tersusun. Tapi pagi ini agak berbeza. Awal-awal pagi lagi Encik Farhan sudah keluar dari rumah dalam pakaian kemas berkemeja lengan panjang dan seluar slack. Nampak segak bergaya! Benjolan di dahinya pun sudah mulai baik. Sumpahan dan semakin hilang. Sejurus selepas Encik Farhan beredar, Datin Marsha pula bberedar dari Villa Casa. Kes Datin Marsha lagi pelik! Harini dia siap berselendang di kepala. Tercengang penduduk rumah melihatnya...Cik Ayu? Tak nampak pula kelibatnya pagi-pagi ni. Belum bangun agaknya...
'''' Ada sesiapa nampak Cik Fatiah? Takkan masih membuta pagi-pagi ni?'' Che Pah mula bersuara apabila tidak melihat kelibat Fatiah pagpagi ni.
'''' Tak nampak pula Che Pah. Tapi dia dah bangun tadi kalau tak silap saya. Awal pagi lagi dah bangun. Tapi tak tahulah dia pergi mana.'' salah satu pembantu rumah bersuara. Che Pah mula menjeling tajam. Semakin curiga terhadap Fatiah. Terutama selepas mendengar panggilan telefon semalam. Tapi dia takkan biarkan! Dia akan merungkai identiti sebenar Fatiah. Apa yang dia mahu daripada keluarga Dato' Ishakh ini?
D
' ~ AIRUL AIMIN~
'' Hah,siapa yang nak jumpa kita pagi-pagi buta ni?'' Farhan terus menerjah Kamal di ruang pejabatnya. Kelihatan bengang betul.
'' Manalah saya tahu. Kita ada projek besar dekat Gombak la. Kita kena bina hotel!'' Kamal kelihatan sedikit terperanjat akibat disergah Farhan. Dia mula menggaru kepala. Kalau Farhan membebel telinga dialah yang menjadi santapan luahan kata Farhan tu. Farhan duduk di sofa. Merehatkan kakinya yang letih menekan minyak untuk pecut tiba ke pejabat. Tak mahu lambat. Tak mahu dilabel sebagai tidak profesional.
'' Tapi tuan,kalau betul lah projek ni tentang pembinaan hotel bertaraf 5 bintang, tuan ada rekaan untuk pembinaan ni tak? Bukan senang nak bina hotel ni. Reka bentuk,hiasan,kemudahan lagi...
'' Nanti kita fikir sama-sama. Kita dengar dulu macamana permintaan untuk projek ni. Kita kena tinjau lokasi juga. Berpotensi atau tidak untuk tapak pembinaan hotel. Strategik atau tidak untuk dijadikan kawasan peranginan. Farhan mula berimaginasi. Cuba membayangkan reka bentuk hotel tersebut. Betul kata Kamal tadi,bukan mudah untuk membina sebuah hotel. Terlalu banyak benda untuk difikirkan. Telefon bimbit Kamal berdering. Farhan hanya memerhati Kamal menjawab panggilan telefon tersebut. Mungkin dari klien tersebut. Menyatakan tentang lokasi untuk sesi perbincangan. Kamal hanya mengangguk dan tersenyum ketika menjawab panggilan tersebut.
'' Klien nak jumpa kita di Restoran Awan Beringin tuan. Dia kata dia tak boleh lama. Dia ada flight ke London. Dia juga takkan menyertai kita untuk meninjau tapak projek. Tapi dia tinggalkan pembantunya untuk bersama kita dalam projek ni.'' Kamal mematikan panggilannya. Farhan mula tersenyum. Bukan apa. Dapatlah dia bersarapan juga pagi ni di restoran tu nanti. Daripada tadi perut ni bergendang memainkan pelbagai irama. Sambil menyelam minum air.
'' Kita nak guna kereta siapa pergi sana?'' soal Kamal. Farhan memandang Kamal sambil tersenyum. Senyuman kenakalan...Menyesal pula dia bertanya. Kalau tak, boleh jimat minyak kereta! Kamal pasrah. Takpalah,berkorban demi bos! Kamal mendapatkan kunci kereta di atas meja. Langkahnya agak berat sebenarnya. Baginya, kan lebih mudah kalau naik kereta Tuan Farhan saja. Parking dekat saja dengan pejabat. Kalau nak dapatkan keretanya pula, terpaksa berjalan jauh sejauh mata memandang. Hiperbola pula! Padahal taklah jauh sangat..
Kamal dan Farhan terpaksa berjalan 'jauh' untuk mendapatkan kereta Kancil milik Kamal. Nampak jelas daripada jauh kerana hari sudah mulai cerah. Tak seperti tadi,kabur sahaja pandangan. Kamal duduk di bahagian pemandu manakala Farhan duduk di tempat duduk belakang. Berlagak bagai bos besar. Ada pemandu peribadi! Selang beberapa saat,kereta Kancil tersebut dipacu laju menuju ke Restoran Awan Beringin yang terletak tidak jauh dari pejabat.
Di Restoran Awan Beringin, seorang lelaki dalam 40-an dan 20-anan sudah siap sedia menunggu. Siap memesan minuman lagi. Teh tarik! Kegemaran rakyat Malaysia. Suasana di restoran agak lengang. Maklumlah masih pagi. Ramai yang masih terlentok di atas katil terutamanya pada hujung minggu. Lelaki berusia 40-an seringkali bermain janggutnya sambil meneliti jam tangannya. Takut terlepas tiket penerbangan. Lagipun,dia tak suka waktunya dibazirkan begitu sahaja dengan terpaksa menunggu kedatangan orang lain. Mereka memandang ke luar restoran. Memerhati sebuah kereta Kancil yang berhenti betul-betul di hadapan restoran ni.pan il Sejurus kereta tersebut berhenti,dua orang pemandu yang kemas berkemeja keluar dari kenderaan tersebut. Membawa beg bimbit sambil berjalan ke dalam restoran. Mereka mula memerhati sekeliling. Lelaki berusia 20-an bangun dari tempat duduknya sambil melambai tangan. Memberi isyarat kepada dua orang pemuda tersebut.
'' Encik Farhan dan Encik Kamal?''lelaki berusia 20-an menunding jari kepada Farhan dan Kamal. Farhan dan Kamal mengangguk. Pasti orang yang menegur mereka sekarang ini ialah klien mereka. Awal mereka sampai!
'' Saya Fadhil dan ini tuan saya Encik Bakar.'' lelaki berusia 20-an memperkenalkan diri. Fadhil menjemput Farhan dan Kamal untuk duduk.
'''' Kamu berdua pesanlah apa yang kamu nak minum atau makan. Saya bayar!'' Encik Bakar memberikan tawaran. Berdasarkan gayanya,ternyata dia seorang yang hartawan sehingga mampu membuat perancangan untuk membina hotel. Farhan dan Kamal tersenyum. Memang rezeki mereka harini.
Betul ke ni '' Betul ke ni Encik Encik Bakar?'' Farhan mahuhukan kepastian. Segan juga rasanya sebenarnya walaupun hatinya memang meronta-ronta untuk menerima pelawaan Encik Bakar memandangkan perutnya bergendang daripada tadi minta diissi.
'''' Tak perlu segan-segan. Saya tahu kamu berdua lapar. Maaflah kerana terpaksa berjumpa kamu berdua pagi-pagi ni. Saya kena berlepas ke London untuk menguruskan projek dengan kawan di sana. Saya pergi dalam sebulan. Tapi kamu berdua jangan resah atau bimbang. Saya tinggalkan Fadhil ni untuk bantu kamu apa-apa yang patut.'' Encik Bakar tersenyum. Ternyata dia seorang yang sangat baik dan beradab. Tak menggambarkan ciri kebanyakan orang-orang kaya yang sombong.. Tapi, Encik Bakar memang berbeza. Kamal mengangkat tangannya memanggil pekerja restoran. Bersedia membuat pesanan.
'' Baiklah, saya sekaligus nak bincang tentang projek ni. Ini saya serahkan senarai ciri-ciri reka bentuk yang saya nak. Setiap satunya saya nak kamu pastikan,rekaanya benar-benar menepati ciri ni. Cuba kamu berdua lihat dulu..'' Encik Bakar menyerahkan sehelai kertas kepada Farhan. Dia meneliti senarai tersebut. Farhan tersenyum dalam kejutan. Tinggi permintaan Encik Bakar. Bukan mudah untuk menghasilkan rekaan yang dipinta Encik Bakar. Memang bertaraf 5 bintang atau mungkin lebih! Farhan menelan air liur namun cuba untuk kekal tersenyum.
'' Segala yang Encik Bakar minta ni boleh dihasilkan,tapi persoalannya, sesuaikah dengan lokasi untuk tapak pembinaan tu? Tasik sebagai contoh. Takkan Tuan Bakar mahu ada tasik buatan sendiri?'' Farhan mula menggaru kepala. Biar betul orang tua ni..
'' Apa kata kamu lihat dulu lokasi tu nanti. Tak salah saya ada tasik kecil dekat situ. Apa-apa masalah kamu berhubung dengan si Fadhil ni. Boleh?'' Encik Bakar menghirup teh tarik. Cuba menghabiskan teh tarik tersebut. Waktu penerbangannya sudah hampir tiba agaknya. Pekerja restoran datang menghidangkan pesanan Farhan dan Kamal. Teh tarik,nasi lemak dan roti canai. Makanan kegemaran rakyat Malaysia lagi! Meleleh air liur memandangnya. Perut takkan kenyang jika hanya melihat dan menghidu makanan di depan mata itu saja. Farhan dan Kamal meminta izin untuk menikmati sarapan mereka. Encik Bakar dan Fadhil tersenyum dan mengangguk.
'' Saya harap kita mampu bekerjasama dengan baik untuk projek ni. Takpalah,kamu teruskan bersarapan. Saya perlu beredar sekarang. Takut terlepas tiket penerbangan nanti.'' Encik Bakar memanggil pekerja restoran. Meminta bil untuk diselesaikan. Usai menyelesaikan bayaran, dia terus beredar bersama Fadhil. Farhan dan Kamal pula sempat melambai mesra lalu menyambung santapan mereka. Lapar sangat!
'' Eh,kejap! Bila kita nak pergi tengok tapak projek tu? Si Fadhil tu pun dah gerak sekali dengan Encik Bakar.'' Kamal menggelengkan kepala. Takpalah,peduli apa. Nanti jika berkesempatan,sampailah juga mereka ke sana. Sekarang cuma perlu tunggu panggilan dari dia. Mungkin dia terlupa tentang dua orang pemuda yang tidak mengetahui lokasi tapak projek yang bakal dijalankan.
'' Assalamualaikum.Maaf,dah lama ke Datin tunggu?'' Ustaz Taufiq terus duduk di hadapan Datin Marsha yang setia menunggu di restoran yang sama tempoh hari. Datin Marsha kelihatan agak resah.
'' Waalaikumussalam. Tak lama pun. Ustaz,saya ada mimpi yang mengerikan semalam. Tapi saya tak tahu ia tentang apa. Sebab tu saya telefon ustaz. Saya nak minta bantuan ustaz.'' Datin Marsha seperti agak sayu. Terbayangkan wajah perempuan itu yang cuba dikikis semenjak pagi tadi.
'' Apa sebenarnya yang Datin mimpi?'' Ustaz Taufiq cuba menyelami hati Datin Marsha. Dia tahu. Datin Marsha seperti memikul beban yang tak terpikul di bahunya. Dia kelihatan sangat takut dan risau. Penampilannya harini juga menggambarkan sesuatu perkara yang dahsyat telah berlaku kepadanya.
'' Sebenarnya,saya mimpi seorang wanita yang sedang diseksa. Dia tergantung dengan rambutnya! Dia jerit meminta tolong,tapi...'' Datin Marsha mula sayu. Air matanya menitis. Datin Marsha terus mengelap air matanya dengan sapu tangan yang dibawanya. Ustaz Taufiq terdiam seketika. Dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Dia merenung ke dalam mata Datin Marsha.
'' Datin tak perlu takut. Datin tak perlu risau. Allah sentiasa ada. Saya yakin, Allah masih sayang pada Datin. Sebab itu Allah berikan Datin Marsha petunjuk supaya Datin dapat bertaubat. Mimpi itu ialah satu petanda. Satu peringatan kepada Datin.'' Datin Marsha tergamam. Petanda apa? Peringatan apa?
'' Sebenarnya mimpi yang Datin alami tu,kalau tak silap saya ialah seksaan yang dikenakan kepada wanita yang tidak menutup aurat,iaitu tidak menutup rambutnya yang dikenakan pada hari akhirat. Semasa hidup di dunia, mereka tidak memelihara aurat mereka. Menampakkan hiasan mereka.'' sekali lagi Datin Marsha tergamam. Kali ini dia benar-benar terkejut. Dialah tu! Perempuan yang tidak memelihara aurat ketika hidup di dunia. Perempuan yang selalu membiarkan rambutnya terlepas untuk ditatap oleh lelaki yang bukan muhrim. Dialah orangnya.
'' Datin tak apa-apa?''
''Saya berdosa ustaz. Saya tahu selama ni saya berterusan melakukan dosaberterusan melakukan dosa. Saya tak pernah terfikir untuk tutup aurat saya padahal semua muslim tahu yang menutup aurat itu wajib. Tapi entah kenapa,tak terdetik di dalam hati saya untuk mengenakan tudung. Orang kata kolot.'' Datin Marsha terus sayu. Menyesal.
'' Allah masih memberikan Datin peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Allah berikan Datin petunjuk untuk menutup aurat. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada orang yang dikehendakiNya saja. Hidayah Allah sangat bernilai.'' Ustaz Taufiq cuba menenangkan Datin Marsha. Sekarang dia yakin,pintu hati Datin Marsha lebih terbuka untuk bertaubat kepada Allah. Bersedia menyahut seruan agama.
'''' Saya bersyukur ustaz.ustaz. Allah masih memberikan saya peluang. Saya tak mahu jadi macam perempuan tu...Saya tak mahu''
cam
cam
'' Kita ambil langkah seterusnya boleh Datin Marsha?'' Datin Marsha terus menghadap Ustaz Taufiq.
'' Langkah seterusnya. Apa maksud ustaz?'' Datin Marsha tidak dapat meneka rancangan Ustaz Taufiq. Ustaz Taufiq pula hanya tersenyum.
'' Mari ikut saya Datin. Kita akan pergi ke sesuatu tempat.'' Ustaz Taufiq tangkas bangun dari kerusi. Datin Marsha seperti kebingungan. Tak tahu mahu dibawa ke mana. Tapi dia hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Mereka bergerak menaiki kereta BMW . Dalam perjalanan Datin Marsha hanya mampu diam,membiarkan Ustaz Taufiq membawanya ke tempat yang tidak diketahuinya. Dalam masa 5 minit sahaja mereka berhenti di hadapan deretan kedai. Ustaz Taufiq turun dari kenderaannya dan menunggu Datin Marsha keluar dari kereta. Dia ingin melihat reaksi Datin Marsha apabila terpandang papan tanda di hadapannya. Datin Marsha melangkahkan kaki keluar dari kenderaan dan memandang ke hadapan. '' Butik Islamik'' Tertera papan tanda di sebuah kedai. Dia memandang Ustaz Taufiq yang kelihatan cukup tenang dan hanya tersenyum daripada tadi. Dia memandang kembali butik di hadapannya. Tak tahu pula tentang kewujudan butik yang sebegini. Menjejakkan kaki? Tak pernah berlaku pun...
'' Kita kena sempurnakan proses penghijrahan Datin ni. Mari kita masuk...'' Ustaz Taufiq tersenyum sambil mengajak Datin Marsha untuk masuk ke dalam butik. Datin Marsha hanya membisu. Seperti masih ragu-ragu dengan tindakan yang bakal diambilnya ini. Takut pun ada sebenarnya. Dia sendiri tak pasti sama ada dia sudah bersedia untuk menerima proses penghijrahan ini. Bagaimana rupanya nanti? Datin Marsha tekad. Tak kisahlah bagaimana pun rupanya nanti. Yang penting sekarang, dia ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai Umat Islam. Dia memberanikan diri untuk memulakan langkah. Kalimah Basmalah membantunya untuk lebih tenang. Dia yakin, inilah yang terbaik untuknya! Sebaik saja kaki mereka melangkah memasuki butik,mereka disambut mesra oleh pekerja butik yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Mata Datin Marsha terbuntang melihat pelbagai pilihan tudung yang terdapat di dalam kedai. Pelbagai saiz,corak dan warna.
'' Kita mula perlahan-lahan dulu.'' Ustaz Taufiq tersenyum melihat reaksi Datin Marsha yang seolah-olah terkejut. Tidak pernah lihat tudung ke sebelum ni? Tak berkelip mata Datin melihat segala jenis tudung yang ada. Ustaz Taufiq meminta bantuan pekerja butik untuk mencari tudung yang sesuai buat Datin Marsha. Datin Marsha melangkah ke ruang yang tidak pernah dilaluinya. Seperti satu dunia yang baru. Dia membelek setiap tudung yang dipegangnya. Lembut kainnya. Sejuk dan selesa jika memakainya. Dia berjalan di sekeliling butik. Rambang mata pula melihat aneka tudung yang dipamerkan. Kalau diikutkan hati,mahu saja disambar semua tudung yang ada kerana semuanya cantik-cantik belaka. Pekerja butik pula tidak bosan menerangkan setiap tudung yang diteliti oleh Datin Marsha. Sabar sahaja melayan karenah Datin yang tidak mampu membuat pilihan dari tadi.
'' Tudung yang lebih baik ialah tudung yang melebihi paras dada. Lebih terpelihara kehormatannya..'' Ustaz Taufiq berbisik di telinga Datin Marsha ketika Datin sedang membelek tudung yang berparas bahu. Tak sampai hajat Datin untuk menyambar tudung tadi. Berkenan juga pada warna dan coraknya. Ustaz Taufiq bergerak meninggalkan butik. Tak mahu menganggu pula proses pemilihan tudung. Segala nasihat sudah disampaikan. Sekarang terpulanglah kepada Datin untuk membuat pilihannya sendiri. Datin Marsha meneruskan pencarian. Terus melangkah untuk mendapatkan tudung yang dianggapnya terbaik buatnya. Langkahnya terhenti. Terpaku pada tudung berwarna biru unggu berjenama Fareeda. Cukup lembut dan cantik. Warna yang sesuai dengan kulit Datin Marsha yang agak cerah. Tudung tu juga taklah terlalu singkat. Cukup menutupi paras dadanya. Dia ingin mencubanya.
'' Mari Datin,saya bantu.'' pekerja butik membantu Datin Marsha mengenakan tudung pilihannya. Datin Marsha memejamkan mata. Dia menarik nafas seketika. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Memandang dirinya dalam keadaan bertudung dihadapan cermin besar yang disediakan. Dia terkedu. Bisu tanpa sebarang kata. Cuma air mata yang mengalir. Terharu. Baru sekarang dia sedar,betapa indahnya jika bertudung. Cantik! Jauh lebih cantik daripada sebelum ini! Tak perlu lagi membazirkan wang untuk mewarnakan rambutnya. Sekarang ia tertutup cantik! Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih ke atas segala nikmat kurniaanMu. Sesungguhnya aku seseorang yang cukup rugi selama ini, Datin Marsha berbisik. Lahir rasa kesyukuran yang tak terhingga. Dia tersenyum. Sekali lagi bersyukur kerana penghijrahan ini berjalan lancar. Tapi mampukah dia mengekalkannya? Mampukah dia menjadi hambaNya yang istiqamah dalam beribadat?
'' Kau ni dekat mana? Dah lama aku tunggu kau! Kau kata nak datang jemput aku pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 8.40,batang hidung kau pun aku tak nampak lagi. Kau tidur ke?'' Zati agak benggang sebenarnya. Sudah beberapa kali dia cuba mendail nombor telefon Ayuni tapi masih tak terjawab. Sekarang bila panggilannya terjawab, Ayuni masih lagi dalam sleep mood. Bunyi mengantuk semacam. Nampak sangatlah dia masih belum mampu berpisah dengan bantal peluknya di atas katil.
'' Apa kau merepek pagi-pagi buta ni? Awal lagilah. Cuba kau tunggu aku senyap-senyap dekat sana. Nanti aku sampailah rumah kau.'' Ayuni masih lemas dihimpit peredaran masa. Tak sedar waktu telah pantas berlari meninggalkannya di belakang.
'' Pagi-pagi buta kepala kau. Cuba kau tengok jam sekarang!'' Terpisat-pisat Ayuni mencelikkan mata. Memandang ke arah jam dinding. Jarum pendek berada lebih sedikit sahaja daripada angka 8 manakala jarum panjang berada di antara angka 8 dan 9. Ayuni terkejut. Terus melompat dari katil. Tak sangka dia akan tertidur sehingga lewat untuk berjumpa dengan Zati. Patutlah Zati mengamuk!
'' Kau bagi aku beberapa minit. Dalam pukul 9.00 pagi,aku datang jemput kau!'' Ayuni terus mematikan panggilan telefon. Kelam-kabut berlari ke bilik air. Dia perlu bersiap dengan segera. Tak mahu terlewat untuk menonton wayang bersama Zati. Cerita terbaru dan terhangat di Malaysia-Juvana. Siapa yang mahu terlepas?
'' Ayuni tak sampai lagi ke? Kata nak pergi tengok wayang...'' Encik Nayan menegur anak gadisnya yang sedia menunggu Ayuni di depan pintu pagar rumah.
'' Ayu baru bangun tidur ayah. Sekarang dia tengah bersiap. Pukul 9 nanti sampailah dia. Kata dialah...'' Zati bernada agak kecewa. Ayuni tak suka menunggu orang lain. Dia cukup marah kalau orang terlewat. Tapi,kalau dia terlewat?
'' Dia tidur? Solat subuh ke tak budak tu?'' Encik Nayan mula menyoal. Hairan pula.
'' Mungkin dia tidur lepas solat subuh. Dia selalu macamtu...'' Zati sebenarnya tidak yakin dengan jawapannya. Tak pasti pula sama ada kawannya itu solat atau tidak. Tapi dia berprasangka baik. Ayuni seorang gadis bertudung. Takkanlah tak solat pula...Sejujurnya, persahabatan yang terbina lebih 3 tahun sentiasa terhimpit dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan. Dia langsung tak tahu pasal kehidupan kawannya. Dia cuma tahu, Ayuni seorang gadis kaya yang tinggal dengan keluarga saudaranya. Ibu dan ayah Ayuni sudah bercerai. Itu sahaja! Yang lain,tidak pernah pula dikongsi oleh Ayuni. Itu urusan peribadinya. Terpulanglah kepadanya untuk berkongsi atau tidak.
'' Duduklah dulu Zati. Letih pula nanti berdiri menunggu Ayuni tu. Lagipun bahaya Zati tunggu di sini. Kalau ada penculik macamana? Anak ayah ni dah la cantik. Ramai orang nak...'' Zati ketawa mendengar ayat ayahnya. Pandai bergurau! Zati memeluk erat ayahnya. Sayang betul pada ayahnya. Biarlah dia hilang segala harta di dunia,asalkan dapat menatap senyuman ayah dan ibunya. Zati dan Encik Nayan bergerak ke kerusi bangku. Duduk berehat sebentar sementara menunggu ketibaan Ayuni.
'' Kenapa ni sayang? Muram saja. Takkan sebab Ayuni lewat pun,muka masam je..'' Encik Nayan mencubit dagu Zati. Dia tahu anaknya seperti ada sesuatu yang tersembunyi yang boleh dikongsi dengannya. Kalau Zati diam seribu bahasa, dia ada masalah la tuh.
'' Bukan apa ayah. Zati cuma rasa bersyukur sangat sebab ada ayah dan ibu. Walaupun Zati tiada kakak,abang,dan adik, Zati rasa bahagia sangat. Zati tak pernah rasa sunyi. Ayah dan ibu sentiasa ada di belakang Zati untuk bantu Zati. Tapi, kalaulah suatu hari nanti, Allah ambil orang yang Zati sayang, Zati dah tiada siapa-siapa di dunia ni.'' Zati menggenggam erat tangan ayahnya. Sayang sangat pada orang yang sudah bersusah payah menjaganya semenjak kecil. Tak terbalas segala penat lelah ayah dan ibu.
'' Kita semua akan kembali dijemput Allah suatu hari nanti. Cuma,kita tak tahu bila dan dimana. Zati takkan pernah rasa sunyi walaupun suatu hari nanti,ayah dan ibu dah tiada di dunia ni. Allah kan ada..'' Encik Nayan tersenyum. Senyumannya turut mengukir senyuman di wajah Zati.
'' Zati yakin ayah. Allah sentiasa ada untuk kita.'' Zati mencium tangan ayahnya. Tapi entah kenapa,tiba-tiba wajah Ayuni terpancar di matanya. Dia sedar. Kehidupannya mungkin jauh lebih baik daripada Ayuni. Biarpun dia taklah sekaya Ayuni, yang tinggal di villa,tapi dia ada harta yang paling bernilai sekali. Nikmat kasih sayang daripada ibu bapa yang mungkin tidak dirasai oleh Ayuni. Kasihan. Bagaimanalah dia mampu hidup tanpa kedua ibu bapanya?
'' Hon! hon! Zati, aku dah sampai!'' ketibaan Ayuni menyedarkan Zati dari lamunannya.
'' Baru sekarang nak sampai? Berjanggut aku tunggu kau tau..'' Zati memalingkan muka. Nak menunjukkan yang dia merajuk!
'' Alah sayang, janganlah marah. Aku tertidurlah. Letih berlatih sajak semalam.'' Ayuni cuba memujuk. Bukan calang-calang lambat dia kali ini. Sampai setengah jam Zati terpaksa menunggunya.
'' Banyaklah alasan kau. Ayah, Zati pergi dulu ya. Assalamualaikum'' Zati mencium tangan ayahnya. Bersedia berangkat ke Bandar Sunway. Tak sabar nak tonton Juvana!
'''' Selamat pagi Salman.'' Zati menyapa erat Salman yang setia menunggu di tempat pemandu. Mereka berangkat dengan segera. Tak sabar nak berkunjung ke sana!~!
'' Bagi saya satu!!'' seorang gadis menunding jari ke arah satu roti yang baru sahaja dibakar panas. Masih boleh kelihatan asap-asapnya. Roti separuh bulatan yang diselaputi coklat panas mampu menarik perhatian para pengunjung Bandar Sunway menerjah ke kedainya untuk mendapatkannya. Apabila digigit,mengalirnya coklat pekat bercampur madu yang sungguh menyelerakan. Siapa yang mahu terlepas menikmati keenakan roti ni!
'' Dua ringgit je dik,'' seorang pekerja kedai roti tersenyum menerima wang daripada gadis tersebut. Dia berlalu pergi. Ingin mencari tempat yang sesuai untuknya menikmati roti tersebut. Sebuah kerusi bangku yang disediakan bersebelahan dengan eskalator menjadi pilihan yang paling sempurna baginya. Duduk berehat di situ sementara menunggu kedai Buku Hasani beroperasi pagi ni. Waktu macamni, tak banyak gerai-gerai yang sudah beroperasi. Sikit-sikit sahaja. Apabila tiba waktu kemuncak iaitu pada jam 12,barulah semua gerai-gerai di Bandar Sunway siap dibuka dan beroperasi. Dia tak kisah pun. Yang penting baginya ialah kedai Buku Hasani yang berada di hadapan matanya dibuka dengan segera. Tak mahu membuang masa terpaksa menunggu di sini. Dia lebih selesa berada di rumah untuk menelaah pelajaran. Lebih selesa berada di rumah untuk menyiapkan kerja sekolah. Dia tak mahu prestasinya sebagai salah satu pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan sekolah tercalar hanya kerana tidak mampu menyiapkan kerja sekolah. Itu tak mungkin berlaku! Tak pernah lagi pihak sekolah mendengar kes bahawa pelajar nombor 1 kelas 4 Waruna gagal untuk menyiapkan kerja sekolah! Tak pernah dan takkan pernah berlaku! Dia memperbetulkan cermin matanya. Memandang sekelilingnya. Waktu macamni,dah ramai orang yang datang berkunjung. Tapi kebanyakkannya terdiri daripada pasangan bercinta. Berpegang sana-sini. Tak takut langsung dosa!
'' Eh awek,makan apa tu? Minta sikit boleh?'' sekumpulan lelaki remaja mendekatinya. Cuba menganggunya. Dia hanya diam. Terus menikmati rotinya. Biarkan saja! Tak perlu dilayan. Tak perlu memberi sebarang respon.
'' Sombongnya dia! Bagilah sikit!'' dia masih mendiamkan diri. Hanya tunduk. Dia cuma berharap mereka semua beredar meninggalkannya. Jangan ganggu dia! Dia tersentak. Salah seorang daripada mereka bertindak merampas roti itu dari tangannya. Menyembunyikannya di belakngnya.
'' Bagilah balik! Janganlah kacau saya!'' dia cuba merampas roti tu kembali. Seorang lagi daripada mereka bertindak memegang ekor rambutnya. Dia terkejut. Benar-benar terkejut. Tak sangka dia akan diperlakukan begini di hadapan khalayak ramai ni. Yang lebih sedih,tiada siapa pula yang datang membantunya. Mana Superman? Mana Batman? Mana Ultraman? Mereka cuti juga ke harini?
'' Jangan ganggu dia. Bagi balik roti dia!'' seorang remaja lelaki mendekati mereka. Fesyen rambut berbelah di tengah, bercermin mata bulat,memakai pendakap gigi,berbaju kemeja yang dibutang sehingga ke atas dan seluar jeans biru. Mereka ketawa. Seorang budak nerd cuba menjadi penyelamat. Melihat saja kepada fizikal dan caranya berpakaian, tiada siapa yang nak takut. Budak berumur 2 tahun pun mungkin ketawa besar melihatnya. Jauh sekali takutkannya.
'' Datang lagi seorang pula ulat buku. Eloklah tu! Ni pasti pasangan serasi yang sedang hangat bercinta.'' mereka ketawa. Memang sesuai jika dua ulat buku bersatu. Nampak sweet together!
'' Hei budak! Kau tak payah nak jadi herolah dekat sini. Aku tengok muka kau pun dah menyampah tau!'' Seorang lagi diantara mereka mengenggam kolar baju budak nerd tuh. Macam mahu mencekiknya!
'' Jangan kacau budak-budak tu. Baik korang semua berambus sebelum aku telefon polis!'' Seorang pakcik yang berkerja di kedai jam bersuara. Tak tahan melihat gejala buli ni berlangsung di hadapan matanya sendiri. Mereka semua menjelingnya. Ada yang bertindak meludah di hadapannya sebelum beredar. Tetap nak tunjuk taring di sini!
'' Awak tak apa-apa ke?'' lelaki nerd menyapa manja gadis tersebut. Tersenyum saja.
'' Saya tak apa-apa. Terima kasih. Apa awak buat di sini, Ehsan?'' gadis tersebut hanya menundukkan kepala ketika menyoalnya. Segan agaknya!
'' Saya datang nak beli buku. Awak pun sama kan, Diana?'' Ehsan menyoal kembali. Ehsan merupakan pelajar kelas 4 Suria,kelas bersebelahan dengan kelas 4 Waruna. Salah satu pelajar cemerlang sekolah yang selalu digosipkan dengan Diana. Ni semua gara-gara mulut seorang pelajar perempuan daripada kelas 4 Waruna juga. Heboh satu sekolah pasal hubungan cinta mereka!
nya
'' Kedai buku dah buka! Jom kita pergi sama-sama.'' Diana berlalu pergi tanpa sebarang kata. Tak memaling menghadap Ehsan pun. Ehsan hanya mengikut di belakang. Dalam masa yang sama,rasa gembira bagai mahu melompat melepasi awan biru membuak-buak di hatinya. Ehsan dan Diana masing-masing bergerak ke dalam kedai buku tapi ke arah yang berbeza. Mereka bukan mahu mencari buku yang sama pun. Diana bergerak ke ruang untuk pelajar SPM. Mahu mendapatkan buku rujukan Sejarah dan Agama Islam. Dia membelek buku nota sejarah. Cuba mencari buku rujukan yang terbaik untuknya. Diana menutup buku yang dibeleknya. Dia terperanjat. Ehsan betul-betul di hadapan mukanya. Diana mengundurkan langkah. Mula melangkah beredar meninggalkan Ehsan. Sekali lagi dia pergi tanpa sebarang kata atau memaling memandang Ehsan. Dia terus mencari. Kali ini,buku latihan untuk matapelajaran matematik tambahan pula. Mr. Wang kata, kerja sekolah yang diberikannya tidak cukup. Nak lebih mantap,kenalah buat latihan sendiri.
'' Saya cari buku ni untuk awak. Orang kata,buku latihan ni bagus! Awak cubalah...'' Ehsan menghulurkan sebuah buku latihan kepada Diana. Diana tidak menerimanya malah berlalu pergi lagi. Langsung tak mempedulikan kehadiran Ehsan. Diana pantas mendapatkan semua buku yang dikehendakinya. Mahu segera beredar dari kedai buku. Nak mengelak daripada kelihatan bersama dengan Ehsan. Kalau orang nampak,semakin rancaklah gosip diantara mereka. Diana bergerak ke kaunter pembayaran dan segera membuat pembayaran. Cepat sahaja bergerak ke hadapan pintu kedai buku.
'' Awak tunggulah saya. Kenapa awak cepat sangat?'' Ehsan mengejar Diana. Mahu jalan dengan Diana.
'' Kenapa awak ikut saya? Saya tak suka awaklah!! Jangan ikut saya!'' Diana meninggikan suara. Dia betul-betul tak suka Ehsan mengekorinya.
'' Korang dua dating ke? Depan kedai buku pulak tuh. Sweetnya..'' Ayuni dan Zati menegur Ehsan dan Diana di hadapan kedai buku. Diana terkejut. Tak sangka akan bertemu dengan mereka berdua di sini. Ehsan berlalu pergi kerana terlalu malu. Merah padam mukanya! Lagipun dia agak kecewa mendengar kenyataan Diana tadi. Pedih! Bagai ditusuk sembilu.
''Mana ada! Kami terserempak lah tadi. Zati,Ayu. Apa korang buat di sini?di sini?'' Diana memberitahu perkara yang sebenar. Tak mahu berlaku salah sangka lagi! Cukuplah gosip yang berlaku diantara mereka. Letih dan memalukan!
'' Kami datang nak tonton Juvana. Alang-alang kau dah ada sini, baik kau ikut kami tonton sekali. Kalau kau nak ajak si Ehsan tu ikut sekalipun kami tak kisah.'' Ayuni ketawa. Cuba bergurau dengan Diana. Walaupun hakikatnya Ayuni tahu, kebarangkalian untuk Diana mengikut mereka menonton wayang adalah 1 %, dia tetap juga nak bertanya. Mungkin kali ni, Diana berubah hati untuk menonton bersama mereka.
'' Aku nak balik rumahlah sekarang. Maaf la korang. Aku nak ulangkaji!'' Diana menolak secara baik. Tak mahulah membuang masa dengan menonton wayang. Bukan ada faedah pun!
'' Alah kau ni. Sekali-sekala kau ikutlah kami. Nanti kau tertekan pula kalau asyik belajar.'' Zati cuba memujuk lagi. Diana hanya mendiamkan diri. Tak mahu mengecewakan kawannya tapi dalam masa yang sama hatinya berkorbar-kobar untuk pulang ke rumah. Dia betul-betul tak selesa!
'' Alah Zati,biarkanlah. Dia kan ulat buku!'' Diana terus mendiamkan diri. Terasa juga dengan kata-kata Ayuni. Tapi dia dah biasa. Memang semua orang di sekolah memanggilnya si ulat buku. Dia tak boleh buat apa-apa. Biarkanlah,dia tak kisah!
'' Tak baik kau cakap macamtu Ayu. Diana,kalau kau tak mahu ikut kami pergi tonton wayang pun,kau temankanlah kami makan sekejap. Aku laparlah. Aku janji kita makan tak lama. Makan roti sambil minum air cukuplah...'' Zati cuba melembutkan hati Diana. Lagipun dia tahu, Diana pasti terasa dengan kata-kata Ayuni tadi. Ayuni kalau cakap,selalu tak bertapis. Main cakap je! Langsung tak menghiraukan perasaan orang lain.
'' Aku teman korang pergi makan je lah. Bab menonton wayang,sekali lagi aku minta maaf'' Zati dan Ayuni tersenyum. Berjaya juga memujuk Diana untuk menyertai mereka. Mereka berjalan menuju ke deretan gerai yang menjual makanan. Memilih gerai yang berdekatan dengan tempat penjualan tiket panggung wayang. Nanti bila dah selesai makan,boleh terus pergi beli tiket! Mudah dan ringan saja makanan yang dipesan mereka. Cuma roti sandwich dan air milo. Semuanya sama.
'' Aku teman korang pergi makan je lah. Bab menonton wayang,sekali lagi aku minta maaf'' Zati dan Ayuni tersenyum. Berjaya juga memujuk Diana untuk menyertai mereka. Mereka berjalan menuju ke deretan gerai yang menjual makanan. Memilih gerai yang berdekatan dengan tempat penjualan tiket panggung wayang. Nanti bila dah selesai makan,boleh terus pergi beli tiket! Mudah dan ringan saja makanan yang dipesan mereka. Cuma roti sandwich dan air milo. Semuanya sama.
'' Aku nak pergi tandas sekejap. Korang tunggu aku tau!'' Ayuni lantas bangun dari tempat duduknya. Mula mencari arah ke tandas. Ayuni terus berjalan laju. Tak memandang ke hadapan pula tu. Dalam masa yang sama,seorang lelaki datang ke arahnya. Sibuk bermain telefonnya. Apa lagi? Berlanggarlah! Ayuni hampir terlentang ke belakang. Tapi tangannya pantas disambut lelaki tu. Macam cerita bollywood pula!
'' Faris? Apa awak buat di sini?'' Ayuni seperti terkejut. Tak sangka akan bertemu dengan jejaka idaman di sini. Bagaikan mimpi. Indah sungguh pandangan matanya. Bersinar-sinar bagai bulan purnama. Ayuni tersenyum bagai orang angau. Tak mampu menyembunyikan perasaan sebenar. Betapa bahagianya disambut tangan Engku Faris. Ayuni lantas melepaskan tangan Faris. Tak mahu pegang lama-lama. Tak manis dipandang orang di khalayak ramai. Malu pun ada!
'' Ayu tak apa-apa? Tak sangka boleh bertemu dengan Ayu di sini. Saya datang nak beli barang sikit.'' Faris terus tersenyum. Mereka terus berbual mesra. Nampak manja! Bagai pasangan yang sedang hangat bercinta! Dari jauh di meja makan, Zati hanya tersenyum dan ketawa. Cemburu pun ada. Bertuahnya Ayuni dapat bertemu dengan jejaka impian di sini. Macam takdir pula! Diana pula hanya diam. Memerhati mereka dari jauh.
'' Sukalah si Ayu tu. Jumpa Engku Faris pula. Cemburunya...'' Zati dan Diana terus memerhati. Lama juga mereka berbual sebelum masing-masing melambai tangan dan beredar. Zati menggelengkan kepala. Tumpang bahagia untuk kawannya! Zati terus menghirup minumannya. Dia berhenti tatkala melihat sehelai kertas terkeluar dari beg galas Ayuni. Zati membeleknya.
'' Ayu! Ayu! Sampai ke sini dia bawa teks sajak ni. Bersemangat betul nak mewakili sekolah!'' Diana seperti terkejut mendengar kenyataan Zati. Apa? Ayuni dapat mewakili sekolah??
'' Kenapa kau macam terkejut je?. Susah nak percaya kan? Ada orang letak nama dia untuk pertandingan ni. Tak sangka pula dia berjaya sampai dapat mewakili sekolah.'' Zati terus ketawa. Diana pula hanya diam. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
''Aku nak baliklah Zati. Aku rasa macam tak sihat. Aku pergi dulu ya.'' Diana terus berlalu pergi. Zati tak sempat berkata apa-apa. Hanya mampu melihat Diana berlalu pergi meninggalkannya. Hairan. Kenapa tiba-tiba pula Diana bereaksi begitu?
Subscribe to:
Comments (Atom)
